Alahai kerna nama anakku terlampau panjang, payah nak check-in flight

tuhle nama anak dah le panjang
nama bapak nye pun panjang
dah dua-dua panjang
taknak kalah
so beginilah jadinye

masalah pula yang timbul
masalah nama terlampau panjang
lebih 6 patah perkataan
so passport tak muat
terpaksa lah guna muka surat sebelah

masalah akan timbul bile nak check-in flight

bile mana nama kat passport tak sama dgn nama yang di register masa check in
yele masa check in nak nama initial name, surname
tapi kat passport cuma ada full name pemegang passport
surname  pula diletak kat page sebelah
kerana tak muat nak letak 
muhamad khalil imran bin mohamad hafis izran
satu page
haaaaaaaaaaaaa....

masalahnya
bile diorang check nama kat passport(first page) tak sama nama dgn nama yang diregister masa book tiket
mula lah diorang ingat
booking tiket org lain, tapi check-in orang lain
mula lah diorang nih
bile nama tak sama je
ingat orang lain
so diorang akan charge rm500 (if ryan air)
kenkonon kita tukar nama
haaaa
dah le harga tiket murah sbb sale
tapi harga tukar nama penumpang lebih mahal dari tiket
sampaikan ada org (org lain aa) diorang lebih rela beli tiket baru (waktu time sale aaa) daripada telefon airport sana sbb nak tukar nama penumpang
sampai begitu sekali
yele, budget airlines memang cenggitu
bab-bab hidden nih le yang mengaut keuntungan
contohnye macam if terlebih berat 1 kg pun kene charge rm150
sedangkan masa beli awal-awal (online) 20kg baru rm50
mencekik darah kan

eh dah habis cerita belum pasal nama panjang nih
berbalik semula
masalah culture pun satu
omputeh nih mana paham org melayu nih surname dia kat belakang
so kita explain kat dia pun diorang malas nak BELAJA
hahaha
dua kali berlaku
satu masa nak pergi
satu masa nak balik
 sampaikan org jaga kaunter tuh kate
lenkali letak je nama yang dipapar kan first page passport tuh
tak kisah le tuh bukan surname ke ape
kerana diorang bukannye tahu pun
diorang kate, ambil masa panjang nak explain kat diorang je nanti
leh paham tak nih?

lagi satu kes
nama anak ku muhamad
tapi masa book tiket aku tertaip mohamad
hah menggelabah
bile nak check-in online
takleh ubah nama langsung
kalu ubah diorang kira charge tukar nama
terpaksalah aku dgn humble nye call airport sana
bagitau the stupid mistake
nasib baik beza U dan O
dioarng boleh terima
kalu tidak habih terbang rm500 aku semata-mata kerana typing error

kesimpulannya berhati-hati masa nak booking and check-in  online ticket flight ye
ditambah pula nanti air airasia pun nak buat check in online
hati-hati setiap masa
especially time mengeja nama anak
time masukkan nombor passport

2 comments:

chucky berkata...

sib baik nama aku pendek,
account nk bg cheque pon senang ajeeeee

Ayu Zarina berkata...

peringatan ni...hiks..sapa suruh letak nama panjang2...nasib baik nama hubbyku satu patah perkataan jer...hehe

Entry lain yang menarik dan tertarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog