Sunday, December 24th, 2006
1.Lebih banyak memberi perhatian kepada si manja. Tanpa disedari anda mengabaikan perhatian yang sepatutnya dicurahkan kepada suami tercinta.
mcm ada je
2.Seringkali meninggalkan rumah tanpa secalit mekap pun lantaran kesuntukan masa menguruskan anak
almost..dah bz sgt nak mekap pun malas
3.Gemar membeli belah pakaian untuk si kecil berbanding diri sendiri mahupun suami.
papa bagi ibu duit, most of it ibu spend untuk beli baju melati. dah banyak beno bajunye, sebulan tak pakai baju sama pun boleh agaknye
4.Anda menganggap si cilik adalah yang paling comel, bijak malah dialah yang terbaik jika dibandingkan dengan semua bayi seusia dengannya
Iyela, sapa lagi nak bangga dengan anak sendiri kan
5.Tidak pernah jemu bercerita keletah si manja kepada rakan-rakan sekerja
Hot topics dalam circle ni buktinya
6.Bekerja dengan penuh dedikasi dan efektif sepanjang tempoh 8 jam waktu pejabat tetapi hanya berkesempatan tido 4 jam sehari sahaja
Err, ibu cukup je tido..masa awal2 dulu tak betah bangun 4 pagi buat susu sbb pagi mesti mengantuk, but alah bisa tegal biasa
7.Menukar tas tangan berjenama yang agak kecil sebelum ini kepada beg yang lebih besar
Hahaha, la ni kalu shopping mengintai2 beg tangan yang bersaiz sesuai untuk letak botol susu didalamnya.
8. Meninggalkan rancangan TV kegemaran kerana anda lebih seronok menemankan si manja di buai mimpi
Err..yang ini blum lagi
9. Hati anda lebih dekat dengan rumah. Ke mana sahaja anda pergi, pasti anda panas punggung kerana asyik teringatkan si manja.
Blum lagi, kemana pergi , melati ada je
10. Mengabaikan panggilan telefon biarpun rakan karib sendiri. Lebih-lebih lagi di hujung minggu. Anda lebih senang meluangkan masa bermain dengan bayi
Yang ni rasenye tak..lebih suke gi jumpa kawan sambil bawak baby
11. Menebalkan muke dengan merayu bantuan ibu mertua untuk menjaga bayi ketika anda perlu menguruskan hal-hal kecemasan
Tak payah tebal2 muke, memang banyak yang offer diri nak jaga melati
(Source : Pa&Ma Januari 2007
0 comments:
Catat Ulasan