Pusing europe - pengembaraan kami ---budget kami

 Mungkin ada sesiapa yang mahu tour europe sendiri naik kereta jugak. Di sini saya share berapa budget kami. Bolehkan simpan duit dari sekarang kan. Pada mulanya kami merancangkan nak ikut pakej yang tour europe naik bus tuh. tapi suamiku amat memahami diriku yang sentiasa lambat dalam segala hal. and dia pun tak leh nak cepat. takut peserta rombongan lain akan jenuh menunggu kami yang lambat. so kami decide let's tour europe on our own. And below its what we have spend...

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Day 1 (Nottingham-dover-calais-Disneyland) :
Fuel = £60
Tol calais-paris  =20.50 euro
Parking Disneyland = 15 euro
Ferry return P&0 ferry = £78


Day 2 (Paris to Lauterbrunnen, Switzerland):
Fuel = 50 euro + 28 euro +74.24 euro
Tol paris to siwtzerland = 34 euro + 2.80 euro
sticker highway switzerland = 33.50 euro

Day 3 (jalan kaki je - top of europe)

Day 4: (Lauterbrunenen to Mestre, Italy)
Tol = 1.90 euro + 1.50 euro + 17 euro

Day 5 (Mestre to Venice):
Fuel = 40 euro
(train from trochetto parking to st marco) -people mover (return) 2 x 2person = 4 euro

Day 6 (Venice, Italy to Schwagau, Germany):
Waterbus in venice (arsenal station to st marco station) = 6.50 x 2
parking at Trochetto (48 jam) = 42 euro
Fuel (at mestre)= 60 euro
Fuel (boundary italy) = 24.50 euro
Tol at Innsbruck = 8 euro
Austria vignette = 7.90 euro

Day 7 (Schwagau, germany to Luxemborg airport):
Parking (at neuschwanstein castle) = 5 euro
Fuel = 40 euro + 40 euro

Day 8 (luxemborg to calais to dover)
Fuel (esso luxemborg) = 48 euro 

Total (fuel, tol, parking, ferry) =  606.84 euro +£60 +£78 = £ 603.9 (in pound)

----------------------------------------------------------------------------

Hotel Day 1 = Hotel Cheap Beds Paris-Rosny = 52 euro (mcm asrama, but with en suite bathroom)

Hotel Day 2 = Oberland hotel, Lauterbrunen Switzerland = 200 CHF (customer service paling bagus, hotel best)
Hotel Day 3 = Hotel Schützen Lauterbrunnen  = 200 CHF (hotel best, tapi customer service tak bagus, kene berbalah dulu dengan receiptionist baru leh check-in)
Hotel Day 4 = Hotel President, Mestre  = 72 euro  (hotel paling bagus, customer service best, facilities 4 star)
Hotel Day 5 = Hotel Nuovo Teson = 115 euro (facilities buruk, tapi bilik mahal... nak bermalam di pulau venice le katakan .. better stay kat president hotel (tapi di tanah besar lah)
Hotel Day 6 = Ferienwohnung Purucker apartment = 75 euro ( apartment yang sungguh cantik, susunan dan barang2 yang sungguh mahal dalam apartment membuat ku risau if imran pecahkan)
Hotel Day 7 =  Campanile Hotel Luxembourg Aéroport = 51.20 euro ( customer service buruk. kene argue dengan receptionist dulu)
Hotel Day 8 = Travelodge Ashford = £50 (love travelodge always, harga murah tapi facilities and customer service bagus)

Total = 365.20 euro + 400 CHF + 50 pound = £ 627.30 pound

---------------------------------------------------------------------------------------------

Bayaran ke tempat menarik

Day 1  Disneyland paris = 1 day x 2 park (magic ticket promotion x 2 adults x 2 kids = £199

Day 3 : Ticket train to puncak Swiss Alps Jungfraujoch x 2 adults = £256 (ticket mountain train yang paling mahal dalam dunia)


Day 7: Castle neuschwanstein : student dapat less (tapi tak bawak student kad le pulak, nasib hubby bawak kad dia)  12 + 8  = 20 euro

Total = £17.30 + £455 = 472.30 pound

--------------------------------------------------------------------------------------------
Total keseluruhan = 472.30 + 627.30 + 603.9 = £1703.50

*** tuh tidak termasuk shopping baju, fridgemagnet, souvenir.. huhu
*** masih murah berbanding if kami ikut package tour europe yang sorang £600 tuh sbb if x 4 person = dah £2400
***memandangkan naik kereta sendiri, so kami angkut air mineral, air juice ( di europe sungguh mahal air mineral sume, melainkan if shopping kat supermarket diorang lah, not at vending machine or kedai runcit), beras, and segala makanan segera. kami hanya beli kebab halal kat Mestre Italy je sepanjang 8 hari tuh.

naik kereta sendiri, so boleh berenti2 di tengah jalan bile nampak view cantik



Anakku Imran bukan Autism

See betul naluri ibu nih tau
anakku bukan autism
ikut kate speech therapist 
berdasarkan limited observation imran tiada ciri2 autism
cuma moderate speech delay!

walaupun imran obsess dengan train
dimana budak autism memang obsess dengan train
and speech therapist tuh memang kate berdasarkan penceritaan orang lain pun
if ada sedara mara ke kawan-kawan kate
'ooh anak u suke train ke... oooh autism lah tuh'
but it is not absolutely true
kerana autism disorder bukan shj cirinye
speech delay tetapi
social disorder pun ada
dimana tak nak bercampur dengan orang lain
and kuat mengamuk bile ada disuruh bersocial etc

my imran ok je
main sama-sama dengan kakak
walaupun dia pemalu dengan stranger
tapi masa speech therapist tunjuk2 kat imran buku tuh
dia boleh join sahaja aktiviti tu

memandangkan imran lambat bercakap
dimana masa sebulan dalam pantang tidak menangis selain daripada lapar
even perut kembung pun tak menangis
and dia hanya bercakap 1 word masa umur 2 tahun setengah
sebelum tuh dia hanya pandai sebut papa sahaja

so jika dikira daripada pemulaan pandai cakap, kira imran dikira normal dalam stage bercakap kerana dia hanya mula ber cakap masa umur 2 tahun lebih
lainlah jika dia mula start bercakap masa umur setahun, jika dikira dari tempoh itu, memang dia alami severe speech delay lah
and ibu risau pasal word yang disebut tak clear
but therapist kate itu nornal bagi budak baru nak belajar bercakap
but la ni cuma moderate
and therapist tuh suggest beberapa strategi
1) untuk membolehkan dia speech dengan lancar ada beberapa stages mengikut piramid ...dia kene lalui iaitu attention, then understanding, then language and barulah speech. so kene overcome the three stages before dia berjaya dalam fasa speech
2) jgn suruh imran repeat every one yang dia salah. contohnye dia tak clear sebut chocolate. then kita sebut dengan clear, 'you want chocolate'... kita yang sebut kan. supaya dia dapat obserb. budak2 dia kene banyak obserb, barulah dapat keluarkan output yang betul
3) kene buang mane2 yang distract attention imran. contohnye if nak bacakan dia buku, tak perlu nak baca every sentence, suruh imran describe the action dalam buku itu
4) gunakan tangan yang mengarah dari mata imran ke objek, supaya dia dapat pay attention terhadap apa yang kita tunjuk
5) gunakan bahasa mudah. contohnye ' put your coat on' daripada bagi instruction ' imran pakai coat dengan betul, and pakai kasut, pakai stokin dulu' ...bagi instruction one at a time
6) sebut dgn clear permulaan word.. contoh nye bbbb..book... and ending word ais...sssss supaya dia tau part dalam word yang dia missing
7) banyakkan introduce imran action word. kerana imran banyak tahu noun. but if suruh describe action, dia tak tahu

meeting dengan speech therapist tuh mereka provide translator dari malaysia juga, namanya Shuba... patutpun dia fasih beno cakap melayu nyeee. 


pusing europe - merentas 8 negara dalam 8 hari --- kenangan kami

InsyaAllah ini ramadhan terakhir kami di bumi england nih
tak dapat rasa ramadhan di musim winter, kasi chance kat mereka di hemisfera selatan 
mcm mane lah rasanya beramadhan di waktu winter ye kawan2 di hemisfera selatan?
kerana berpuasa di waktu summer
siang yang memang panjang
waktu malam hanya 7 jam lebih kurang
kami berpeluang lah merasa puasa selama 18 jam
'berpeluang' ..uhuks

di bulan ramadhan ini disarankan banyak-banyak beribadat dan berdoa
terutamanya berdoa ketika berbuka puasa
jadi lepas makan kurma sebiji then doa panjang-panjang sikit okeh

di ramadhan sebelum ini ku rajin menulis menu berbuka puasa setiap hari
tapi tahun ini? tiada kerajinan untuk merekod menu berbuka seharian
encik suami ada mengingatkan tentang rekod menu tersebut
tapi kerana keserabutan writing
ditambah dengan deadlines yang memang tak boleh dipatuhi langsung
adakah kerana I'm too ambitious?
janji dengan supervisor nak hantar satu chapter last month
tapi dah middle of this month pun tak hantar lagi
masih terkial-kial dengan analysis 
ooooh Ya Allah bantulah, mudahkan lah
jangan kau biarkan ku bersendirian 

dalam hati teringin benar nak masukkan entry kami anak beranak road tour europe selama 8 hari end of July
hari tu...
terima kasih and proud dgn en suami kerana sanggup drive bawak kami anak beranak pergi ke tempat2 impian ibu tanpa konvoi dengan sesiapa
Disneyland, Swiss Alpine, Venice, Neuschwanstein Castle semua sudah diterjah
tapi apakan daya mood tidak ada
memang banyak sungguh entry jalan-jalan yang tak dimasukkan
terasa rugi kerana ingin menjadikan entry blog ini sbg kenangan ketika di malaysia nanti
 
kepada pembaca-pembaca blog ini
Selamat berpuasa ramadhan

disneyland paris, france 23 july

at the Jungfraujoch, over 11000 feet up, top of europe Swiss Alps, switzerland 25 July 2011
 
 venice, italy 27 July 2011

at Neuschwanstein Castle, Germany 30 July 2011 
(castle yang menjadi ilham kepada terciptanya disneyland castle)


Entry lain yang menarik dan tertarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...