Dunluce Castle ---causeway coast yang sungguh indah

Causeway coast
tetiba je teringat album si westlife coast to coast tuh
ada satu lagu tuh video klip nye dekat satu coast tuh
tapi tak pasti kat country mane

causeway coast memang cantik









nih sume kawasan pantai di dunluce castle


and time tuh memang berharap la sangat
alangkah bagus if datang time summer
boleh ku turun ke bawah sana

memang geram ok
teringin nak masuk dalam castle merentasi jambatan ke tinggalan castle di tepi laut itu
tapi apakan daya
tengok je le kan


nak sampai ke tebing sini pun kene berhati hati
kerana snow yang slippery
tak pasal pasal pulak jatuh then kene masuk sepital
anak-anak berkenalan dgn penunggu castle
mr snowman bertopikan baldi
berhidungkan dan bertangankan kayu
mesti si PINOCHIO jadi snowman nih
hehehe



Kami di trinity college dublin

Masa di dublin ritu
sempat masuk ke trinity college
college ni femes kerana org popular pernah belajar kat sini
tapi tak kenal pun sapa yang dimaksudkan itu
playwrights Oliver Goldsmith and Samuel Beckett
hah ada sesapa kenal tak?
hehe
selain itu major attractionnye adalah book of kells
apekebendenye tuh
alah kitab gospel mereka yang ditulis pada tahun 384 AD
so tidak kuasalah kami ingin menengoknye
kami diluar melihat senibina college yang dibina 1592 by Queen Elizabeth
berapa banyak Queen elizabeth daaaaa


dipintu masuk opposite to Old bank building
the courtyard
masa nih baru lepas konvokosyen
tengok jubah diorang
mcm biasa je kan
tengok yang pompuan tuh berlari-lari atas ice dgn kasut tumit tinggi
waaah sungguh confidence!
pukul berapa dato' harimau
pokok yang ada tarikan tersendiri
tong sampah pun guna tenaga solar tau! 

kami parking di shopping complex ini!



Progress anakanda anakanda ku

dah lama tak cerita progress anakanda ku yang berdua itu

Aisyah (4 tahun 7 bulan)
  • tiada lagi isap botol tengah-tengah malam. macam mane leh get rid the bottle? sbb ritu ibu denda dia sbb dia wee dalam kereta sedangkan 5 minit sebelum tuh baru je papa stop by university papa sbb kakak nak wee. habih basah lenjun car seat sume. memang kene denda lah dia so malam takde botol susu sbb ibu tinggalkan botol dalam kereta, tak bawak masuk. End up malam tuh, dia tak de le melalak kuat-kuat mcm selalu, kerana ibu tak teerjaga langsung pun dia nangis mintak botol malamnya. tanye papa, kak chah ada mintak botol ke, then papa kate ada, cuma papa buat taktau je. so takde payah beno seperti yg dijangka kerje2 get rid the bottle itu. so bolehla kak chah mengawal karies giginye itu kerana tiada isap botol malam-malam lagi. sbb dok isap botol malam2 lah gigi kak chah tuh lobang tengah-tengah, dentist kate.
  •  
  • boleh di suruh dah. suruh kemas rumah (selepas mereka dua beradik menyepahkannya). boleh dah suruh vacum, tidy up sume. 
  •  
  • dah boleh free diapers dah dia. cuma kalu keluar rumah tuh mesti pakaikan kat dia. kalu tidak setiap 5 minit asyik nak wee aje. sbb sejuk kot. tak larat nak berenti tengah jalan mencari toilet. kat sini bukan mcm kat malaysia, stesen minyak sini tak sume ada toilet OK. tak pernah nampak lagi toilet di stesen minyak. sbb tuh mat salleh nih main kencing kat pokok je. terukkan ( ade ternampak sorang tuh, ingat berenti nak pam tayar kereta, rupenye kencing kat pokok besar.... eeeei)
  •  
  • malam-malam masih tido di ketiak papa. siap nangis 'nak ketiak, nak ketiak' lagi tau... sejak dalam perut  (sbb alergik bau badan papa masa pregnant) sampai la dah pandai bercakap sume, memang kak chah tak bagi langsung papa dok baring sebelah ibu. memang jeles yang amat kuat. pantang nampak papa nak landing je. cepat-cepat dia pun nak tido jugak. 
  •  setiap kali papa nak keluar rumah, gi school ke, rumah friend ke, dia akan kate kat papa ' nanti papa balik ye' ....oooh sungguh sedih dia ok if malam-malam papa tak balik lagi. bile papa balik lambat dia akan kate ' CEPAT papa balik ye ibu'.... (Sedangkan ayat yang betul ' LAMBAT nye papa balik, ibu)
  •  
  • pandai dah guna komputer. main game kat pc. tolong mainkan game thomas utk adik. si adik nih pula isyik2 nak suruh main game, tapi bukan dia main, dia suruh org lain tolong mainkan. haiya.... 
  •  
  • pandai bergaya. bile pakai baju, pandai cari pasangan yang matching. top kene padan dgn trouser. sarung tangan nak kene matching dgn topi nye. haaaaa tengok lah bawah nih.... (nasib baik dia tak bercerita pasal boiprend ke ape, mau terkejut la ibu.. hehe)
  • lagi hebat main game Wii daripada ibu... dia lagi terrer kayak daripada ibu...  (ooh sungguh lenguh berkayak itu ye, sampai sakit tulang belakang nih hah, mcm berkayak betul-betul)

Imran ( 3tahun 4 bulan)
  • boleh bercakap sepatah. mcm air, game, thomas, train, school
  •  
  • walaupun imran tak berapa bercakap, tapi dia paham ape yang orang cakap. nih cikgu school dia cerita. time tuh mereka sedang prepare nak playing outside. and teacher dia, namanya Lora kate, she want to wear her coat first. then tetiba imran terus lari. then terkejut la si Lora, why he's running away. Rupenye si imran pergi ambilkan coat utk si Lora nih la. haaaaaa 
  •  
  • imran memang rajin tanpa disuruh. bile ibu hidang pinggan, dia akan susun pinggan. bila dah habih makan, dia akan tolong angkat satu-satu gi bawak ke dapur (tanpa ibu suruh pun) ....ooooh  memang bertambah sayang ibu kat imran nih
  •  
  • sejak dua menjak nih dia suke kiss ibu. kiss pipi,forehead, mulut sume dia kiss. bile dia nampak cerita tv tengah kissing, nanti dia pun gi kiss ibu kat sebelah, sampai ibu nak tido pun takleh.. hahaha
  •  
  • bile nak gi jalan keluar, imran akan kutip train thomas dia masuk dalam poket. so nanti bile dia boring masa kat luar, cth masa tengah tunggu order kat kedai, dia leh main train atas meja. memang akan ada aje yang dia bawa bile nak keluar rumah!
  •  
  • pergi school dah tak nangis lagi dah. dah boleh ibu tinggal kat pagar sekolah, dia ikut kakak masuk ke dalam kelas. siap bubye ibu lagi dari pintu

Kami di Dublin

tak masukkan lagi gambar masa jalan-jalan di dublin city
deretan kedai nye sama aje mcm di england sana
cuma lebih byk kedai dgn nama besar mcm MAC
kerana kat england kedai MAC cosmetic pernah nampak kat london aje
kat sini takde

kedai-kedai dalam shopping complex
TKMax pun ade cuma harganye dalam euro
ada nampak kasut kat tkmax kat dublin
serupa and sebijik ngn yg nampak kat tkmax kat sini
cuma harga je lain sbb dalam euro

parking kereta kat city nih memang le mahal
sebab tuh mereka lebih prefer naik transport
nasib baik sepupu hb ada kat dublin
leh dia tunjuk parking keta kat mane yang senang nak access

haruslah shopping souvenir dari dublin kan
ape lagi kalu tidak memborong FM
and juga t shirt I love dublin
hehehe
entah kenapa selalu shopping mesti beli utk kak chah
shopping baju
sebab ibu nampak baju boboi utk imran sungguh tidak menarik langsung
kesian adik kan
nasib adik jenis tak kisah
(mcm papanye.. hehehe)
oooh ibu shopping, tokei kedai tuh kasi flag ireland kat kak chah

tak berapa jalan-jalan sangat di dublin city
sebenarnye byk je tempat menarik di bandar nih
oooh bangunan berbentuk bulat nih merupakan bank
unik kan
pertama kali nampak bangunan nih terus terpk
eeeh 'aku berada di Colosseum kah? '
alah
amphitheatre kat  Rome, Italy tuh
hehe

lepas tuh kami masuk trinity college dublin
tapi tuh entry lain kali ye
tata

Sekolah berasrama... aku benci senior yang perasan bagus!

Aih
macam mana boleh teringat balik pulak nih
pasal senior-senior yang perasan bagus masa di asrama dahulu
dahulu di asrama perasan bagus
sekarang bagus sangatkah mereka?
menyampah betui
nasib baik le sepanjang join facebook sume tak pernah lagi link dgn mana-mana senior
senior yang dulu perasan bagus
bile jumpa kene bagi tunduk, kene bagi salam dahulu
then bile mandi, tak boleh cut turn mereka
tapi mereka boleh je main-main potong turn masa mandi ke, masa basuh baju ke, masa makan kat dining hall ke, turn iron baju ke, conquer tengok tv masa waktu cuti le..
wah memang berkuasa sungguh senior tuh ye
that's why aku memang paling benci senior2 itu
memang aku paling benci bile terbaca kes torture yang selalu keluar kat sekolah ala tentera tu
 
sepanjang aku berasrama di ASTOPUNK atau ATOPIANA tuh takde le teruk kene torture
tapi selama 3 tahun jugak lah aku kene menghadapi level senior-junior tuh
dalam bas senior duduk atas kerusi
junior pulak duduk kat bawah kat lantai
aaaah nasib baik aku di awal remaja lagi time tuh
form 1 lah katakan
so tiada rebellion berlaku
 
tapi aku paling benci masa berasrama di sekolah asrama penuh kat muar tuh
memang sebulan je aku bertahan ok
senior kat situ pun ada yang perasan bagus
ada satu malam kene masuk dorm diorang and diorang suruh ingat nama diorang dalam gelap
and siap baling2 hanger lagi
nasib bukan aku yang kene
then kene paksa nyanyi lagu raya lagi
eeei aku memang tak suke betul kene paksa
sebb masa tuh dah form 4 kan
so tahap tidak puas hati memang ada
so hanya sebulan aje aku bertahan kat sekolah itu
kerana lepas tuh aku pi masuk sekolah mrsm jasin pulak

hah di mrsm jasin pulak
masa awal2 masuk tuh ada group pengawas nih baru nak mula xtvt torture budak2 baru nih
then suddenly warden dapat detect
so tiadalah xtxt torture berlaku
di mrsm jasin dulu memang sumenye pegang buku
sume orang baik junior baik senior sume nye ulat buku
so tiada masa nak pk pasal senior or junior
sume pk nak berjaya dalam SPM je
kan bagus if semua skolah berasrama mcm itu kan
itu le tujuan kita masukkan anak kita di asrama
bukan utk kene dera
tapi utk suksess dalam study mereka!

tapi nih kes senior-junior masa tahun 1990 an dahulu
harapnye tiada lagi kes-kes mcm tuh berlaku kan

 
mcm-mcm boleh teringat balik kes seniority di sekolah berasrama nih?
sebab malam tadi tengok cerita tajuk nye IF
cerita kisah sekolah berasrama di britain masa perang dunia lagi (kot)
memang sebijik aaah seniority yang diamalkan tuh mcm apa yang aku pernah lalui dahulu
tapi yang cerita tuh lagi teruk
kerana ketua pengawas dibenarkan utk merotan junior
warden yang benarkan
hah
warden goyang kaki je
then junior pulak kene hidangkan breakfast utk abang angkat mereka
mandi pulak pengawas asrama diberi special bath tub
manakala student lain kene ikut turn mandi kat shower
 
sampai sekarang aku benci senior-senior yang perasan bagus
adakah aku maafkan diorang?
tuh biar hal diorang dengan Allah sahaja
tuhle sapa suruh menganiaya orang kan




Wembley stadium = stadium bukit jalil?

Entah kenapa
pertama kali bertentang mata 
ahaks
dengan wembley stadium 
masa jalan-jalan london ritu
terus terpikir 'eh mcm stadium bukit jalil je'

eh korang ada terbayang mcm tuh jugak tak?
uhuks
 
kami tak masuk dalam stadium
kerana bukan fan england pung
 
depan wembley stadium nih
ada retail park
yang khusus utk barang-barang clearance
ada comet, halfords etc.


Handset 1p =5 sen Nokia, sealed, boxed, bau kilang lagi!

nak cerita pasal handset yang kami beli nih
berharga 1p (pence) sahaja
1 pence = 5 sen
brand nokia
baru, sealed, boxed and bau kilang lagi
uhuks
boleh lah beli utk kak chah and adik imran
and utk ibu gak
sbb ibu suke nokia
yele sejak dok malaysia lagi pakai nokia kan
function basic aje
ada lampu, untuk dengar FM
 charger, and kabel handfree sume
terpikir jugak berapa le mereka untung ye?
ooooh kene beli top up vodafone £10 = rm50
boleh la dapat free call malaysia 60 minit

handset nih kami beli online je
kat website
yang under management si car.p.honeware.ho.use tuh
siap free delivery (next day DHL delivery)
actually ada mcm-mcm lagi handset yang harga 1 pence nih
tapi di jual oleh lain website lah
mcm alcatel ...
tak caya cuba lah google handset 1p
eeeh kenapa kat malaysia takleh jual handset harga 5 sen hah?

Tak berjaya buat apam, tapi lulus buat puteri ayu!


my puteri ayu!
tengah demam-demam pun sanggup buat jugak
ambil resepi dari sini
laman web my resepi 
resepi daripada rossitamz

bahan-bahan
  • 5 biji telur (saiz kecil)
  • 250gm tepung gandum
  • 300gm gula
  • 2 camca teh ovallate
  • 1 camca teh baking powder
  • 250ml santan
  • Pewarna hijau
  • 2 camca teh paste pandan
  • Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)

Cara-cara

  1. Panaskan kukusan.
  2. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.(sampai dia mcm-mcm nak putih and likat pekat)
  3. Masukkan santan , tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna. Kacau lagi guna mixer hingga sebati.
  4. Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
  5. Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit.(i punye kene kukus 10 minit sbb guna stimmer elektrik)
  6. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.
i punye ada mcm-mcm bentuk
star lah, flower lah
sbb guna acuan agar-agar aje
anak-anak pun suke sebab saiznye kecil and mcm mcm bentuk ada



London bridge is falling down.....

Akhirnya masa last visit ke london december ritu
dapat jugak visit 
london bridge yang selalu dok nyanyi masa di kindergarden dulu
london bridge is falling down
falling down falling down
sbb ape katenye falling down
mungkin sbb jambatan nih boleh dibukak tengah
untuk membolehkan laluan kapal
waaah teknologi zaman dolu pun boleh advance sebegini
eeeeeh kat malaysia, jambatan mane yang boleh main naik turun naik turun nih
ada sesapa tau ke?
jambatan pulau pinang boleh ke?

sebenarnye kalu ikut map tube station
nak gi tengok jambatan nih kene follow utk turun di tower london station
bukannya turun dekat london bridge station
sbb kalu turun kat london bridge station 
nanti sampai ke jambatan yang lain
bukan jambatan yang ada tower, yang femes ini
tanye adik dulu sebelum turun kat tube station 
sbb dia pernah pergi ke station yang satu lagi
memang jambatan london yg biasa-biasa aje
 


jambatan nih selalu jadi wall paper kat desktop papa 
yg i tengah guna nih le
wallpaper tuh tunjuk gambar tower london waktu malam
memang cantik
sbb line yang biru-biru kat jambatan tuh (nampak tak?) terpantul-pantul
sbb tuh memanggil-manggil je jambatan nih suruh kami datang
ahaks

seterusnya gambar atas jambatan
papa and imran tak naik atas jambatan
sbb imran tido dalam stroller
so ibu and kak chah je naik atas
menghayati jambatan yang femes ini
boleh naik ke atas tower yang tinggi tuh
beli tiket kat atas jambatan
punye le ramai orang

board ini menceritakan view apa yang boleh dilihat dari tengah-tengah jambatan
city hall
HMS belfast
kapal nih jadi ruang pameran dah
sejak tahun 1940 (kot) kapal nih dok lalu bawah london bridge nih
silalah baca ye...

terminal utk river cruise thames river

yey ingat lagi masa first visit ke london tahun 1996
memang ingat pernah gi lawat london bridge nih
apa yang diingat lepas turun dari bas 
lalu kat pokok-pokok tinggi nih
then dari pokok sini dah boleh nampak tower bridge yang femes nih
of course makin tinggi pokok nih
eh pokok, u masih ingat i lagi tak?
siap bergambar kenangan ngan pokok pulak
ahaks
nanti bile anak i dah besar
diorang belajar kat london ke
mesti pokok nih makin besar 
atau terbantut dah kot ahaks

Entry lain yang menarik dan tertarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog