1. Kenapa tindakan George Soros pada 1998 menyebabkan Malaysia dan negara2 sekitar mengalami kegawatan ekonomi
2. Kenapa la spekulasi-spekulasi daripada penzalim-zalim dunia dan penyangak matawang memberi kesan kepada nilai matawang kertas.. sedangkan spekulasi ni hanya assumption sahaja..
3. Kenapa matawang dunia ni bergantung kepada nilai US Dolar .. sbb US punye idea la pandai2 buat wang kertas yang hanya bersandarkan kepada kepercayaan, kalu tidak sblm ni wang kertas bersandarkan kepada emas dan perak
4. Rupenye matawang kertas ni sebenarnye tidak ada ape-ape nilai, hanya bergantung kepada kepercayaan org lain terhadapnye.. sbb tuh bile penzalim-zalim dunia membuat spekulasi mcm-mcm, matawang boleh turun.. yang menjadi mangsa negara2 miskin, penduduk miskin....
sbb itu Allah ada, kerana bayangkan Allah tidak ada, tiada pembalasan kepada penzalim2 kat dunia ini, kerana menindas org-org miskin.. Sesungguhnya Allah itu maha adil..
5. Simpan duit kertas banyak2 dalam bank pun tak berguna, kerana nilai duit kertas bile-bile sahaja akan susut nilai hanya berdasarkan kepercayaan org lain terhadapnye. Baik kita melabur dgn membeli rumah, emas, perak.. baru akan untung kerana item tersebut mempunyai sifat dan tidak bersandarkan kepada spekulasi.. So mari kita pakat2 utk membeli banyak dinar emas, perak, or rumah ..takpun beli banyak gelang emas, cincin emas, rantai emas...sbg ganti duit simpanan berlambak dalam bank... kerana nilai item ni takkan susut ( makan naik ada la)... tapi zakat jangan lupe ye...
(balik malaysia nanti, nak wat koleksi barang kemas la pulak... hehehe... serba satu utk aisyah..cukup ke? kalu duit banyak...huahau)
Aku suke statement daripada Ibnu Sina ni ( Quote from www. zaharuddin. net)
Ibn Sina pernah berkata :-
من حكمة الله في الحجرين وندورهما أنهما قيم لمكاسب الناس..فلو حصل عليهما بالصفة لبطلت حكمة الله في ذلك وكثر وجودهما حتى لا يحصل من اقتنائهما على شيء
Ertinya : Ini adalah dari hikmah yang dikurniakan Allah pada dua jenis logam ini (emas dan perak) dan kesukaran menemuinya (scarcity) sehingga itu ia mampu menjadi penyandar nilai usaha manusia (sebagai perolehan dan matawang),..maka jikalau boleh sifat kedua-duanya (emas dan perak) itu diperolehi dengan mudah (secara tidak hakiki seperti apa yang ada pada matawang fiat kertas), maka akan terbatallah hikmah penciptaannya oleh Allah, dan banyaklah yang boleh memilikinya sehingga menyimpannya(memilikinya) tidak sebarang erti.[5]
6. Rupenye, kerajaan boleh ikut suke cetak duit kertas ikut keperluan sendiri. tapi kene make sure tak boleh berlambak dalam pasaran ( maksudnye jangan sampai banyak2 dan takde sapa nak beli duit kertas itu). Jika duit kertas berlambak-lambak ( teringat lak cerita Sivaji the Boss, ceta tamil tuh yang time dia berlawan2 dgn musuh, berterbangan duit-duit kertas mcm sampah kertas shj). Back to the subject, if duit kertas ni dah berlambak-lambak, maksudnye duit tak laku ( sbb wang kertas tuh jadi mcm kertas sahaja, tidak ada nilai), so ekonomi negara tersebut akan jatuh. Payah..payah
7. Aku sokong DINAR EMAS
0 comments:
Catat Ulasan