1st month - tak rase pape, tak tau pun, siap leh main jet ski kat feringghi beach lagi :). Around 3 weeks baru tau actually tgh pregnant.
2nd month- bulan puasa, cuba tahan puasa sebulan, alhamdulilah ponteng sehari je. Masa ni alergi pada bau pada tahap maksima. Segala jenis bau dari bau wangi sampai ke bau busuk, sume tak tahan, bau sofa, bau set bilik tido, bau bawang kene tumis, bau perfume, bau minyak rambut, bau sabun basuh, bau sabun mandi + sabun cuci pinggan pun tak boleh. Ade satu kali try beli pencuci pinggan sunlight baru, sbb tgh promosi kat Jusco saiz besar, then bile kat umah nak termuntah bile terhidu bau limau tuh..last-last beli pencuci sunlight yang biasa guna..hemm ade lagi kat umah, simpan buat perhiasan kat bwh sinki tuh…..arrghhh, macam nak lari je dari rumah ke tempat yang takde all that sort of odours.
3rd month - alergi masih sama, time pagi-pagi bile time berus gigi, mesti muntah,,aarrgh,, ubat gigi pulak kene yang original punye flavor, fresh n white tak leh, cuma colgate je..memilih… tengah2 tension2 with all that sort of alergy, ajak abang gi pantai PD, hehehe n n sempat pegi sunway lagoon atas sponsored iwan, n sempat gak cuba naik niagara fall n river boat.
4th month - masa weeks ni kene alergi pada makanan , ayam, seefood, belacan sume tak leh makan, badan kene gatal2 tahap maksima. cuma leh makan ikan bilis je. Sardin makanan favourite pun tak leh
5th month- experience sama macam 4th month.. takde perubahan rasenye…gatal sana gatal sini…hemm…..siap jumpa 2 doktor…satu penawar satu fatimah, ubat still tak power…tak pernah2 ubat sapu tuh dalam masa seminggu habis, ni licin… :p
6th month- kene cirit birit . Setiap kali after makan, mesti sakit perut. Ingatkan berat boleh turun, tak turun pun, timbang nak dekat 70 kg ade la. Alahan pada makanan, bau semakin berkurangan. Takde muntah2 dah. Pergerakan baby semakin terasa. especially after 10 pm and above.
7th month- la ni baru masuk tujuh bulan. la ni badan terasa panas.. setiap kali nak solat mesti kene mandi dulu. Malam -malam time nak tido tak yah pakai selimut…rimas…tapi kene gigit nyamuk le pulak..kipas dah pasang level 5 pun tak cukup sejuk…so kene on 2 kipas silang.. nasib baik siang hari dok kat lab..so aircond ade…setiap kali masuk lab kene pastikan aircond tuh telah diset ke level paling sejuk…Uznir la jadi mangsa….tapi tak cukup sejuk..before this if masuk ofis abang, tak tahan sejuk sbb bilik dia guna main aircond tahap kuda punya power….siap suh dia bukak tingkap lagi untuk kurangkan sejuk …tapi la ni rase macam biasa je…kak bis kate, ni baru masuk 7 bulan, 9 bulan lagi panas…yeke? just wait n see… ingatkan sbb cuaca la ni panas….:p
8th month- Alhamdulilah, skrang dah 33 weeks, rasenye baby ni semakin besar sbb every night abang akan buatkan susu Anmum for me, thank you abang. Bagus ak minum susu tuh sbb selalunye after bangun tido, mesti kaki kejang, tapi semenjak tiap2 malam minum susu tuh, tak jadi nak kejang, cuma la ni tapak kaki rase macam stretch sikit, especially masa nak sujud, terasa seperti tegang. Actually, antara susu Anmum or Enfamama, I prefer Enfamama chocolate flavor, terasa macam minum creamy hot chocolate kat jusco ja :). Setiap kali nak tido, payah sikit nak tido mengiring sbb terasa baby akan tendang-tendang kat tepi, maybe space dia dah semakin kecik kot. So rase macam kura-kura terbalik pulak, kene tido melintang, sehinggakan kesan regangan tuh obvious kat bahagian tepi ni. If nak naik tangga, terasa lambatnye perjalanan. So mintak tolong abang push sikit, nak dukung , emm tak larat cik abang tuh, iyela berat dia cuma 52 kg je. Masa 35 weeks, doc scan untuk kali terakhir, mungkin baby girl
9th month- la ni dah masuk 37 weeks ++, dah kene jumpa doc every week pulak, ingatkan dah takyah jumpa doc dah. La ni, badan cepat mengeluarkan haba, after makan especially, makan sikit berpeluh banyak, ditambah pula dengan perut memulas2. Yang kelakanye bukan setakat panas, siap peluh menitik ke lantai…warggh tak penah experience begitu macam lepas bersenam. Baby pulak aktif after 5.00, before tuh, payah nak kire bilangan movement baby. Bile malam pulak, payah nak tido nak mengiring ke kiri or kanan tak boleh sbb baby aku push kat sisi, baby akan push kat kaki tak pun kat bhgian tangan…perut pulak gelembung sana gelembung sini..macam gempa bumi, especially if abang stimulate baby, lagi le dia buat yoga kat dalam perut ni. nak melintang pulak, sakit kat tulang pubik ni..so payah nak tido n sering je terjaga. Bile malam pula mesti rase tak selesa, ini tak kene itu tak kene, panas n rimas, nak angkat kaki tak larat. rase macam nak buat karate do je. geram…sbb pergerakan terbatas, atas sakit bawah sakit.
May 21st, 2006 at 9:59 pm
best nye dgr..comy x baby wani.rindu lah kt wani tringat time kt skolah2 dulu..