Resepi Ayam Lemon - republished

Sumber  : Ishzah daripada Resepi.Net

Atas permintaan Kak Jen Lboro yang nak masak ayam lemon utk hero-hero nye... resepi ini dipublishkan kembali... selamat mencuba...

Btw..resepi asal daripada web origin rasanye dah tak dapat access.. so mcm payah dah if nak surf resepi ni online.. sbb kalu search keyword 'resepi ayam lemon' kat google mesti resepi tuh perap ayam dgn lemon...so lain la..yang ni resepi ayam with lemon sauce...
sedap.... kat hotel or seafood besar2 je selalu jual.....



Isi Ayam Goreng

Bahan-Bahan
400gm isi ayam
1 s/mkn halia kisar
* Lumurkan halia kisar dengan ayam. Perapkan sebentar.
2 s/mkn besar tepung beras
1 s/mkn besar tepung jagung
1 s/mkn lada sulah
1 s/teh garam
1 s/mkn gula
2 butir telur
2 s/mkn susu sejat

Cara penyediaan

1.
Dalam satu mangkuk satukan kesemuanya kecuali susu and telur tu (susu and telur pukul dalam mangkuk lain).
2.
Gaul hingga adunan menjadi sebati (gaul dalam beg plastik utk mendapatkan kulit ayam mcm KFC tuh)

3.Celupkan ayam dalam mangkuk berisi susu and telur.

4. Then, Masukkan isi ayam ke dalam beg plastik yang berisi bahan2 kering tu.
4.
Goreng ayam dalam minyak yang agak panas dengan api yg sederhana.
5.
Bila ayam sudah di goreng, toskan minyaknya.
6.
Lalu potong ayam dengan menggunakan pisau yg tajam (supaya isi ayam tuh dapat menyerap sos lemon yang akan disiram, so bukan setakat kulit je yang kene sos nanti .
7.
Letakkan di atas piring lalu siramkan dengan sos lemon.
8.
Sedap dihidangkan semasa panas.


Sos Lemon

Bahan-Bahan

4 s/mkn jus lemon (daripada sebiji buah lemon)
5 s/mkn gula
3 s/mkn tepung jagung
300 ml air atau secukup kepekatan yang anda inginkan.
1 s/mkn cuka
Setitik dua lemon paste

Cara penyediaan

1.
Satukan kesemuanya dalam periuk kecil.
2.
Lalu didihkan, kacau hingga sos agak pekat sedikit.
3.
Rasa apa yang kurang, bolehlah ditambah.
4.
Padamkan api lalu sejukkan. Sedia untuk di gunakan.

Note:

* Rasa sos haruslah masam manis.

* Saya buat dulu tak letak lemon paste, sbb tak beli. Kalu tak letak, jadi jugak cuma warna je tak yellowish mcm kat kedai. Guna pewarna kuning pun boleh jugak.

*Saya masak tak guna pun isi ayam. Guna je ayam sume bahagian. Jadi juga. Sedap pun sama. Tapi yang penting, lepas ayam digoreng, potong ayam itu ke bahagian yang kecil. Contohnya drumstik potong kasi dua...supaya sos lemon meresap hingga bahagian isi.. yummy

* Kalu ada ayamas yang sedia utk digoreng, lagi senang, takyah payah-payah nak wat ayam tepung itu.

My ayam lemon photo ..tak dapat dicapture gambar..sbb tak sempat nak tangkap, dah licin kene ngap...sedap, tak caya ke?

0 comments:

Entry lain yang menarik dan tertarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...