Ape bezanya? England, UK, Great Britain and British Isles

aku dapat info nih masa kelas listening last week
cikgu tuh cerita la bezanya?
Ape beza antara United Kingdom, Great Britain, England dan British Isle
aku pun tak berapa tau bezanya
tapi tau aa United Kingdom tuh merangkumi ape

Union Jack - bendera United Kingdom
merangkumi 4 negara iaitu England, Scotland, Northern Ireland dan Wales

(source: arinoenglish.tublog.es)

setakat ini kami dah sampai ke Wales, and Scotland, Ireland je belum sampai lagi (kene pergi jugak ni sebelum balik for good kan.... We must conquer the whole UK first! )
bezanya Scotland nih ada matawang yang di design sendiri khusus untuk negaranya
maknenye muka org yang kat kertas tuh berbeza
dipanggil pound sterling jugak tapi kedai kecik-kecik kat area england nih tak terima matawang itu


bergambar dgn Bank lepas withdraw duit kat ATM...semata-mata nak dapat duit design Scotland..ahaks
 then di sempadan england dgn scotland ada border nye sendiri
tuh termasuk Handrian Wall (border zaman dulu yang dibina masa mereka perang2 dulu)
tak sempat kami nak bergambar di border nak ke scotland
tapi masa balik sempat singgah berhenti di border England-scotland arah selatan

border England-scotland arah selatan
sebelum sampai ke border nih dari Edinburgh kami lalu tepi laut
sungguh indah pemandangannya Subhanallah
Scottish Border namanya

macam mane pula Bendera Scotland ye?
(source: mapsofworld.com)

nih le rupenye
then rupe bendera Wales pula?
 (source: partnershipsuk.org.uk)

hah gambar naga bendera nya
ahaks
wales nih pula tulisan dia berbeza dgn english
dipanggil welsh
cakap nye pun lain


tuh dia.....tulisan welsh
so setiap papan tanda ..kat mana-mana..kat jalan raya ke kene ada 2 tulisan lah ye
satu tulisan yang kita paham
satu tulisan yang kita tak paham
ahaks
berbelit-belit lidah kita nak menyebutnya

 nih antara lain contoh papan tanda kat wales nih yang kene tayang dwi bahasa 

Wales nih cantik (ada north and south)
North wales femes dgn mountain and seaside
kami di atas Gunung Snowdon

South wales pulak femes dgn Cardiff

cantikkan castle nih
nih bukan aa cardiff castle yang femes itu
nih Margam castle (if tak silap)


So berbalik kepada soalan asal... 
United kingdom terdiri daripada 4 negara (England, Wales, Scotland dan Northen Ireland)

then ape pulak Great Britain (GB)?
memula aku ingat sama je GB dgn UK nih
selalu terjumpa terms nih bile nak pos barang kat posmalaysia lah
kat parcel guna udara, kat list tuh guna term Great Britain
tapi untuk parcel laut, option list guna United Kingdom
so jenuh jugak aaa kan nak scroll kat form tuh...kene check start dari 'G' dulu... if takde baru scroll ke bawah 'U'...
(paham dah nih! )
kira fail lah aku if nak jadi posmen nih..  hehehe

rupenye
Great Britain nih hanya merangkumi the whole big island sahaja
kira mcm semenanjung Malaysia la ye
GB nih hanya covers England, Scotland dan Wales

then ape pulak nye British Isle
(source: http://www.woodlands-junior.kent.sch.uk/customs/questions/britain/britishisles.htm)

british Isles nih lebih kurang kepulauan melayu aaaa 
ianya merangkumi pulau-pulau disekitar dari atas Scotland (pulau Shetlands) sampai lah ke hujung southern (channel islands) dan Great Britain dan pulau Ireland

OK. Sampai sini saje pembelajaran kita untuk hari ini.
kira lulus tak aku nak jadi Doktor philosophy in Geography nih ?
kehkehkehkeh


0 comments:

Entry lain yang menarik dan tertarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog