Nak masuk bu....nak masuk...

Sejak semalam sebenarnya berlaku...

Seperti biasa, kami terpaksa untuk membiarkan rancangan kartun 24 jam ditayangkan.. otherwise, akan menangis la aisyah sepanjang masa.

Hari ini...
Aisyah membuat permintaan..

Aisyah:
"Ibu, nak masuk bu... nak masuk.... "

Ibu:
"Hah nak masuk, masuk lah..."

Aisyah:
Aisyah pun menolak-nolak dirinya, sbb nak duduk kat kerusi sebelah watak kartun yang sedang beraksi kat dalam TV...

Ibu:
hanya menggeleng2 kepala....

Semalam, dia request lain pulak...

"Ibu nak bu..nak bu.... " (sbb dia nak ambil makanan yang kartun tuh makan dalam tv)

Alahai aisyah...

Pelakon kaya vs petani susah

Sedihnya bile aku baca berita ini...

Pelakon kaya vs Petani susah...

Monday, January 12, 2009



Kes 1

Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi dari Kampung Titi Serong, Jalan Kuala Perlis, merupakan pemuda pertama yang didapati bersalah kerana gagal menghadiri PLKN, pada 11 May 2005. Beliau didakwa dengan sengaja mengingkari notis bertarikh 9 Julai 2004 yang memintanya melaporkan diri di Kem Dusun Resort, Kuala Nerang, Kedah.


Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi yang merupakan seorang daripada empat beradik kepada seorang ibu tunggal, telah berhenti persekolahan selepas tamat pelajaran tingkatan dua SMK Syed Alwi di Kayang. Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi yang bekerja mengambil upah membuat bendang secara harian untuk menanggung ibu dan dua adiknya, memilih untuk menjalani hukuman penjara. Abangnya pula (21 tahun) dilaporkan berada di Melaka bagi mencari pekerjaan, dan dua orang adiknya berusia 16 dan 15 tahun. Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi dilaporkan oleh akhbar The Star sebagai meminjam RM7 daripada ibunya untuk menghadiri kesnya di mahkamah.

Majistret Wan Norzanuar Wan Ahmad menjatuhkan hukuman penjara 14 hari atau RM600 ke atas Ahmad Harizal selepas dia gagal membayar denda berjumlah RM600. Ahmad Harizal yang kesempitan wang telah memilih untuk hukuman penjara 14 hari.




Kes 2

Pelakon (gambar), 17, tidak akan mendaftar menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) hari ini.



Pelakon berkenaan membuat rayuan supaya diberi kelonggaran untuk menangguhkan penyertaannya dalam program itu yang sepatutnya bermula hari ini selama tiga bulan.

Penangguhan itu dibuat kononnya kerana Diana terikat dengan kontrak penggambaran sebuah filem berjudul Kecoh Betul. Menurut pengarah filem itu, Baldev Singh, syarikat produksi White Merpati Entertainment yang menerbitkan filem berkenaan telah berurusan dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dalam mendapatkan kelonggaran bagi pihak Diana.

Permohonan itu dibuat minggu lepas setelah Diana terikat dengan perjanjian penggambaran filem arahannya dari 22 Disember sehingga 22 Januari depan.

Alasan penangguhan Diana itu tiada langsung dalam peraturan PLKN.


* dari blog Ustaz Suhaimi Saad - jazakallah.

Ulasanku..

1. Kasihan adik itu kan.
2. Aku tak kisah pasal pelakon itu sbb dia berhak utk dapat penangguhan jugak sbb dia kan sibuk bekerja.
3. Nasib baik zaman aku tak kene join PLKN tuh.. 3 bulan kena cuci, berus malah 'clorox' mental :)

Salah tengok masa

Terlewat utk masuk kelas

Semalam aku ade keles CELE yang kene hadir. Dgn confident nye aku tahu start kul berapa bile my hubby tanye. Aku pun dg confident nye hanye check kelas kat mane je tanpa menghayati masa kelas.

Dengan bersemangat nye aku berjln kaki dari parking lakeside menuju ke Portland. Sepanjang perjalann kakiku itu, aku merenung jam... oooh , takpe ade lagi 30 minit....relax...

Ketika kakiku memanjat tangga utk memasuki portland building, terlintas 'kekonfiusan' didalam fikiranku... 'eh, if kelas start kul 11.30, so iaakan habis kul 1.00. Rasenye kelas habis kul 12.30'.

Dengan segeranya, aku mencapai hp ku utk mengakses wireless utk check masa... Tup..tup, sah.... aku dah lewat 30 minit...

Bile aku lalu depan kelas utk mengintai, alamak... penuh dgn orang... hmmmm
So dgn hampanya aku menuju ke School untuk mengisi perutku yang bertambah lapar akibat kekecewaan itu..

Alahai...awat lak boleh salah tgk jam... kan dah terlepas kelas...

Tercepat masuk kelas

Hari ni pulak, aku tercepat masuk kelas (kelas lain) pulak. Punye la aku sangka aku dah lewat, sampaikan aku minta hubby ku meng 'drop' aku betul2 kat portland building...

Bile sampai depan kelas, aku tgk ramai dah orang dalam kelas itu. Sebab dah pukul 2.00 (waktu kelas yang ku sangka bermula), dgn confident nye aku masuk ke dalam kelas and duduk di bahagian belakang sekali, sbb depan dah penuh.

Time aku nak duduk tuh, aku tgk banyak daaah mereka2 itu dah belaja... dalam fikiran ku (aiks, takkan aku tak terima notice kelas start awal kot)...

Sekali, cikgu itu bertanye (' R u in this class, we're going to finish the class at 2' ).. barulah terkial-kial aku untuk membuka semula hp ku utk check balik kelas pukul berapa...

Hahaha... macam mane la aku boleh sebegitu confident.. sbb cikgu yang sama mengajar utk kelas aku yang start 2.30 sepatutnye.. nasib baik cikgu itu coool, bile aku kate, aku nye kelas start kul 2.00 kot.. then dia kate...it's ok.. you can just sit there :)

Hehehehe... kelaka la pulak.. entah ape2 tah kan :P

My 28th Birthday

On last 16th February, umurku genap 28 tahun. Oho... sudah 10 220 hari aku hidup. Adakah amalanku sebanyak ittew juga? Sebagai penghargaan kepada ucapan hari lahir daripada insan-insan yang mengingatinya, aku ingin memorikannya dalam entryku ini kali ini mengikut turutan ucapan yang aku terima semasa hari 'special' ku ittew.

1. Aishah hani (primary school mate, sbb dia study kat ausie, kan waktunye lebih cepat. Mule2 aku heran, awat dia wish on the day of 15th (Uk time)..rupenye kat ausie dah tgh malam before the dot of 12 a.m 16th Feb
2. Zurina (11:51 p.m 15th feb) - my sgg junior

3.My hubby tersayang (15 minit lewat sbb dok chatting dgn somebody pasal orang tuh nak beli merz n nak bawak balik :p)

4. Mother in law ( kelaka pulak rasanya..hihihi..) by phone
5. Sister in law (kak chik) by phone
6. Brother in law (ju) by sms
7. Nurrunnuha by facebook (fb) (00:51) - my close frenz masa primary school
8. Syida by friendster (fs) (00:59) - my buddy masa secondary school
9. Suraya (fs) (1:02) - tunang adik ipar
10. Amrah (fb) (1:08) - my close frenz ever yang tak pernah lupe tarikh hari lahir aku...

11. Shatul (fb) (1:09) - dimana ada shatul, disitu ada aku (SMKTD, ATPN, JASIN, UTM)
cuma kat UK jaaa mu takde :p
12. Watai (fb) (1:36) - kawan MRSM - sama blok F hostel

13. SEELAN PAUL (fb) (1:53) -- Deejay Hotfm, ex-era tuh....huhuhuh....tak sangka lak di
wish aku gak
14. ParG (fb) (2:04) - UTM frenz ...parG yang selamba
15. Liza (fb) (5:18) - kawan Sek ren
16. Jaja (fs) (7:42) - klik masa undergrad- sggians

17. Kak emmy (fb) (9:42) - ex housmate plus birthday mate ( birthday sama tarikh :)....
18. kak long (fb) (11:06) - kakak ipar
19. yanti (fb) (13:45) - kawan sek rendah
20. baid (fb) (13:48) - kawan MRSM - satu kelas 'rahim kajaians'

21. kak fara diva (fb) (15:28) - sis in MML (Masyarakat Melayu Loughborough)
22. Syima maiza (fb) (17:35) - kawan UTM
23. Aisyah (fs)(18:57) - kawan adik
24. Ila (fs) (22:45) - klik masa undergrad--- ssgians
25. Dilla (fs) ( 22:53)- my best buddy kat UK ni


Oook.. 25 ucapan hari lahir yang aku terima sehinggalah pukul 11 malam on 16th.. nampaknye Dilla orang terakhir on the dot....:)

But keesokannya (17th feb), ada juga insan-insan yang masih menghantar ucapan 'belated'....

26. hana (fs) (2:28 a.m) - best buddy masa undergrad
27. Apit (fs) (5:45 a.m) - my younger brother. uncle yang rajin menjaga cacah n
imran
28. faizah (fs) (8:29 a.m) - auntie (kawan ibu) yang rajin melayan cacah n imran dulu....

Conclusion... aku telah menerima 28 ucapan selamat hari lahir utk hari jadiku yang ke-28.. 'perfect combination!'....

Terima kasih diatas ingatan.....

Aku Pelik

Ape yang aku pelik dan pernah rasa pelik since I've stayed (opps.. I've been staying (future perfect continous, ok!) here for about 7 months..

1. Aku rasa aku yang pelik bile solat kat Prayer Room, aku sorang je yang lengkap bertelekung and kain utk solat. Orang lain hanya solat guna yang seadanya pada diri mereka, berseluar jeans and memakai kot tebal :)

2. Aku pelik tengok orang lain solat boleh nampak kaki, takyah pakai stokin gitu..., kadang kala boleh pakai baju tight nampak shape dada lagi.. and ada sorang tuh, siap solat nampak jambul lagi... polik den...

3. Aku pernah pelik tengok lampu traffic light asyik berkelip-kelip bile kuning... tanda ape lak tuuh.... rupenye maksudnya bile takde pedestrian crossing, kereta boleh lalu takyah tunggu...

4. Aku pelik tengok kat atas jalanraya garisan zig zag panjang-panjang....apo pulak maksudnye tu.. sbb itula aku tak nak bawak kereta kat UK ni... aku plan nak beli basikal laaa...

5. Aku pernah pelik bile supervisor aku penah kate 'oh, shame on you!' kat aku bile aku kate tak dapat join diorang berparty utk celebrate xmas. Eh, kenapa dia kate aku memalukan..harharharhar.. tuhle akibatnye tak pandai omputeh hehehe

6. Aku pernah pelik sbb kenapa cashier akan selalu kate, do you wanna pack... setiap kali bershopping kat kedai.. mmm maksudnye dia nak tolong kan pack ke ape? ke dia cuma kate hang nak beg plastik ka? (almaklumla even kat sini pun certain kedai nak beg plastik kene bayar) harharhar... Kalu kat sini, kita dok beli barang banyak2 n guna beg plastik banyak2, cashier tuh akan pandang pelik la kat kita... mungkin sbb dia pk kita takde green house awareness kot.. huhuh

7. Aku pelik ngan orang tua kat sini, takleh dengar budak2 menjerit or nangis kuat2.. most of them akan macam suruh senyap... eeeei ape dulu diorang takde anak ko? ke anak diorang tuh bisu tak menangis...even kalu duduk sblh rumah orang tua pun orang tuh akan sound and tegur if anak2 buat bising or mereka dok berlari2 ke or tutup pintu kuat2... almaklumler, rumah sini kat mcm rumah papan.. x kalis bunyi langsung.. tapi akan poning kepala if duduk rumah orang muda (sbb suka pasang radio kuat mcm disko!)

8. aku rasa pelik tgk cerita2 kat TV ni.. mungkin dulu aku tak sedar sangat kot... setiap kali dialog mesti ada perkataan 'fucking'... dalam setiap ayat... tah ape2 tah..

9. aku pelik tgk cerita2 or rancangan kat TV ni bilamana pakaian half naked (~~90% naked) adalah diterima oleh masyarakat sini. Memakbulkan ape yang Nabi Muhamad pernah cakap masa beliau naik ke langit dulu pasal wanita akhir zaman... nauzubillah...even iklan ubat gigi pun nak tayang gambar pompuan naked kat ladang gandum (tapi gigi rongak) ape kaitannye kan!, saja nak memanipulasi wanita

10. Aku pelik bile perompak2 kat sini akan rompak even pukul 11 malam... agaknye 11 malam tuh kire mcm 3-4 pagi kat M'sia kot... sbb malam start cepat kan.. dulu since kul 3.30 dah magrib, so kul 9 malam tuh kadang -kadang akan kate (Eh, baru kul 9 ke... rasa mcm dah lama sangat daaaah malamnye)

11. Aku pelik kat sini bile kitanye sampah melebihi saiz wheelie bin tuh, kita boleh kene saman. Akan poning kepala esp bile sampah dah melebihi had ketika nak pindah rumah. Dulu, terpaksa sorok2 buang sampah kat tong sampah jiran rumah sebelah yang memang tak duduk kat rumah tuh.. nasib baik.. and terpaksa bawak sampah ke rumah baru.. harharhar.. and terpaksa jugak new tenant yang akan duduk rumah lama (nasib baik kenai) buangkan sampah untuk minggu pengutipan sampah berikutnya.. poning2 pasal sampah

12. Aku pelik kat sini bile kita nye rumah front of the road, kira rumah depan pedestrian path, takleh letak tong sampah kat depan rumah. Kene sorong bawak balik ke backyard. Kitorang siap kene surat warning dari council lagi suh bawak tong sampah masuk rumah. Diorang takut orang letak bom kat tong sampah kita, and akan meletupkan pedestrian yang lalu depan rumah kita... harahrha... mane de orang letak bom, orang letak botol2 arak adalah.. dah jenuh HB kene kutip botol2 araak letak dalam beg plastik... patutpun kat bandar london esp bus stop memang payah nak carik tong sampah.. (sbb kes dulu bom london orang letak bom dalam tong sampah) so la ni diorang fobia letak tong sampah di tempat awam... poning-poning

Snow makin tebal

Gambar ni masa snow lebat harini.... memang boleh tenggelam kaki if gi main kat backyard.. so harini, takde gi main snow.. tengok je kat tingkap.. hehe.. kalu wat snow man rini, memang boleh jadi bapak snowman... ritu wat jadi baby snowman je kan...


Hari ni, bangun pagi2 terkejut tgh view kat luar rumah sume putih melepak... even kat main road pun... fuuh... snow turun dgn lebatnye pada pagi2 buta...

Sbb semalam, snow tak turun... so byk yang dah melting..ingatkan hari isnin itulah last snow yang akan kami experience kat nottingham ni... sbb selasa snow dah tak turun.. tgk tasik yang membeku, sebahagiannya cair esp tempat2 itik berenang....then hari rabu, kami siap gi klinik lagi, untuk mendapatkan injection meningitis and MMR aisyah and imran.. kesian kene cucuk dua-dua belah kaki....

kakak aisyah seperti biasa akan menangis.. then bile time imran nak cucuk, kakak nampak jarum tuh, dia bertambah nangis, ingat dia kene cucuk lagi kot

imran lak nangis kene cucuk mcm kene cubit... kelaka adik nangis...

But hari ni, snow turun balik... n paling tebal turun...

Snow kat sini mcm banjir kat Malaysia.. kita satu disaster jugak kepada mereka...

Apa yang jadi time snow ni;

1. School akan tutup
2. Jalan digaramkan (tapi la ni diorang menghadapi kekurangan garam.. sbb snow turun berterusan.. agaknye diorang tak expect snow turun setebal 8 inci hari ni.. so garam dah byk habis stok... so diorang hanya gritting main road je)
3. Break tak leh pakai time snow ni esp jalan yang tak digaramkan.. otherwise, akan tergelincir.. so kene pakai gear rendah je
4. Byk orang tak kerje .. sbb snow turun... my supervisor pun tak datang esok, sbb katenye snow tebal kat rumah dia..PA dia pulak dah 4 hari tak keje..katenye keje dari rumah.. harharhar...

Yang ni gambar masa aku nak gi school hari selasa ritu...

Aktiviti yang tak best time snow.. kene bersihkan tingkap dulu sblm gerak... siap kene spray dulu baru leh clear tingkap.. xtvt yang tidak menyeronokkan.. gambar kecik2 tuh gambar sekitar Uni Notts time snow... fuhh... rasa mc dkt artik je.. nasib baik takde beruang kutub... yang picture last tuh, bukit depan school of geography in snow.

snow at nottingham

Snow kat belakang rumah!

Since yesterday, lebat jugak snow turun kat nottingham.. esp part city ni... selalunye dengar daerah lain je turun... yang notts ni tah bile nak turun.. kalu ada pun turun pagi2 buta.. n hujan lepas tuh..

But sejak semalam, kira lebat la... la ni pun lebat juga.. pathway sume kaler putih.... backyard belakang pn covered dgn snoww.....


Aisyah n Imran gembira sbb first time main kat backyard rumah baru ni!


Dah besar dah Imran, leh main toy car kat outdoor and first time berjalan kat luar rumah... atas snow lak tuh!


Imran meet the snow at first time!
First time aisyah jumpa snow gak ye! Sampai tak nak masuk.. but then bile dah masuk, menangis sejukkkk

Entry lain yang menarik dan tertarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...