Bagaimana cara nak baca journal articles yang bertimbun-timbun itu?

Semalam sungguh gigih ku attend 
3 hours course on Speed Reading
dapat email invitation sebenarnya
anjuran Jubilee graduate centre

Ku tetap datang walaupun terpaksa berhati-hati
mengayuh basikal
almaklumler snow masih turun
kene kayuh slow-slow
takut bedebuk jatuh beskal
kang terseliuh takde sapa nak urut
lagi parah kene gi sepital
aaargh gi klinik pun ku menyampah
inikan pula sepital kan

-kenangan balik dari school sebelum snow melanda (gambar tiada kaitan pung!) -

ok back to the topic
3 jam course ini
modulnya daripada Cambridge university tuh
sangat berguna pada mereka (aku le tuh) 
yang punyela print-out bertimbun-timbun paper
almaklumler free printing kan 
memang bersungguh nak baca tapi...

TAK TERBACA
adakah anda juga seperti ku?
atau aku sorang je berperangai sebegitu rupe ahaks

menurut course itu
purata org baca news ke buku ke... speed reading nye adalah dalam 250words per minit
if anda nak try, bolehje set masa seminit, then kira berapa patah anda dapat baca dalam tempoh itu
tetapi utk pembacaan berkaitan akademik, purata speed reading adalah melebihi 400 words per minit

frankly speaking, masa dalam course itu, masa first-first kene kira rate pembacaan ku words per minit (wpm)  rate level ku adalah dalam 260wpm
so kira normal speed reader lah ye
tetapi tidak cukup untuk rate level utk akademik paper reader lah ye

setelah diajar beberapa teknik untuk improve our reading
akhirnya dapat jugak aku mencapai rate 400wpm tuh
bagus kan!.......
surprising aku boleh sampai ke tahap 600wpm pun tau

caranya adalah meggunakan kombinasi (gabungan kesemua cara tau, bukan satu-satu)

1. PUSH - bayangkan anda perlu membaca satu paper itu untuk mencari jalan keluar, kerana anda terperangkap dalam satu balang kaca, dimana ada air dalam balang itu dan paras air nya increase gradually

2. CHUNK -  instead of baca text by text word by word sepatah demi sepatah mcm kanak-kanak baru belajar, apa kata kita baca 2 words sekali, atau 3 words serentak, atau satu baris serentak (sekali imbas) atau satu sentence serentak.

3.  SHARK (jadi jerung) - sambil baca, bayangkan kita adalah jerung. kerana jerung tidak boleh reverse sebenarnya. sebenarnya tips ini adalah untuk mengelakkan kita ulang balik, baca balik apa yang baru kita baca. kerana ulang baca balik sentence yang baru kita baca tadi lah yang menyebabkan kita slow dalam membaca. (dipanggil skipping back or regression). 

walaupun kita dah baca, tetiba kita tak paham, tak perlu ulang semula apa yang kita baca. jika sentence itu tidak memberi kesan kepada keseluruhan paper yang kita baca. maknanya adakah perlu kita membaca sentence itu semula kerana jika tidak baca, kita takkan paham apa yang keseluruhan paper itu cerita?k

4. PACER - menggunakan pointer untuk guide mata yang scan text itu bergerak dgn lebih smooth. pencil, pembaris, kertas boleh digunakan sebagai petunjuk. maknenye sambil baca, pointer itu digunakan sebagai penunjuk arah. 

berdasarkan testing yang ku dah cuba semalam, sebelum nih aku hanya dalam rate 250wpm sahaja bile guna pensel sebagai pacer. tetapi semalam try guna kertas sebagai pacer, ku berjaya menjejak sampai 600wpm. Fuuh... 

caranya adalah ku focus pada central of the sentence. Instead of focus dari left to right, aku focus pada centre and besarkan skop mata baca kira kanan. bayangkan mcm zoom kamera lah ye. kita zoom out besar sikit masa sedang baca itu.

---------------------------------------------------------
sebenarnya speed reading nih bukan sekali baca aje 
contohnya hari isnin pagi pukul 9 kita dah habih baca satu paper
then kita perlu ulang balik 24 hours later
ingat ye bukan sejam, dua jam lepas
tapi keesokan hari nya 
kerana berdasarkan kajian yang dibuat
recall 24 hours later akan menyebabkan individu itu dapat ingat dgn percent yang tinggi

dalam fasa membaca yang kedua ini lah kita note taking dan juga critically review paper itu.

-------------------------------------------------------------------------
mereka yang dapat menguasai speed reading ini akan dapat membaca dgn lebih banyak buku/paper berbanding dgn mereka yang slow reader. 
Slow reader walaupun sikit-sikit lama-lama jadi bukit
akan tetapi menyebabkan artikel yg kita print-out itu byk tak disentuh
kerana
PENAT dan TAK SEMPAT
hehehe

anda rasa mcm mane pula?

persoalan adakah dgn speed reading ini kita akan 100 peratus paham apa yang ditulis, akan dibincangkan dalam entry yang lain 
(beserta tips untuk promote comprehension masa speed reading)
kerana ku rasa penat le pulak nak sambung..

semoga bermanfaat
bukan pada baca journal paper shj
tetapi pada baca surat khabar, buku motivasi (ahaks), buku sirah nabi ker...



6 comments:

maya amir berkata...

good tips since saya nak amek exam ni..uwaaa..uwaaa...hehe

pearl berkata...

maya amir> hehe nak exam ke... good luck ye

~anna ~ berkata...

kalu aku sambg study aku guna la teknik nih.. ahakss... tips berguna nih...

tp yg bab SHARK tu mmg betol la..aku sll kalu tk paham aku akan ulang semula.. tu yg buat lambat tuh.. ekekke....

saya berkata...

info yang sangat baik. lebih2 lg utk budak baru mcm saya ni..hiihi.tq

tuanrumah berkata...

moga membantu :}

haffis mustafa berkata...

Nice thanks for sharing..

Entry lain yang menarik dan tertarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog