Perang

Perang Badar

Perang besar pertama yang paling bermakna dalam sirah Nabi dan sejarah Islam selepas nabi berhijrah ke Madinah
Tarikh: 17 Ramadhan 2 Hijrah (time puasa)
Tempat: Badar, 130km barat daya dari Madinah
Keputusan: Kemenangan muktamad Muslim (Puan Am, ni jawapannya :p)
Pihak bersengketa: Muslim Madinah vs. Quraisy Makkah
Komander: Nabi Muhammad S.A.W vs. Abu Jahal
Kekuatan: 313 (Muslim) vs. 900-1000 (Quraisy)
Korban: 14 syahid vs. 70 mati katak dan 43-70 menjadi tawanan perang


1. Jumlah tentera yang tidak seimbang itu menyebabkan Rasulullah berdoa kepada Allah sambil bermunajat: “Ya Allah! Ya Tuhanku! Perkenankan apa yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah! Ya Tuhanku! Jika jemaah Islam ini binasa, maka tidak akan ada lagi orang yang akan menyembah-Mu di bumi ini.”

2. Selepas itu, turun wahyu yang bermaksud: “(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu Allah perkenankan permohonan kamu (dengan firman-Nya): Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) daripada malaikat yang datang berturut-turut.” - (Surah al-Anfal, ayat 9)

Perang Uhud

Motif: Quraisy ingin membalas dendam sbb kalah dalam perang badar
Tarikh: 7 Shawal 3 Hijrah (time Raya)
Tempat: sekitar Bukit Uhud ( kalu pergi sana, selalu Pak Arab sedekah susu kotak n roti
sebesar tmpt duduk, hehehe)
Keputusan: kekalahan umat Islam (Puan Am, ni jawapannya :p)
Pihak bersengketa: Muslim Madinah vs. Quraisy Makkah
Komander: Nabi Muhammad S.A.W vs. Abu Sufian (sbb si Jahal dah kene siksa dalam
kubur)
Kekuatan: 700 (Muslim) vs. 3000 (Quraisy)
Korban: 70 (Muslim) vs. 23(Quraisy)

Hadis riwayat Sahal bin Sa`ad ra.:

Bahwa dia ditanya tentang luka Rasulullah saw. dalam perang Uhud, Sahal menjawab: Wajah Rasulullah saw. terluka, gigi seri beliau patah serta topi perang beliau juga hancur. Fatimah putri Rasulullah saw. lalu membersihkan darah beliau sementara Ali bin Abu Thalib menuangkan air ke atas luka dengan menggunakan perisai. Ketika Fatimah melihat ternyata air hanya menambah pendarahan, ia lalu mengambil sepotong tikar dan membakarnya hingga menjadi abu. Kemudian Fatimah menempelkan abu tersebut pada luka beliau hingga berhentilah aliran darah itu.


Rumusan yang aku dibuat berdasarkan review daripada wikipedia, al-islam.com, bharian.com

3 comments:

Fadzlina Nawi berkata...

Wani..balas dendam ke ni? Wikipedia mana main...;-)

the vulnerable am berkata...

huhu.. nih mmg betul perli aku nih... ahahhahaha

wani berkata...

kak fadz.. tuh le, wikipedia asas paling mudah utk mencari sesuatu.. tuh wani pi konfirmkan kat tempat lain gak..hehehe

am.. nah ambik ngko bulk of answers... huhuhuh

Entry lain yang menarik dan tertarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...