In love with one of Mesir foot baller !

Am I in love with him? Is it the correct term? hehehe.. just impress him very very much. Just read about him from the NMC mail... namanya memang tak penah aku tau sebelum ni.. sbb adik beradik aku even hb ku tak pernah menyebutnya. Ape yang aku tau, si beckham, ronaldo, ronaldinho, park jun sung... kesemuanya eropah footballer..

But him, merupakan kaki emas bagi pasukan bola sepak kebangsaan mesir.. memang Allah menakdirkan sepakannya membawa tuah kepada pasukannya dalam African Cup.. and katenye telah diundi sebagai pemain bola sepak paling popular dalam International Federation of football history and statistics..

yang aku kagum, dia akan bersujud setiap kali berjaya menjaringkan gol...

dan keberaniannya menyampaikan mesej ... yang bakal menggugat kerjaya bola sepak beliau...
Kasihan jugak.. beliau hanya menyampaikan mesej bersifat kemanusiaan, ketika Gaza ditutup pintu sempadan daripada menerima dan disekat bantuan daripada luar...tetapi mereka-mereka menganggapnye isu sensitif.. Beliau menerima pelbagai tohmahan dan kritikan dan amaran kerana dianggap mesejnye berunsur politik. Tapi ikut ceritanya, pemain Ghana masa world cup 2006, yang berjaya menjaringkan gol mengibarkan bendera Israel, takde pulak menerima kutukan n hinaan sebegitu rupa.. hanya kene minta maaf sahaja kerana menyentuh isu sensitif bangsa arab... eh Israel tuh orang Arab ke? Bukan diorang tuh pendatang buangan Amerika ke bumi Arab ke? Poning kepala aku !

Beliau juga pernah menyingkap T-shirt yang membawa mesej 'We sacrifice ourselves to you Prophet Mohammad' pada tahun 2006 masa kes kartunis denmark menghina Nabi Muhammad S.A.W dalam kartun ....

Beliau adalah ... 'MOHAMED ABOUTREIKA'

Walaupun hanya pemain bola sepak, berseluar pendek nampak lutut jugak ketika main.. tapi berani menyuarakan perasaan umat Islam, berani menanggung risiko utk saudara-saudara di Gaza dan berani 'Berseorangan' menegakkan kebenaran.

Semoga Allah merahmati usaha beliau.. semoga Allah menyelamatkan saudara-saudara Islam kita di Palestin menentang manusia dajal...

4 comments:

Nor Fadzlina Nawi berkata...

Tak tahan akak baca ayat ni "berseluar pendek nampak lutut jugak ketika main.." kah..kah...kah..Anyway canner meeting ngan SV?

~Umi.Sufira~ berkata...

Wah, aku tidak alert langsung tentang beliau yang ko ceritakan di sini..tapi aku sokong usaha nya untuk Gaza tuh..aku pon nak suka dia gakla..buleh?kekeke...

chucky berkata...

gempak this guy,
aku akan minat dia skrg juge

Tanpa Nama berkata...

harharhar.. kelaka la korang ni... mari kita sama-sama tanam minat pada aboutreika. harharhar

Entry lain yang menarik dan tertarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...