My Addeen 2 tahun 11 bulan

Dah lama tak update pasal my little Addeen,

Addeen dah pandai banyak.......

1. Pernah satu masa, dia kate bateri kat belakang badan dia rosak. So dia suruh ibu tukar bateri.
Hehehe terpengaruh......sbb selalu tukar-tukar bateri mainan kat rumah tu

2. Suka cari screwdriver, and pandai nak bukak mana-mana skru kat toys dia...nak tukar bateri

3. La ni bila ibu tinggi suara sikit, kemain dia cepat-cepat nak cium pipi ibu....terus tak jadi marah....siap dengan bunyi kiss kiss lagi.....kadang-kadang dengan mulut comot

4. Baru ni, bila papa or ibu nak keluar, cepat-cepat kejar kat pintu...nak salam katanya.....then la ni akan ada kata-kata dengan pelatnya......' jangan lupa balik'......'nanti jatuh, ibu pakai kasut'....siap dengan nasihat lagi tuu...


Bulan depan Addeen nak 3 tahun dah...

Pembelajaran Maths di Sekolah Amanah Medini

Hari Sabtu lepas berkesempatan mengikuti program pendedahan daripada pihak sekolah Medini bagaimana untuk membantu anak-anak memahami Math secara alami.
Cikgu menyarankan pembelajaran Math tidak terhad menggunakan pen dan kertas, tetapi didedahkan semasa membawa kanak-kanak membeli belah, ketika dalam perjalanan menaiki kereta etc.

Cikgu tunjuk juga alatan yang dibeli di kedai-kedai RM2, Daiso yang boleh membantu pembelajaran anak-anak seperti dadu, pita ukur, guli etc.

Mereka juga akan mengadakan ujian yang ala-ala latih tubi dimana pelajar perlu menjawab 50 soalan /5minit bagi aktiviti penambahan, tolak, darab dan bahagi dimana SPEED adalah menjadi keutamaan.
Lebih kurang mcm KUMON juga lah, dimana latihan disiapkan sambil mengambil kira tempoh masa yang diambil.



Entry lain yang menarik dan tertarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...