Enough!

Buat ape perlu risau sangat,
Ada hadnya,
Ada tahapnya,
Ada levelnya,
Aku pun belum lepas,

Buat ape perlu kisah,
Dia bukan aku,
Dia bukan anak kecilku,


Mungkin itu caranya untuk mencapai kejayaan,
Mana tau itu caranya untuk berjaya,
Berjayakah?,
Mampukah?,
Itu semua hanya Allah yang tahu

Bagaimanakah jika tidak berjaya?,
Itu maknanya tiada rezeki,
Bagaimanakah pula dengan malu?
Malu tanpa kembali dengan ijazah sepatutnya?
Biarlah diri sendiri yang memikirkannya.

Kerana aku sendiri pun entah macam mane nanti juga
Aku baru sahaja berdiri digarisan permulaan,
Terkedek-kedek macam Imran melangkah,
Masih bersemangat untuk cuba dan memperbaiki langkah,
Masih bertenaga untuk bangun walaupun kakak aisyah suke menolak,

Jangan difikirkan sangat,
Diri sendiri lebih penting daripada segalanya,
Kerana tiada guna untuk terlampau kisah,
Buat penat minda, hati dan juga lidah,

Kerana aku hanya boleh berpesan-pesan kepada kebenaran,
Yang lain, terserah kepada tuan punya badan,
dan juga kepada kehendak Tuhan


Enough! Enough! Enough!




2 comments:

chucky berkata...

yeah bebeh,
kite kene selfish oke
jgn pikirkan org lain

Nor Fadzlina Nawi berkata...

Wah wani leh jd penyajak ni lps habis Phd.hu..hu..hu

Ala wani, what's the worst that can happen, sbb kita di bawah kuasa Allah, malu takkan membawa mati. Yg penting niat kita utk mendapat keredhaan Allah.

Entry lain yang menarik dan tertarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...