Boxing Day


Boxing Day
bile pulak ni ye
ape lagi.. kisah cencaluk la ye
(alamak teringat cencaluk dalam kotak tak makan lagi..hehe)
Boxing day lepas xmas la ye
26 Dec 2009
3 bulan dah
hehehe

nak cerita ni
boxing day kami ke designer outlet Junct 28 shj
org lain pergi ke designer out lagi besar and lagi byk barang branded
mcm Zara, Gucci dekat
london, york, bicester
tapi
kami ke tempat biasa2 je
outlet tak banyak berbanding the bigger outlet ones
yang bestnye tak ramai org masa kami datang
agaknye sbb awal lagi kot
sbb nak balik cepat nak kejar asar
org lain sume solat zohor dulu

best jugak datang awal
dalam kul 10 dah sampai
dapat aa bershopping dgn tenang ek
memang time boxing day
sehari ni, harga memang jatuh
satu negara lak tuh
alahai, dah tak sempat nak pergi tempat lain
sbb masa siang yang pendek

tapi kami singgah jugak kat riverside retail park
dekat dgn uni lepas solat asar
singgah ke kedai NEXT
kedai ni kira kedai baju branded UK
ya Allah memang terkejut giler
sbb waktu tuh rasanya lagi 1/2 jam kedai baju tuh nak tutup
tapi masih ada orang lagi
cuma takde berhimpit2 la
punya la terkejut
sbb kedai baju tuh



mcm kene ROMPAK
huahauhauah
habis licin sume baju kat rak
tinggal sikit je yang tinggal
dapat jugak aa ibu kebas beberapa baju
cuma yela dah habis waktu
org lain dah kebas yang cantik2
yang tinggal yang so-so je
dapat aa beli beberapa helai

tapi tengok ada customer tuh
main sambar je ape yang ada kat rak
habis sume dia nak angkut
takde memilih langsung
huahauhaua
itulah penangan boxing day
bila sume barang2 tak kisah branded ke takde brand ke
sume jatuh dgn giler2 punya

teringat printer yang baru kami beli
waktu tuh belum boxing day lagi
printer wireless
so satu rumah boleh print dimana2 sahaja berada
beli time tuh dalam 70 pound - rm420
tapi time boxing day, jatuh sampai 30 pound - rm120
terkedu je la
boleh buat ape pun kan
hehehehe.....

mari kita tengok gambar masa tuh...


anak-anak lak bagus je ikut ibu papa shopping
takde meragam
kakak lak sibuk nak pilih baju sendiri
alahai...
bagus adik share chocolate dgn kakak

dan sebab anak-anak well behave melayan ibu shopping
ibu melayan hasrat mereka (kakak je yang nak, imran nak lompat turun je)
naik bende ni....



dan hasil menjala di sini
apa yang kami dapat adalah....

kasut impian ibu utk imran.. hehehe kasut clarks lip lap lip lap
nak carik kasut gegirl ada lampu gak, tapi takde lak kat situ
untuk ingatan masa depan = 15pound

jeans levis utk pak andak and beg adidas utk uncle

clarks boots utk ibu

nihle sweater gap yang kakak aisyah pilih... 4 pound
nak gi school kene pakai sweater dalam time winter nih

bila dah dekat sini, nilai pound tuh dah nampak mcm nilai ringgit..so 4 pound nampak mcm rm4
15 pound nampak mcm rm15
sbb yela dapat duit pun dalam nilai pound kan
berbeze betul dgn kisah masa awal2 datang ke bumi UK nih
poundphobia.. hehehe
tak caya, cuba baca entry2 awal blog nih

tata...

Resepi Ayam Pakcik Ken.ny Ro.gers


ya ampun...
memang sedap sangat ayam ni
memang sebijik
serupa
terasa seperti berada
dalam restaurant pakcik kenny's tau
tak try memang rugi
bahan2 pun memang senang
cuma kene perap lama sikit
tapi memang rugi tak cuba
takyah aaa gi restaurant pakcik kenny lagi ok!

Dapat dr blog kak Hana di jepun tuh yang diintai daripada my.resepi dan che.m.id fotopages katenye
yang menjadikan rasanya memang sebijik
serupa sbb menggunakan mix herbs
yum yum

mari kita tengok resepinya
copy paste shj dari blog beliau
terima kasih banyak2
kerana menemukan resepi marvellous ini

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
  • Bahan-2 untuk make up ayam :
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam - if tadak sos nih ganti ngan sos tiram+kicap pekat n lada hitam byk.
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir- gune gula perang pun boleh
  • 2 sudu besar herba campuran
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega
Cara-cara
  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam. perap semalaman lagi senang sebelum tido.
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
  5. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.

selamat mencuba!






Dapat hadiah, yeay!

Blissful morning
bangun dari tido lepas solat subuh
on facebook
terbaca announcement member
yang aku terpilih sebagai pemenang
waaah..

tak pernah menang ape2 nih
menang sebab ape?
sbb dapat jawapan soalan betul dalam fb dia
kemana member and family ni nak bercuti
sempena birthday hb and baby ayyunie

aku kasi jawapan kat fb
sumenye pulau
tioman...pangkor..langkawi...perhentian
sbb ape?
sbb aku pernah terbaca yang hb dia suke memancing
and member ni pulak suke pergi pulau

if nak ke pulau borneo
mereka baru sahaja pergi tahun lepas, tak silap
singapore, baru je pergi
beaches, theme park and waterfall baru jugak pergi
bunyi asyik jalan je kan mereka ni
walaupun azam tahun baru nak reduce bilangan bercuti
kehkehkehkeh
nampaknye mcm kene specific sket 'berapa bilangan' itu
kuang kuang kuang
ada rezeki.. ape salahnya bercuti kan...!

nak tau hadiah ape aku dapat
jeng..jeng..jeng....

fridge magnet, yeay!


bertambah koleksi fm aku nih
best..best..best...

well, nak ceta sket sapa member aku nih
aku panggil dia ayu
kenal sejak undergrad dulu
sbb dulu dia sebilik ngan coursemate aku, hana
dan satu fakulti jugak dulu
and hb dia pun satu fak
ada satu gelaran yang gegirl sgg 'guna' kat hb dia nih
tapi biarlah rahsia.. hehehe

sesuai dgn namenye, ayu.. memang dia sentiasa ayu
jatuh pulak kepada anak2 dia yang comey
selalu menang contest baby
and mereka ni memang sejak study dulu sweet couple
insyaAllah akan berkekalan sehingga ke hujung nyawa
terima kasih kepada penganjur
pop kuiz tuh ye

ayu and co

http://ibuayahdamia.blogspot.com





University Park Mashup

Amazing!





Isyik cerita pekasam je
kali ni cerita yang hot from the oven
how surprising his creativity
to build a train of books
selalu nampak dia buat
guna 1-2 buku sahaja

however, today
lepas ibu solat asar
terpegun
melibat betapa panjangnya
train imran kali ini
his creativity develops quickly
than his talking development

errr betapa tunggang langgang dibuatnye
kat rak buku ibu
asyik nak main guna buku aje

Twilight mood

oooh
Edward Cullen
tak menjadi kerja aku weeh
melayan si Edward ni
for the first time ever
I am not bothered with the fb

buku setebal 400 pages
aku habiskan dalam 2 hari
then skrang ni
tengah nak menghabiskan a few last chapters
in the second book --- Moon Light sequel
waduh
sampai bawak ke mimpi
uish idak la aku berangan menjadi si Bella
or bercinta dgn si Edward
but their stories keep preying in my mind, in my dream
tuhle..sebelum tido duk baca buku tuh
bangun tido... sambung balik
kene perhabihkan cepat nih
the stories is so engaging
(baru aku tahu perasan how my hb have been so engaged with his FIFA)
dari ke movie hingga ke paperback
tak jumpa lagi the 3rd and 4th sequel
nak kene pi carik nih
tapi takde pulak kat asda ritu
aku beli murah je
promotion
2 books for 7 pound = rm35
muraaah kan

betul aa kate reviewer tuh
'Peope do not want to just read this series... but they want to climb inside, and live there'

oooh, it is absolutely true!...
sudaaaaaahhh.. get back into the reality!

vampire is not exist, and immortality is belong to ALLAH only!


End of year di kota london

Entry tertunda seterusnya
28 dec 2009
belum jadi pekasam lagi nih
kisah kami jalan-jalan ke london
waktu tuh tengah new year sales
sbb dah borong habih masa boxing day last week nye
so takde la shopping ape masa kat london nih
cuma jalan-jalan pergi ke hotspot wajib bile datang ke london

sebenarnya untuk pergi ada seminar dgn bos mesia
di malaysian hall

kami bermalam di travelodge hearthrow


kami tak claim kat bos pun perjalanan kami nih yee..
so awal-awal lagi naik train and tube ke kota london
first station adalah Osterley


aisyah yang semakin pandai memberikan pose menarik
mane le dia belajar?

sampai-sampai disana kira dah lewat
and ruang seminar bawah tanah yang kecik tuh penuh dgn staf cb lain
ada yang bawah anak-anak mcm kami
alhamdulilah aisyah imran takde la buat bising
diorang tido je..
tapi ada seorang anak orang lain (seorang shj tau!) yang tidak selesa dalam ruang sempit tuh
dan ngupenye ada mereka-mereka yang tidak suke dgr budak seorang tuh menangis
kami tak kisah dgn adenye anak2 dalam seminar tuh
kerana anak2 yang lain well behave aje...
yela.. yang bawak anak tuh mesti kedua-dua nya belajar
dah katenye staf kene datang
anak2 nak letak mane kan?
so kene la angkut sekali
paham2 je la... tau la orang yang komplen tuh takde anak
takpun ada orang yang boleh jaga


lain kali kalu kene panggil meeting lagi
memang sah2 kami takkan datang lagi
memang meeting seterusnya dalam bulan january ke february ritu kami tak datang
sbb baru je rasanya pergi, malas aa nak pergi lagi
and sbb tak berkenan jugak dgn
warning kanak2 tak dibenarkan masuk
so kami yang dua-dua belajar
maksudnya terus dikecualikan utk datang la ye
lagi satu... sbb tak berapa suke dgn ayat
yang dikeluarkan
please make sure anak/bini/suami/ mak/bapak tIdak berada dalam bilik perjumpaan tu nanti. hanya staf dibenarkan masuk!
bini? mak bapak? sungguh tidak sesuai digunakan utk jemputan ke meeting
then yang dua-dua belajar ni, dua-dua bukan staf ke?


lagipun input nye tak seberapa
penat perjalanan je yang lebih
ingatkan ada la staf admin lain yang ikut
sbb nak tanye kemusyiklan kepada mereka
tapi rupenye big bos je yang datang
habih... buat penat je kami datang jauh
sbb tak kesampaian hajat
setakat nak dengar slide2 tersebut
copy and distribute dalam email pun dah cukup
takpun buat virtual conference pun dah ok
ingatkan leh consultation
ngupenye lepas habih ceramah
sume orang blah
haih....

ni gambar selepas ceramah
kakak yang suke menyanyi
atas pentas
no stage fright heh!

masa kt sana dapat aa jumpa kawan-kawan papa
ni haris staf cb di france... datang ke london utk jalan2
ni lak kawan-kawan sefakulti dgn papa..study di imperial and cambrige

lepas makan-makan melepaskan ngindu dgn sambal petai udang di malaysian hall
kami meneruskan perjalanan ke oxford street
dari malaysian hall nak ke sana kami naik tube nih
On the way nak ke tube station ni
kami singgah dulu ke subway halal
tempat feveret kami
betul2 dpn bayswater station
dan tetiba jumpa pulak kedai jual souvenir yang murah
di sepanjang jalan nak ke queenways tuh
ada berderet kedai souvenir
tapi kedai yang ni special sikit
siap tulis lagi kat depan kedai
dalam bahasa melayu tau
'kepada pelancong dari malaysia, sila tanya dikaunter utk mendapat diskaun'
waaah.. ape lagi, kami pun beli la fridge magnet and t-shirt london
banyak jugak memborong
dah murah
memang paling murah setakat ini yang pernah dijumpa
kedai ni sederet dgn subway menghala ke queensway tube station tau
depan kedai tunggu ibu shopping
depan kedai...

then sampai lah ke oxford street
naik tube
boleh juga naik bus
tapi kami taktau bus no berapa

Oxford street nih merupakan
Europe's busiest shopping street
punye la panjang oxford street ni
and berderet2 kedai-kedai
dah le time sales
punya la ramai oraaaang
deretan kedai yang banyak
jalan yang sungguh panjang
penat2 ber window shopping
singgah berehat di coffee shop
masa duduk kat sini
kemain imran melambai2 mereka yang dalam bus
ada jugak yang melambai balik kat imran
kelaka betul
tengok imran tuh.. dari jauh melambai2
tapi if org tuh datang kat dia
terus menyorok belakang kita
huahauah
then sampailah ke station ni

untuk ke destinasi seterusnya iaitu
Harrodsssssssss
tengah sales time tuh
dapat aa tengok keadaan dalam harrods yang femes nih
sejak remaja dulu tahun 1996
dapat tengok dari atas bas.. dari luar je
kali ni anak dah 2
dapat masuk pulak ye
dapat jugak bertemu dgn atuk doddy ni yeh
dan membeli barang2 harrods sebagai cenderamata
perfume kat harrods time sale murah eh
akhirnya dapat jumpa dgn perfume yang bau nye aku suke
versace bright crystal
sbb aku tak suke bau yang terlampau wangi
pening kepala
sebenarnye aku mencarik versace baby blue jeans
sedap baunye mcm baby
taktaula ada jual lagi ke tak sebb keluaran tahun 1996

suasana dalam harrods time sales


if time tak sales, taktau aa if ramai jugak umat manusia dalam ni
yela..barang nye mahal sampai berjuta pun ada
if tak sales, taktau aa if kami nak masuk ke tak
heheheh
seterusnya, masa untuk pulang
di Knightbridge station, station yang paling dkt dgn harrods


dalam tube

sehari suntuk window shopping di kota london ini
tidak tercapai tanpa kerjasama daripada
mr hafis izran

terima kasih ye abang
sudi bawak kami jalan-jalan
walaupun tengah sesak dgn ramai orang

terima kasih daun keladi,
sungguh tak sangka sungguh sporting abang ni,
sebab itu nak pasang hajat lagi
tahun ni nye boxing day kita datang lagi... ,


ye...bolehkan ..hehehe

white evening di office ku

These photos captured the moments
on January 8 2010 (the day after main-main snow di wollaton park)
betul2 lepas snow berhenti turun

the photo shot location
was in front of my new office building
alang-alang ambil ibu balik dari sekolah..



the opposite building namenye Amenities
that building houses a separate prayer room
for male and female



Di campus ini, all the buildings special design nye
macam-macam bentuk ada



agak tebal juga snow yang turun
kerana dalam beberapa jam quite thick juga hasilnya

inilah bangunannya
my desk at level 3
paling dekat dgn pintu
so sesapa yang lalu kat pintu tuh
direct je nampak ibu buat ape
allocation for reward time is melebih2
than the time spent for the research
huahauaha

ni pulak bangunan sebelah
mcm R& R sg buloh lak
ehehehe

tower ni sungguh cantik
masa snow tengah turun
kerana lampu-lampu yang menyinar tuh
membuatkan snow yang turun
lebih clear berterbangan
mcm bebola kapas
tak sempat nak tangkap suasana itu
sbb masa photoshot ni, snow dah berenti

mereka yang disayangi

dah sampai rumah pun..
lokasi: depan rumah (lama)






Entry lain yang menarik dan tertarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...