Resepi Ayam Pakcik Ken.ny Ro.gers


ya ampun...
memang sedap sangat ayam ni
memang sebijik
serupa
terasa seperti berada
dalam restaurant pakcik kenny's tau
tak try memang rugi
bahan2 pun memang senang
cuma kene perap lama sikit
tapi memang rugi tak cuba
takyah aaa gi restaurant pakcik kenny lagi ok!

Dapat dr blog kak Hana di jepun tuh yang diintai daripada my.resepi dan che.m.id fotopages katenye
yang menjadikan rasanya memang sebijik
serupa sbb menggunakan mix herbs
yum yum

mari kita tengok resepinya
copy paste shj dari blog beliau
terima kasih banyak2
kerana menemukan resepi marvellous ini

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
  • Bahan-2 untuk make up ayam :
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam - if tadak sos nih ganti ngan sos tiram+kicap pekat n lada hitam byk.
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir- gune gula perang pun boleh
  • 2 sudu besar herba campuran
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega
Cara-cara
  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam. perap semalaman lagi senang sebelum tido.
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
  5. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.

selamat mencuba!






0 comments:

Entry lain yang menarik dan tertarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog