Suami curang - midlife crisis- tips utk isteri menghadapinya

Midlife crisis 
berlaku dipertengahan umur 40-60 tahun
selalu kes yang kita dengar pada usia ni si lelaki akan mula berubah
daripada alim-alim tetiba nak jadi mcm org muda
daripada rajin kemasjid tetiba pergi dangdut pulak
daripada tak pandang perempuan, tetiba semua perempuan dia nak tego nye
daripada beristeri satu, nak beristeri dua
bukan setakat dua, tapi sampai 4

midlife crisis nih bukan berlaku dikalangan org melayu sahaja
tapi berlaku juga di barat
sebab itu aku pernah terbaca
kisah seorang pari-pari and sepasang suami isteri
(pastinye cerita dongeng lah nih)
dalam kisah itu si pari-pari nih nak kasi hadiah kepada pasangan ini
sempenan ulang tahun perkahwinan pasangan ini yang ke-30
so suami and isteri boleh beri satu hajat lah utk ditunaikan oleh sipari-pari
si isteri berhajat, sempena ulang tahun perkahwinan nye itu, dia nak travel satu dunia bersuami suami lah
waaaaaah
then si pari-pari pun tunaikan lah, dapat lah tiket cruise (hehehe)
then turn lelaki pula utk menyampaikan hajat
dia pun berkata'
sempena annibersari nye itu, dia berhajat
'utk mendapat isteri yang 30 tahun lebih muda daripadanya'
'sori darling' katenye 
maka terkejutlah si isteri berasa sedih lah sangat
then si pari-pari pun terpaksalah menunaikan hajat lelaki itu
sekali 'pinng'
si pari-pari itu menjadikan
lelaki itu yang berumur 50 tahun dikala itu ke umur 90 tahun
supaya isterinya itu 30 tahun lebih muda daripadanya
hah... padan muke ko, jantan

itu memang lumrah kan
masa muda-muda tengah anak ramai ramai
kita tak terpikir suami kita akan berubah
sbb pada pengamatakan kita suami kita nih sibuk bekerje menyara anak isteri
suami kita pun kate ' dia tak suke tengok org bermadu, anak2 sengsara'
ini mungkin kerana pada zaman mudanya si suami sibuk establish kan diri, perniagaan
sibuk berniaga sampai tiada masa utk berjoli dengan kawan
sibuk menyara anak-anak kecil sbb itu tidak terpandang langsung dengan awek cun di luar sana
(mungkin kerana waktu itu isterinya masih CUN lagi)
ye itu sume masa SEBELUM midlife crisis ye

tapi kita tidak tahu apa akan jadi pada masa hadapan kan
so dari sekarang kita perlu ada ilmu
supaya tidak ditipu
diperdaya oleh suami 
masa kita tua nanti
(ini adalah input yang ku dapat masa sessi bual bicara bersama kaunselor masa program Helwa semalam)

apa yang dia cakap
memang sume betul
berdasarkan pengalaman ku, pemerhatian ku
membuatkan ku membuka mata menyedari
hidup ini bukan kerana suami
tetapi kita menyintai suami kerana ALLAH
antara tips2 yang ku dapat semalam antaranya

1. Set in mind hidup ini bukan kerana suami. kita menyintai suami kita kerana Allah suruh kita berbuat demikian. Allah akan memberikan pahala yang begitu besar, Allah memudahkan kita masuk syurga jika kita berbuat demikian. Kita perlu set in mind sebegitu awal sejak mula2 berkahwin, supaya pabila midlife crisis berlaku pada suami kita, kita takkan begitu pasrah sampaikan 'hidup ini tiada makna lagi' dan berharap sangat agar 'Allah mencabut nyawanya'. Kerana jika kita set in mind dari awal-awal, kita mungkin dapat menghadapi krisis itu kerana telah bersedia dari awal bahawa hidup ini sumenye kerana Allah, dan Allah telah berkata akan 'menguji kita sebagai hambanya untuk menentukan level syurga mana yang kita layak'.

2. Berdoa setiap hari agar Allah lindungi suami kita daripada zina kecil, zina besar dan fitnah kecil dan fitnah besar. Jika Allah lindungi suami kita daripada zina kecil, maknenye tiada lagi lah suami kita nak pi kenyit2 mata dgn awek cun mane tah. takde lagi lah suami kita nak pi pandan-pandang jeling jeling dengan perempuan lain. maka tiada lagilah kisah selanjutnya nak pi kahwin 2,3,4.. insyaAllah

3. Amalkan solat taubat and solat tahajud di awal usia kita. Jangan bile dah tua baru nak amalkan, kerana time tuh mesti dah sakit2 kaki, lenguh2, berdiri lama2 pun tak mampu. so perlu diamalkan sejak dari muda lagi.

 
4. Jangan minta suami kita nak kahwin dua. Ini kaunselor tuh bercerita tentang kisah seorang isteri, siap pakai purdah lagi. mengoffer suaminya utk berkahwin dua. Dia nak offer kawan dia jadi madu dia lah. Tetapi pada waktu itu suaminya tiada terbukak langsung nak kahwin dua. tapi isteri nye itu offer 2-3 orang kawan baik nye (ni kes nak bermadu dgn bestfrend sendiri lah nih). tapi kesemua di reject oleh suami.
Sbb si isteri asyik offer suruh kahwin dua nih kan, tetiba si suami jatuh hati dengan seorang guru, yang bukan kawan baik si isteri ini. Tetapi nak buat mcm mane kan, terpaksa lah si isteri setuju kerana dia dulu jugalah yang buat tawaran. Malangnya, si isteri pertama itu stress, sedih dan kecewa menghadapi situasi itu.
Kesimpulannya si isteri jgn dok offer-offer suami nak kawin lain dengan syarat-syarat sebegitu ye. kerana sekali dah terbukak hati suami nak kawin lain, kita pula tak mampu nak menghadapinye.

5. Jgn manjakan suami dari awal. Nih kes bile kita manjakan suami kita bagi isteri yang bekerje lah 'takpe yang, belanja rumah biar I yang settlekan, you uruskan business you tuh ye'.... sedangkan tanggungjawab suami adalah memberi nafkah kepada isteri. Nafkah = gaji. Jika selama 3 bulan dia tak bagi gaji kepada kita, kita sebagai isteri boleh tuntut fasakh. Begitu indah Allah bagi keistimewaan kepada isteri ini.
Pasti familiar dengan konsep 'your money is my money, my money is my money' kan. Yeay walaupun suami tanpa keizinan suami, kita sebagai isteri tidak boleh bekerja, tetapi bab-bab yang wajib, makan, pakaian, rumah adalah dibawah tanggungjawab suami. Kita boleh tolong support sikit2. Jangan kita yang support lebih2 (sayang lah katakan), biar duit kita lebih byk daripada dia.. (hehehe)
Kita perlu didik suami kita dari awal lagi tentang tanggungjawab ini, supaya dia tak terbiasa, sampai ke-tua kita jugak lah yang kene tolong support dia. Business dia takde duit nak rolling, kita jugak yang buat pinjaman bank, kita jugak yang pinjam dari kad kredit, kita jugak yang mintak pinjam kat anak-anak. Tapi rupe2nye kita isteri diperbodohkan.
Macam mane duit si suami tuh asyik tak cukup, rupenye si suami bukak beberapa cawangan rupenye. Isteri muda, anak dara pastinya demand tinggi, nak baju mahal, nak bukak butik, nak bukak salooon, nak study kat private university. tuh sume suami kita lah yang kene tanggung. bile tak cukup duit, isteri tua jugaklah yang dipergunakan.
Tipsnya adalah supaya suami sedar duit nye tak cukup utk kahwin ramai (jika betul2 tak mampu lah) kerana rupenye2 sume tanggungjawab si isteri yang tanggung (duit makan minum, duit anak2 masuk university) mane le tak TERLEBIH duit suami tuh. Sebab dia pikir dia mampulah dia kawin lain masa midlife crisis tuh.
6. make sure kita tahun No Pin bankard suami kita
7. make sure kita check 'message' suami kita. BBM ke FB ke mobile phone ke, email ke. mencegah lebih baik daripada merawat kan.

Well hidup ini bukannya mcm kisah novel. Sumenye indah belaka. Kalau bercinta tuh ku sanggup redah lautan api. Ku tak mampu hidup tanpamu...ecececeh
Stop berangan-angan ok

Kita berkahwin kerana Allah. Kita menyintai suami kita kerana Allah. Hidup kita semuanya kerana Allah. Jgn sayang suami kita lebih daripada kita sayang Allah.

***** ini adalah hasil kupasan berdasarkan input yang ku terima masa sesi kaunseling masa program semalam dan juga berdasarkan pengalaman & pengamatan ku sendiri. Perspektif nasihat drpd seorang kaunselor dengan nasihat drpd seorang ustazah mungkin berbeza. Mana yang baik kita amalkan lah ye.





3 comments:

Nor Fadzlina Nawi berkata...

Suker post ni he..he..he especially tang duit isteri kena lg byk drpd suami ...I loike!! ha..ha..ha

wani berkata...

kak fadz, bestnye ada org like.. hehehehehe... bagus juga kan terdengar tips nih dari awal. buat persedian mental dan fizikal..ngehngeh perempuan berubah setiap bulan (ikut waktu kitar haid kita) tapi lelaki pulak berubah ikut umur. InsyaAllah Allah akan berikan yang terbaik utk kita.

4feet8 berkata...

menarik entry nih..

Entry lain yang menarik dan tertarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...