Wishlist barang dari Malaysia

Since my parents will come to visit their lovely grandchildren on 15 mac to 19 mac (3 full days only), banyak aa barang2 yang dihajati.. but luggage for 15kg jer.. actually this wishlist is just for my future notes utk diorder daripada Mak Lang Aisyah n Imran kot.. hehehe... takpun uncle je la pi shoppingkan.. :p

1. Lesung batu.. sbb ulu lesung batuku yang dibeli disini (rm40) dah bahagi dua dah.. mm takde kualiti, harap exterior je lawa...
2. Food steamer.. sini ada beli steamer elektrik, tapi tunggu punye tunggu hampir 2 jam mengukus kueh kaswi, tak masak-masak... :(
3. Tempe cap malaysia.. sini ada jual tempe, tapi rasanye lain ...
4. Ikan kering.. sepat ke ... yang penting ikan kering bulu ayam
5. nestum for adult.. hehe..sini tak jual
6. Milo.. wajib ni
7. Susu aisyah n imran
8. cili kering
9. udang kering
10. daun pandan
11. pekasam... kalau la ada..hmm
12. Chicken McDeluxe... ok gak kot... hehe

Meraikan kejayaan Dr Nasrul at Birmingham

Imran ske jadi co-pilot papa duduk depan..
Aksi kakak aisyah suke tgk outdoor scene.. (sblm muntah... haiya!)

Jamuan ini ditaja oleh geng-geng staf FKE yang CB kat area midlands...
Dr Nasrul tuh yang duduk kat tengah sekali, berjaya mendapat PhD di University of Warwick.. at county of Shakepears... dgn minor correction.. congratulations..

Merasmikan my first homemade donut

Pertama kali masak donut... teringin sbb isyik dengar orang lain buat donut je...
alhamdulilah jadi.. walaupun tak guna breadmaker.. sbb sini sejuk, so nak biarkan dia naik tuh, lambat sikit.. so nak cepat letakkan aje dalam microwave.. haaa sekejap je dah naik.. hehehe...

Sebab dah lapar time buat donut tuh.. so malas nak wat lubang tengah.. (tak berseni pun), so buat donut ala-ala jusco je...

Aksi Imran tido


Imran memang baik, so senang tido kat mane2 aje asalkan perut kenyang n ada selimut kesayangannya... actually, ape2 warna selimut tak kisah, asalkan yang jenis panas yang mana if kat Malaysia memang takkan aku sentuh selimut itu.. rimas.. harhar..

tapi kat sini, berebut jugak aku ngan selimut kesayangan imran tuh... sebab panas... harhar.. walaupun ada 4 helai selimut camgitu.. tapi selimut yang imran pakai jugak la yang menjadi rebutan.. hehehe

OK.. gambar tuh masa imran tido kat play gym.. betul2 depan pintu rumah.. actually sebelum tuh, aku yang tgh sibuk dok melayan internet ni... ada perasan, yang imran, cuba tarik2 tangan aku yang pegang mouse tuh.. so bile mencuba beberapa kali, ibu still tak layan imran... tengok2 imran dah syok tido kat atas play gym tuuh...

Kesian imran ye... takde sapa nak layan imran tido ye....

Imran setahun 3 bulan

Imran new hairdo... hehehe.. sapa la yang jadi tukang gunting dia tuh.. kesian Imran kan.. dah ibu kesian tgk rambut dia cecah mata dah.. rimas kan iman.. so dalam diam-diam, papa kat bawah, tukang gunting itu memotongnye ketika imran tido... actually tak expect akan pendek sebegitu rupe.. n senget2 lagi.. harharhar..
Nak wat camne, sini mahal, tak berbaloi nak gunting kat saloon...

Ibu tgk macam orang penan pun ada.. ikut papa dia la..if potong rambut pendek gitu, sebijik mcm orang penan ittew... but papa said like selebriti... waa... hairdo camgitu ikut selebriti mane la pulak...mcm sin chan papa kate.. harharhar....

Sama ke?

Semangat PhD

Before joining PhD:

* I want to win the Nobel Prize.
* I want to win the Turing Award.

First year of PhD:

* I want to finish PhD in two years.
* I want to publish papers only in top tier conferences.
* I want to make ground-breaking research.
* I want to win the best PhD Thesis award.

Second yearof PhD:

* I want to finish PhD in 5 years.
* I want a problem.
* Shall I change my advisor?

Third yearof PhD:

* I want a paper; I don't care which conference..
* Shall I change my topic?
* I want to be known as Dr bhOndOO.

Fourth year of PhD:

* I want to finish PhD!
* My industry-friends have two children by now. When will I get
married?

Fifth year of PhD:

* Why did I come here?
* Why did I choose this advisor?
* Why did I choose this topic?

Sixth year of PhD:

* Someone give me a degree!
* I want to leave this place — forever.
* Let me leave.

Seventh year of PhD:

* People call me uncle.
* She waited and finally married someone else..
* I don't want any degree. I just want to live peacefully

Presiden baru dajal

1. Aku panggil camgitu sbb negara US itu la berlagak dia la paling kuat dalam dunia ini.
2.Dia la yang boleh ikut ske serang negara orang lain,
3. ikut ske buat matawang atas angin (sbnarnya cash takde, bank diorang melabur kate kenkonon duit ada, sbb tuh la jadi negara kaya)
4. Dia la je yang boleh buat loji nuklear
5. Dia je la yang jadi polis dunia
6. Sume perangai dajal tuh memang menepati ciri-ciri pemimpin negara US tuh

So bile Obama naik, ape jadi...

buat masa ni

1. matawang jatuh.. hari ni £1 = rm5.00 je..... jatuh woooo
2. katenye Israel sendiri yang isytihar kalah kat Gaza tuh.. time Obama nak naik, time tuh la dia undur.. ada pakat ape2 ke ngan Obama tuh...

Bak kate kak fadz... tunggggu dan lihat !

Perang

Perang Badar

Perang besar pertama yang paling bermakna dalam sirah Nabi dan sejarah Islam selepas nabi berhijrah ke Madinah
Tarikh: 17 Ramadhan 2 Hijrah (time puasa)
Tempat: Badar, 130km barat daya dari Madinah
Keputusan: Kemenangan muktamad Muslim (Puan Am, ni jawapannya :p)
Pihak bersengketa: Muslim Madinah vs. Quraisy Makkah
Komander: Nabi Muhammad S.A.W vs. Abu Jahal
Kekuatan: 313 (Muslim) vs. 900-1000 (Quraisy)
Korban: 14 syahid vs. 70 mati katak dan 43-70 menjadi tawanan perang


1. Jumlah tentera yang tidak seimbang itu menyebabkan Rasulullah berdoa kepada Allah sambil bermunajat: “Ya Allah! Ya Tuhanku! Perkenankan apa yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah! Ya Tuhanku! Jika jemaah Islam ini binasa, maka tidak akan ada lagi orang yang akan menyembah-Mu di bumi ini.”

2. Selepas itu, turun wahyu yang bermaksud: “(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu Allah perkenankan permohonan kamu (dengan firman-Nya): Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) daripada malaikat yang datang berturut-turut.” - (Surah al-Anfal, ayat 9)

Perang Uhud

Motif: Quraisy ingin membalas dendam sbb kalah dalam perang badar
Tarikh: 7 Shawal 3 Hijrah (time Raya)
Tempat: sekitar Bukit Uhud ( kalu pergi sana, selalu Pak Arab sedekah susu kotak n roti
sebesar tmpt duduk, hehehe)
Keputusan: kekalahan umat Islam (Puan Am, ni jawapannya :p)
Pihak bersengketa: Muslim Madinah vs. Quraisy Makkah
Komander: Nabi Muhammad S.A.W vs. Abu Sufian (sbb si Jahal dah kene siksa dalam
kubur)
Kekuatan: 700 (Muslim) vs. 3000 (Quraisy)
Korban: 70 (Muslim) vs. 23(Quraisy)

Hadis riwayat Sahal bin Sa`ad ra.:

Bahwa dia ditanya tentang luka Rasulullah saw. dalam perang Uhud, Sahal menjawab: Wajah Rasulullah saw. terluka, gigi seri beliau patah serta topi perang beliau juga hancur. Fatimah putri Rasulullah saw. lalu membersihkan darah beliau sementara Ali bin Abu Thalib menuangkan air ke atas luka dengan menggunakan perisai. Ketika Fatimah melihat ternyata air hanya menambah pendarahan, ia lalu mengambil sepotong tikar dan membakarnya hingga menjadi abu. Kemudian Fatimah menempelkan abu tersebut pada luka beliau hingga berhentilah aliran darah itu.


Rumusan yang aku dibuat berdasarkan review daripada wikipedia, al-islam.com, bharian.com

Anugerah Juara Lagu ke 23

For these 3 days (20 Jan - 22 Jan), I am gonna quite bz attending Oracle Spatial 11g workshop at B26 Lab, University of Nottingham. It is a free workshop presented by Oracle corporation. So dalam time break tuh, aku sempat membaca berita harian cerita pasal pemenang persembahan terbaik and vokal terbaik utk AJL 23.

Malam sebelum workshop, sambil2 aku install Oracle dlm laptop, sempat jugak aku melayan AJL 23 kat you tube. Actually, AJL ni event tahunan yang aku tak pernah missed rasanya sepanjang aku tengok sejak darjah 4 lagi.. ingat lagi, darjah 4 yang menang Kump Mega darjah 6 yang menang Gee.. darjah 5 Nash... aku ingat pun bukan sbb otak aku ini kuat ingatannya.. Imbasan AJL yang aku layan kat tv3.com yang kasi memorize balik.. hehehe

But I still remember masa Kump Mega menang tuh, aku ngan sepupu2 aku bersama pakcik n bibik2 aku kat Kg sg buaya layan ramai2 ( kitorang kanak2 ni siap ambik posisi depan sekali) tgk AJL... time tuh ingat lagi, pengacaranya pandai menyusun ayat utk memperkenalkan next tajuk lagi dgn sungguh berseni. Maknye setiap tajuk lagu tuh ada kaitan antara lagu2 seterusnya.. fuuh

But masa AJL baru-baru ni aku tgk pengacara nya mcm biasa-biasa je.. takde ape yang lain dari yang lain. Di tambah pula, lagu2 yang masuk byk yang aku tak layan.. agaknye sbb half of the year aku dah kat UK.. or memang lagu-lagu zaman ini bak kate S Amin Shahab, liriknye direct, ayatnye tak berseni2 mcm dahulu kala, sbb tuh tak touching sangat mcm lagu zaman aku sekolah rendah lagi...Yela lagu zaman dulu, walaupun budak2 time tuh boleh ingat lirik lagunye sampai la ni walaupun bukan berniat utk menghafal.. sbb harmoni antara lirik n melodi.

So back to the news yang aku baca, berkenaan penyanyi tersbt nak bersara, dikemuncak kejayaannya, aku rasa Ok jugak dia nak bersara.. yela baik bersara time nama tgh naik daripada bersara time orang dah tak ingat dah kan.. harharhar... Aku kagum jugak dgn dia yang katenye tak bagi anak-anak dia tgk dia if dia kat TV... bagus aa.. sbb perangai dia pun tak semenggah utk dijadikan contoh utk anak-anak dia kan... dan dia tak nak anak dia jadi penyanyi mcm dia kot.. so bagus aa tindakan dia... patutpun selamba je dia begitu atas pentas, sbb aku rasa yang kat atas pentas tuh bukan dia seperti dia depan anak-anak dia kot.. hehehehe

In love with one of Mesir foot baller !

Am I in love with him? Is it the correct term? hehehe.. just impress him very very much. Just read about him from the NMC mail... namanya memang tak penah aku tau sebelum ni.. sbb adik beradik aku even hb ku tak pernah menyebutnya. Ape yang aku tau, si beckham, ronaldo, ronaldinho, park jun sung... kesemuanya eropah footballer..

But him, merupakan kaki emas bagi pasukan bola sepak kebangsaan mesir.. memang Allah menakdirkan sepakannya membawa tuah kepada pasukannya dalam African Cup.. and katenye telah diundi sebagai pemain bola sepak paling popular dalam International Federation of football history and statistics..

yang aku kagum, dia akan bersujud setiap kali berjaya menjaringkan gol...

dan keberaniannya menyampaikan mesej ... yang bakal menggugat kerjaya bola sepak beliau...
Kasihan jugak.. beliau hanya menyampaikan mesej bersifat kemanusiaan, ketika Gaza ditutup pintu sempadan daripada menerima dan disekat bantuan daripada luar...tetapi mereka-mereka menganggapnye isu sensitif.. Beliau menerima pelbagai tohmahan dan kritikan dan amaran kerana dianggap mesejnye berunsur politik. Tapi ikut ceritanya, pemain Ghana masa world cup 2006, yang berjaya menjaringkan gol mengibarkan bendera Israel, takde pulak menerima kutukan n hinaan sebegitu rupa.. hanya kene minta maaf sahaja kerana menyentuh isu sensitif bangsa arab... eh Israel tuh orang Arab ke? Bukan diorang tuh pendatang buangan Amerika ke bumi Arab ke? Poning kepala aku !

Beliau juga pernah menyingkap T-shirt yang membawa mesej 'We sacrifice ourselves to you Prophet Mohammad' pada tahun 2006 masa kes kartunis denmark menghina Nabi Muhammad S.A.W dalam kartun ....

Beliau adalah ... 'MOHAMED ABOUTREIKA'

Walaupun hanya pemain bola sepak, berseluar pendek nampak lutut jugak ketika main.. tapi berani menyuarakan perasaan umat Islam, berani menanggung risiko utk saudara-saudara di Gaza dan berani 'Berseorangan' menegakkan kebenaran.

Semoga Allah merahmati usaha beliau.. semoga Allah menyelamatkan saudara-saudara Islam kita di Palestin menentang manusia dajal...

Entry lain yang menarik dan tertarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...