Oh my purplish pinky .. ...

entry ini dibuat khas
sebagai tanda terima kasih
kepada en hubby
yang bersungguh-sungguh berusaha
mencari, menunggu, mengorder, membayar ..................







 purplish pinky netbook
semata-mata untuk isterinya ini
yang mahukan netbook bukan kaler hitam..
sempena birthday isteri yang dah berkurun itu..ahaks
corak batik gitu
stok paling last lak tuh!
kerana sales x-mas

package beserta netbook case yang serupa corak dgn body netbook
dan mouse kaler pink gitu

thank you Laling!
yg bagusnya Hp mini nih ada
Instant HP web
maknenye tak perlu masuk ke OS
on je dalam masa 8 saat
terus boleh guna internet
or dengar lagu
or tengok photo
so tak perlu lah jenuh menunggu open OS yang berat itu kan
sesuai untuk blogger tegar
ataupun facebookers tegar
uhuks!
I loike

November rain...November snow

pagi nih
terjaga je papa suruh tengok di jendala
laman rumah diselimuti oleh salju putih
waah
bukan kene nyanyi lagu November rain
November snow jadinya
menurut news ....

The unusual weather - and the earliest November snowfall for 17 years 

 nasib baik kami sempat beli sledge kat argos 2 hari lepas ahaks

dapat la anak-anak merasa sledging

snow turun nih pastinya anak-anak lah yang paling suke
kakak aisyah dalam bath tub dah nyanyi Snowman Snowman
adik imran pulak bile nampak snow je kat luar rumah
terus suke gembira
tak menyempat-nyempat nak pakai coat tebal sume
 ibulah yang jadi santa claus menyeret mereka duduk dalam sledge tuh
suruh buat snow ball masing-masing sejuk


 snow depan rumah....

 kalu area sini dihujani snow, tuh maknenye snow yang melanda england tuh lebat beno lah tuh

kerana selalunye snow malu-malu turun kat area sini!

Masuk castle mencari princess - part 2

Apa ada dalam castle
tiada barang-barang dalamnya
cuma bilik-bilik dan ruang bersejarah yang masih utuh
siap bergambar dan penerangan disediakan didinding castle
dapat memberi gambaran suasana yang berlaku pada zaman dulu

masuk sahaja melalui tangga LadyAnne 
akan melalui tinggalan old drawbridge 
dan berjumpa dgn pintu yang sama digunakan oleh tentera Norman 800 tahun yang lalu
menuju ke
Conduit Court

Conduit Court nih merupakan taman kecil dalam castle ini
ada pokok besar ditengah-tengah, , yew namanya, yang telah ditanam  oleh Lady Anne Clifford 1659 
pokok ini jugak menjadi sumber pengumpulan air ketika sumber air utama telah dimusnahkan oleh tentera Cromwell masa Civil War dahulu.

ini pula withdrawing room
kira bilik untuk lady melakukan aktiviti disiang hari
melukis, menenun
kerana apa ruang ini dikhususkan untuk aktiviti ini?
kerana.....................











pemandangan yang indah diluar sana
sungai, air terjun
sesuai untuk menenangkan fikiran kot
terutama sekali disaat tegang tengah berperang kan.....

5 biji tingkap yang serupa seperti dalam ilustrasi didinding itu...

bilik nih besar juga
ada 2 biji meriam di ruang ini

seterusnya adalah

dalam Lord's day room

ruang pemanasan di bilik itu

seterusnya mari kita check dapur diorang mcm mane ye
gambaran suasana di dapur
Ancient stone baking oven untuk bakar roti. yang tepi tuh pulak tempat untuk memanggang pulak

nih pulak dapur diorang diperbuat daripada besi
satu set hitam you!

seterusnya tempat tido lord and lady pulak ye
sibuk-sibuk je nak tau tempat tido diorang cemana


takde yang menarik pun kat tempat tido diorang tuh
bezanya cuma ada satu ruang kosong kat belakang tuh

 nih pula ruangan Watch tower yang berbentuk melengkung itu
ada tiga aras rupenye
watch tower middle floor, ground floor and top floor
tangga nak menghubung antara tower nih pun kecik, tangga batu berpusing-pusing

lopong-lopong nih pulak tempat 'sniper' diorang lah ye
sesapa je masuk kat luar taman dekat main gate boleh ditembak dari sini
eh diorang guna senapang ke? tak sempat lagi kot


nih pula kire dewan makan diorang
ruang yang paling besar
pintu hitam tuh adalah pintu ke luar dewan menuju ke taman yang ada pokok besar tuh

Banqueting Hall namanya
suasana dalam dewan makan masa zaman dulu nih adalah seperti dalam gambar

tempat yang ada kepala rusa nih adalah ruangan meja makan untuk org kenamaan
mereka duduk ikut darjat juga
tangga curam menuju ke dungeon
so ibu sorang je turun
berani pulak ibu turun ye
sbb selalunyekan kan tempat castle lain
dungeon nih berhantu
agaknye kerana prison ini mengamalkan safe-keeping without evil torture
kira rule mereka lah
walaupunbegitu special prisoners diikat dgn leg irons
sbb tuh kot tak berhantu
hehehe
berani ibu turun sorang-sorang
kecik aje dungeon tuh
ingatkan ada banyak ruang
satu ruang aje


bukti yang ibu sorang-sorang je turun
anak-anak & papa tak turun
hehehe
Dalam muniment tower pulak
ruangan menyimpan dokumen dan wasiat mereka

walaupun dikunci rapi
banyak khazanah musnah dimakan tikus dan  reput dek kulat

akhir sekali... adalah

cuba teka ape nih?

The Long Drop
memang tinggi pun lobang itu
hehehe









Masuk castle mencari princess - part 1

Weekend ritu gi jalan-jalan north yorkshire
melawat Skipton castle
telah berusia 900 tahun

yang merupakan salah satu daripada castle yang masih utuh lengkap berbumbung sejak zaman medieval (5th to 15 century) di England ini. unik tuh. sebab selalunye castle dah takleh masuk dalam dah. tinggal batu-batu luar je. Lopong je dalam tuh.

Atas main gate tuh ada tulisan DESORMAIS yang bermaksud Henceforth! diukir dgn batu


entrance nih dikenali sebagai Renaissance Grotto yang dibina oleh Henry Lord Clifford between 1626-1629
kenkonon yang paling vogue di zaman itu
kami masuk ikut harga student, dapat aa dalam £5++
kanak-kanak below 5 free



yang best tuh kanak-kanak siap dapat badge lagi
I have explored Skipton castle 

pemandangan hijau di luar castle yang sedap mata memandang - Tudor courtyard katenye
bangunan castle yang dibelakang itu dikenali sebagai tudor wing - merupakan bangunan tambahan dibina dalam tahun 1536 untuk sepupu King Henry VIII, Lady Eleanor Brandon. Tapi sejak 1680s telah menjadi private residence.

pintu masuk ke dalam castle tuh - bergambar di depan Lady Anne's step. Castle nih tempat lahir dia pada 30 Jan 1590. Sbb itu dia telah buat beberapa restoration selepas perang civil.

belakang itu adalah dikenali sebagai chapel terrace. Tepi ada tinggalan chapel yang telah berusia 700 thn. banyak yang lopong dah. 

Imran pulak tengah tunggu ibu gi toilet. Papa sibuk bergambar, dia lak gi tunggu ibu ! tengok gambar nih baru ibu tau....anak manja ibu sorang nih

setiap aras dalam castle nih boleh di explore
masuk-masuk je kakak kate
kita nak masuk 'Castle princess'
tau-tau aje dia castle tuh tempat tinggal princess
then sibuk lah dia time meng explore tuh
'Princess, where are you?'
ituje le dia dok sebut
dah le bergema satu castle
nasib tak runtuh aje
hahahaha

oklah apa ada dalam castle nih
dalam next entry lah ye
nih gambar menarik yang menunjukkan keseluruhan castle dari luar


cantikkan
untuk tengok gambar menarik tentang castle nih
leh visit sini




Stonehenge rocks!

Summer ritu 
kami berjalan-jalan ke south england
tapi tak sampai ke hujung south lagi mcm dover, portmouth 
mungkin bulan 4 nanti baru nak pi terjah sana sbb ada conference
so kali ini 
kami melawat batu
sumenye tentang batu
kepada mereka yang mengatakan apa ada pada batu
so takyah pi lah ye
kerana nak masuk kene charge
tapi kerana batu nih termasuk dalam UNESCO world heritage
harus aku meninggalkan tapak kaki di sana lah ye
mari kita tengok apa yang ada disekitar batu itu......
setiap yang masuk akan diberikan audio mcm nih
ala-ala tourist guide lah ye
setiap lokasi di stonehenge nih ada point 1,2,3,4
so bile dah sampai kat point tuh, kita klik button kat device tuh
so bercerita panjang lebar lah tourist guide kita tuh nanti

the real stonehenge
takde le gergasi sangat
setinggi rumah setingkat je (yeke?)
 rasanya piramid lagi besar
eh, mcm  pernah pi tgh piramid je kan...
(tak pernah lagi!)
see, sama tinggi dgn aku je ! hehehe
taklah..tinggi lagi
kira kene tawaf keliling stonehenge nih
yang bestnye time summer adalah........

anak-anak boleh guling-guling melepaskan geram atas rumput nih
walaupun angin punye le kuat
nasib tak terbang aje!
antara batu lain yang merajuk tak nak join dgn member2 lain...ahaks

ramai jugak pengunjung

jiran sebelah batu-batu nih ada kambing biri-biri
nasib baik ada pagar letrik pemisah
kalu tidak sah-sah banyak kambing biri-biri meninggalkan bahan buangan nye 
tak dapat anak-anak den nak guling-guling!


yeah inilah kenkonon gambaran asal stonehenge
berbentuk bulatan
tapi la nih yang tinggal beberapa batu je kan
kerana kata mereka, zaman dulu batu2 gergasi stonehenge nih diorang buat jual
untuk buat rumah
sbb tuh tinggal sikit aje

dari tepi jalan leh nampak stonehenge nih
dari jauh datang semata-mata nak tengok BATU! 
dimanakah stonehenge?
oooh lebih kurang kat area Somerset
dekat dgn BATH
dari london lebih kurang 2 jam (kot)
so kepada mereka yang datang london
bolehlah menjenguk2 batu ini ye



Entry lain yang menarik dan tertarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog