Aisyah 3rd Birthday

Akhirnye, tercapai jugak hasrat aku nak buat kek utk aisyah 3 tahun.. siap2 je bakar kek tuh, terus dia tunjuk 'cara nak tiup' sbb dia tak tau word ape nak guna...

Sambil masak2 utk aisyah nye birthday 3 tahun, sebenarnye tarikh tuh jugak, genap setahun aku sengsara duduk kat UK ni.. huahuah

Then, tetamu yang dijemput hanya beberapa keluarga je, sbb aku tak pandai nak masak banyak. Tuh pun sekadar last minit jemputan utk 'housewarming' pada mereka2 yang belum pernah datang rumah...tuh pun 5 keluarga je yang dijemput (dari Lboro + Notts)... next time, keluarga lain pulak, insyaAllah....

Haha...sambil menyelam sambil minum air kan...tak gitu ...

Ape yang aku masak? Simple and senang je.... nasi jagung, ayam kurma, acar timun masak and poppodum...

and tak dilupe sambal belacan mangga and bubur kacang derian...

Resepi Ayam Lemon - republished

Sumber  : Ishzah daripada Resepi.Net

Atas permintaan Kak Jen Lboro yang nak masak ayam lemon utk hero-hero nye... resepi ini dipublishkan kembali... selamat mencuba...

Btw..resepi asal daripada web origin rasanye dah tak dapat access.. so mcm payah dah if nak surf resepi ni online.. sbb kalu search keyword 'resepi ayam lemon' kat google mesti resepi tuh perap ayam dgn lemon...so lain la..yang ni resepi ayam with lemon sauce...
sedap.... kat hotel or seafood besar2 je selalu jual.....



Isi Ayam Goreng

Bahan-Bahan
400gm isi ayam
1 s/mkn halia kisar
* Lumurkan halia kisar dengan ayam. Perapkan sebentar.
2 s/mkn besar tepung beras
1 s/mkn besar tepung jagung
1 s/mkn lada sulah
1 s/teh garam
1 s/mkn gula
2 butir telur
2 s/mkn susu sejat

Cara penyediaan

1.
Dalam satu mangkuk satukan kesemuanya kecuali susu and telur tu (susu and telur pukul dalam mangkuk lain).
2.
Gaul hingga adunan menjadi sebati (gaul dalam beg plastik utk mendapatkan kulit ayam mcm KFC tuh)

3.Celupkan ayam dalam mangkuk berisi susu and telur.

4. Then, Masukkan isi ayam ke dalam beg plastik yang berisi bahan2 kering tu.
4.
Goreng ayam dalam minyak yang agak panas dengan api yg sederhana.
5.
Bila ayam sudah di goreng, toskan minyaknya.
6.
Lalu potong ayam dengan menggunakan pisau yg tajam (supaya isi ayam tuh dapat menyerap sos lemon yang akan disiram, so bukan setakat kulit je yang kene sos nanti .
7.
Letakkan di atas piring lalu siramkan dengan sos lemon.
8.
Sedap dihidangkan semasa panas.


Sos Lemon

Bahan-Bahan

4 s/mkn jus lemon (daripada sebiji buah lemon)
5 s/mkn gula
3 s/mkn tepung jagung
300 ml air atau secukup kepekatan yang anda inginkan.
1 s/mkn cuka
Setitik dua lemon paste

Cara penyediaan

1.
Satukan kesemuanya dalam periuk kecil.
2.
Lalu didihkan, kacau hingga sos agak pekat sedikit.
3.
Rasa apa yang kurang, bolehlah ditambah.
4.
Padamkan api lalu sejukkan. Sedia untuk di gunakan.

Note:

* Rasa sos haruslah masam manis.

* Saya buat dulu tak letak lemon paste, sbb tak beli. Kalu tak letak, jadi jugak cuma warna je tak yellowish mcm kat kedai. Guna pewarna kuning pun boleh jugak.

*Saya masak tak guna pun isi ayam. Guna je ayam sume bahagian. Jadi juga. Sedap pun sama. Tapi yang penting, lepas ayam digoreng, potong ayam itu ke bahagian yang kecil. Contohnya drumstik potong kasi dua...supaya sos lemon meresap hingga bahagian isi.. yummy

* Kalu ada ayamas yang sedia utk digoreng, lagi senang, takyah payah-payah nak wat ayam tepung itu.

My ayam lemon photo ..tak dapat dicapture gambar..sbb tak sempat nak tangkap, dah licin kene ngap...sedap, tak caya ke?

Salmon cicah air asam

Bestnye..bestnye... akhirnye dapat jugak makan ikan salmon bakar cicah ngan air asam. Yela, kat sini payah nak dapat ikan fresh. Kalu ada pun ikan frozen yang dah berbulan2 di bekukan mcm ikan kembung tuh... so jgn harap la nak makan gitu cicah air asam... hanyir tak lalu nak makan. Kalu aku beli pun utk wat laksa je...

Resepi:
Salmon tuh di basuh bubuh garam. And masuk dalam oven... Oven aku tuh tak betul sikit setting suhunye.. so aku setting Oven 2 dan ambil 30 minit utk masak, ada garing sikit kat tepi2.
Rupenye, ikan salmon tuh keluarkan mcm minyak...so takyah la nak bubuh marjerin ke minyak sapi ke etc...

Then buat air asam. Bubuh bawang besar dihiris, asam jawa beberapa biji (lagi pekat lagi best), and cili api dipotong 2,3

Then makan...... sedap sehingga tak terkata.

Pemalas!

Wahai diriku,

Agreement sudah disign,
Duit dah guna wat shopping,
Progress mcm mane pulak?

Ape masalahnye?
Research context pun takleh nak siap
Sebab ape?
Sebab tak pandai nak karang ayat
Bih tuh orang lain tuh pandai sangat ke?
Diorang pun learn from their experience
Takde manenye dalam tempoh sekejap boleh menghasilkan sentence cantik sebegitu

Ape lagi masalah?
Tak pandai tulis omputeh
Bih tuh wat ape masuk uni omputeh?
Terpaksa
Bih tuh nak wat camne, Quit?
Dah terlewat, mane boleh.. byk ikatannye
So ape solutionnye
Tulis and tulis and keep going, tulis !
Hah, pandai pun jawab!

Ape lagi masalah?
Masalah paragraph tak berganjak2, asyik pikir mcm2 kene letak
So buatlah structure
Dah buat dah
Bih tuh?
Tak pandai nak wat ayat bunga-bunga
Sapa suruh letak bunga?
Sbb cantik
Tak penting tuh, yang penting mesej sampai
Yang penting, asalkan siap :)

Si Mulut Becok


Sejak dua menjak aisyah berumur 3 tahun ( tak sempat aku nak buat birthday party, sbb berkira2 nak buat kek nye..tapi ada ternampak kedai kek paki, boleh try), mulutnye becok la bertanya.

Sebelum ni, aku risau dia tak pandai cakap, cakap aku tak paham.. tapi alhamdulilah, reach 3 years milestone, pandai daaah bercakap yang kami paham.. dah takde (kurang) cakap bahasa kartoon dia tuh.

Sebab dia dah pandai cakap, and kami pun paham.. so mulutnye becok la bertanya itu ini... 'bertanya itu ape' tau....

Antara yang dia selalu tanye..

1. "Bu, masak ape Bu?" -- ni selalu time aku kat dapur la, pantang aku kedapur, itu la soalannye... bergegas2 dia kedapur, semata-mata utk tanye, aku masak ape. Selalu aku jawab "Bu, masak nasi".. tak pun "masak ayam"

2. Dia juga dah pandai ambil buku, and tanye 'ni ape', 'ni ape'. Ada satu gambar kereta, then dia tanye "Ni ape bu?", then aku jawab la " Car".. then dia buat muke tak setuju, so dia kate la "Bukan, kereta" ... huhuhu, teringat aku iklan yang 'ni bunga, bukan la orkid la'...

3. Then dia tunjuk buku yang ada banyak kartoon dalam tuh, ada banyak binatang, dragon besar, kecik, warna pink ada ungu ada, binatang lain pun ada bird, penguin etc. Then, dia tanye lagi, 'Ni ape bu?' then aku jawab la, 'dragon'... dia kate 'Bukan, Papa'... (oo pasal dragon tuh besar, so Papa la'.. then dragon kaler pink pulak, dia kate tuh 'ibu', yang pink kecik 'kakak' and yang paling kecik 'imran'....

Macam-macam la... sampai aku tak larat nak jawab lagi soalan dia, tanye 'ni ape, ni ape' (banyak woo dalam satu masa)...ntah sape ajar dia ada 'papa, ibu, kakak, imran tuh'... kat tv pun rancangan BBC.. setiap kartun tuh, dia tunjuk 'ni papa, ibu, imran.....'

4. Dia pandai cakap 'Look'.....dan tiru dah words yang kartun tuh sebut...

5. Bila aku pakai baju yang dia tak selalu nampak, nanti pandai la dia sebut 'waaaah, cantik bu'

6. Bila aku siap masak, and nak bagi diorang makan.. nanti dia cakap la ' waaaah, ibu, sedap!' .. sedangkan, dia belum rasa lagi.. tone dia bercakap tuh, tiru papa dia la, yang memang sentiasa 'mulut manis', yang sentiasa puji masakan aku, sodap je memanjang ..

Besar dah anak ibu...

Imran nye progress je belum lagi.. masih tak pandai cakap lagi selain 'Papa and Bob'.. and terbaru dia selalu sebut 'mmmaamma, mammma'... taktau la tuh maksudnye ape..

Risau jugak aku, imran dah berumur 1 setahun 9 bulan dah..tak pandai cakap even 'NAK' pun.. hmm

Jadual Full

1 Sept - Submit First year Proposal kepada assessor (Dr Gary)

7 Sept- First year VIVA

7 Oct - Postgrad Seminar

21 Oct - Moving to a new building at another campus


Alamak.. mcm mane ni.. jadual ketat.. tak dapat balik raya la jawabnye :(

Famous Qoute

The best of a book is not the thought which it contains..
but the thought which it suggests;
just as the charm of music dwells not in the tones
but in the echoes of our hearts.

Inspiration quote

You have one thing in common with all successful people - "24 HOURS A DAY"

It’s how you use them that makes all the difference

Kenapa mesti balik?

Hati aku teringin benar nak balik Mesia, walaupun tiada syurga disitu lagi... . antara perkara yang perlu disettle kan..

1. Barang2 peninggalan aku di bawah ofis itu.. aku nak selamatkan dulu

2. kereta iswara aku yang tamat bayar bulan 9 ni.. yeay... boleh jual, untung2 dapat cash rm15 000

3. nak balik skudai.. nak tengok office aku yang penuh dgn barang2 rumah aku.. takut kene gigit anai2 je, sbb ritu tak sempat nak bubuh ubat.. huhuhu

4. nak lawat orang-orang yang rindu kat aisyah imran kat malaysia tuh (banting, klang, skudai)

5. aku nak makan kueh raya

6. aku nak gi beraya kat perak, dah lama tak jumpa diorang

7. nak gi jumpa doktor gigi, rasanye gigi aku memerlukan tampalan... harapnye masih sempat

8. nak shopping barang2 malaysia utk di post ke UK.. banyak barang takde wooo...

9. nak bukak akaun zakat pendapatan.. selalu mengharapkan mama je, sampai bile kan?

Masalahnye:

1. tiket belum beli
2. tarikh nak balik tak confirm lagi, sbb aku and hubby ku akan viva masa bulan puasa nanti. So tarikh viva and tempoh correction taktau bile
3. nak berjalan2 ke europe pun harganya sama dgn tiket balik malaysia utk 4 adult (anak2 yang kecik tuh standard harga dewasa dah tuh..fuuuh)

Motivation Quote

While people sleep, .....we work.


While people work, ....we work ahead

Stroberi Picking at Thrumpton

Ahad lalu, kitorang pergi memetik stroberi kat ladang berdekatan. First time jugak ke farm stroberi ni and pertama kali jugakla menengok pokok stroberi.

Rupenye stroberi fresh ni tak masam rasanya.. tak mcm yang selalu beli kat kedai tuh.. so buat pertama kali la aku suke stroberi :)



Motivation Quote

When ideas fail...

Words come in very handy

(so just write something and anything, and the idea will come later on)

Entry lain yang menarik dan tertarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...