Contest Sayang Adik By AM Collection


contest dianjurkan oleh  AM Collection
bersama penaja
http://alishamardhiyah.blogspot.com
http://semua-barangmurah.blogspot.com
http://amphotogroup.blogspot.com
http://neezscollection.blogspot.com

**letak link di sidebar, bloglist and be their follower (done)

teruja nak join contest ni kerana ada terperasan gambar
kak chah sayang adik imrannya

gambar yang dimaksudkan adalah....


gambar ini diambil pada tahun 2008
kak chah umur (1 tahun ++, adik imran baby lagi, less than 6 months)
masa ni ibu je yang jaga kakak and adik
whilst papa gi study kat UK dah time tuh
sebab ibu ni kaki jalan, kaki shopping
tidak membataskan kaki ni membawak dua orang baby time tuh
kehulu kehilir
gi shopping and naik kereta
tanpa ada pembantu
bile ibu letak adik kat carseat belakang
kak chah taknak duduk depan
dia nak duduk belakang ngan adik
(nak jaga adik lah tuh)
then bile sampai je rumah
ibu tengok, dua-dua dah tertido
dengan tangan kakak atas adik
kemain sayang kak chah jaga adik kat belakang ye
sampai dua-dua pun tertido
ibu sayang dua-dua!

Before you were born I carried you under my heart. From the moment you arrived in this world until the moment I leave it, I will always carry you in my heart


On Papa's 30th Birthday

Pada tanggal 21 Oct 2010
(uish mcm karangan BM lak yee, tanggal tanggal nih)
papa kepada aisyah and imran menjejakkan kaki 
ke era 3 series
era dimana ibu aisyah and imran tak sanggup nak jejak
I wish no body wish Happy birthday to me when the time comes 
ahaks sampai begitu sekali nye ibu aisyah imran fobia dgn 3 series nih

pada pukul 12 on the dot
papa mereka sedang nyenyak tido kerana nak keje awal esok pagi
aisyah dok nyanyi hepi birhday kat telinga papanya pun tak terjaga
memang tido mati papa mereka nih
then before papa gi kerje
papa mereka seperti biasa kiss anak2
then sampai ke malam baru pulang
tiada apa yang menarik berlaku pada siang harinya

sebelum papa mereka balik
time tuh papa tengah shopping sorang2 kat morrison lboro
ibu, aisyah and imran sibuk dok buat kek coklat 
untuk papa
aisyah la kemain beria-ria suruh buat kek
tapi pada malam harinya baru ibu sibuk nak buat
aisyah kate ' when I want to make a cake'
isyik itu jele
yele dia nak ayak2 tepung
ibu nye pulak malas nak bagi kecah dapur, yang sememangnye bersepah itu
ibu pun kasi chance kat dia mixing guna mixer je le
tak lama lepas tuh, adik imran pun teruja nak nolong jugak
maka bertambah pening la ibu memikirkan cara supaya tak bertambah kerje ibu nak mengemas
so ibu nye kasi chance kat adik jadi 'stand mixer je le'
senang jugak keje ibu
ada jugak laa yang tolong gaul time ibu masukkan bahan tuh ye
itule bile anak2 dah terbiasa buat cake kat school
kat rumah, masing2 nak tunjuk kepakaran masing2
 
Masa tengah buat kek tuh
kemain kak chah suruh tutup pintu
takut papa balik, then nampak dia tengah buat kek
ibu pun tersenyum jele
 
 
then bile ting tong je
terus dia nak bagitau papa pasal ada kek untuk papa
then papa pun gi kedapur siap bukak oven lagi
habih
no more surprised la ye

acara yang dinanti-nantikan oleh aisyah imran
 
 
kene kiss papa dulu


birhtday song! kak chah dah praktis nyanyi sejak seminggu awal 
time mandi and nak pergi sekolah
kerana gara2 papa cakap ngan kak chah yang birhtday papa dah dekat
so every day dia tanye, 'birthday papa ke ibu?'


Imran and his security blanket




memandangkan imran nih memang ada SELIMUT  buchuk kesayangannya
dengan adanya membolehkannya berasa selamat, security blanket omputeh kate
boleh tido dengan sendirinya tanpa memerlukan ibu memeluknya disebelahnya
dengan adanya juga membolehkannya melayan sendiri perasaanya
takde la dia meragam time duduk kat car seat or duduk dalam stroller
bertambah senang ibu and papa nak wat keje atau nak cuci2 mata



 sebab itu bile bergambar, selimut buchuk itu mesti ada







kontest-noie-contest-candid-camera

kali ni nak join kontest dari blog Noieizan

kerana ibu teringat ada gambar candid anak-anak ibu yang ibu suke tengok....

gambar yang dipertaruhkan adalah.....

gambar candid anakandaku Imran namanya
yang nak tido sesangat, dgn style duduk pun boleh aje
 sebijik ibu perasan tiru gaya pak Andaknya
tak kisah tido dimana-mana,  atas basikal pun layan aje..












Gambar selingan yang menarik....



 Gambar2 nih sekitar musim sejuk tahun 2008 (masa imran berumur setahun 1 bulan)

Ada kronologi sebenarnya di sebalik satu gambar yang dipertaruhkan dalam contest ini . Kira papa berjaya candid step by step aksi imran tido sambil duduk.....

Step 1: (Imran tengah mamai nak tido)

Step 2: (mata dah start pejam)


 step 3: (tengah syok nak tido dah)



step 4:  (nangis sbb dia terdengar ibu and papa berbisik tangkap gambar dia nak tido, tapi tak ambik dia)


step 5: (mencebik, sambung balik isap jari (takpelah, ibu and papa tak layan dia))


step 6: akhirnya ibu bagi dia selimut kesayangan



step 7: ooooh syoknye dia isap jari dgn adanya selimut busuknye


wajib kene tag contest nih:

hana
baid

comei lotte contest by jaijina


Contest anjuran jaijina
sempena ulang tahun pertama anakandanya echa
happy birthday in advance baby echa

gambar yang dipertaruhkan

(saiz besar)


(saiz kecik)

Gambar ini  comel lotte pada ibu ....
kerana dapat merakamkan gaya candid anak ibu
berkira-kira nak main ape lepas itu

Nama: Imran
Umur terkini : 3 tahun 20 hari
Umur dalam gambar: 1 tahun 2 bulan
Nama ibu: wani



gambar selingan....
gambar musim luruh pertama kami di bumi England
(25 Nov 2008)


anakandaku ini pertama kali main buaian di luar rumah

tag:

hana
roza
baid

Hati ini berbunga-bunga

Hati ini  berbunga-bunga
pabila bonda ku message
katenye dah beli tiket holiday ke UK, again
11-18 March tahun depan
sama tarikh mcm their previous visit masa tahun 2009

nak imbas balik kenangan waktu itu

masa baru-baru sampai
first time gi Malaysian Hall time nih (penat2 jalan kaki sbb tak familiar dgn tube station)
Westminster Abbey (ada tarikan Big ben, Eye of London, London Aquarium)
berlatarbelakang big ben
Dalam taman Nottingham castle
Stanford Upon Avon (femes dgn tempat kelahiran Shakepears)


Tips fast reading

Untuk semester ini
aku join kelas academic reading pula
pengajarnya adalah Dr. cora lindsay
antara tips yang aku dah dapat dalam 2 kelas lepas
mcm mane nak baca dgn cepat
dengan laju
bila baca journal paper ke
 
1. baca in a big chunk (baca 3 word sebagai satu word). maksudnya instead of baca each word, apa kata imbas 3 ayat seperti baca satu ayat
2. Baca laju bererti memahami context. so masa scanning context dgn laju tuh, jgn malas untuk cuba paham apa maksud paragraph tersebut. otherwise, kene regression pula (maknenye baca balik semula, ini buang masa)
3. Point yang penting biasanya akan diulang lagi and lagi. So tak perlu la bersusah payah nak baca balik sentence sebelumnya (untuk memahami keyword penting itu)
4. If tak paham maksud, cuba paham melalui context, tak perlu nak find the meaning satu persatu. If nak tau jugak, tunggu bile dah habih baca journal tuh
5. Baca laju dgn bantuan pointer (pen, ke pensel ke) kerana dapat mengarah pergerakan mata supaya bergerak laju dan tidak melilau-lilau
6. Good reader (fast reader )biasanya hanya dapat memahami contecxt dalam 80-90% sahaja. Bukan 100%. Maknanya bile jawab soalan, dia takkan betul semua aa. 


*** Good reader (yang dapat skill fast reading nih dapat membaca lebih banyak words berbanding poor reader yang hanya akan menyebabkan rasa penat dan malas nak membaca) 
Masa test kelajuan aku membaca, aku dapat 245words per minute (masih dalam kategori good reader )

Gaya Si Comel Berbaju Raya anjuran BabyIbu dan Azzamoro


Contest ini dianjurkan oleh Blog BabyIbu dan juga azzamoro
blog yang menyajikan pelbagai cerita
kisah menarik tentang keluarga, anak-anak, contest and shopping pun ada
kira mcm One Stop centre pun boleh jadi juga

Contest ini hadiahnye begitu la menawan jiwa raga
ada pemenang untuk satu, dua dan tiga
seterusnye saguhati  hingga tempat ke- 8, banyak nye
hadiah untuk referral tertinggi, entry terbaik and khas juri pun ada

penaja hadiahnya nye pulak ada 13 pula (banyak tuh!)
kene pertaruhkan gambar anakanda berbaju raya
harap bertuah anakanda ku itu yang segak bergaya



ini dia gambar yang dipertaruhkan

Anakandaku Imran segak bergaya
berbaju melayu cekak musang pula
rambutnye panjang ala hero korean pun ada
tetap menyambut raya walaupun tak puasa 


Nama: Muhamad Khalil Imran
Umur terkini: 3 tahun 15 hari
Umur dalam gambar: 2 tahun

good luck ye Imran!

Gambar selingan menarik ......


anakanda ku ini memang sehati sejiwa
dgn ibu kesayangan buah hati setiap masa 
tengok gambar ini nak tergelak pun ada
tengok anak ibu berposing sama macam ibu pula!


(tak sangka imran pun posing lentuk sama mcm ibu, and satu lagi yang sama, dia mesti tido letak kepala beralaskan tapak tangan sama mcm ibu dia jugak, serupa serupa)

gambar ini sungguh menarik juga
kerana buat pertama kali anakanda ku ini bersalaman di pagi raya
baju sedondon dgn papa merah bergaya
tapi adake cium tangan papa tapi mcm nak gigit pun ada

alahai anakanda ku ini....

Nak nangis dengar lagu nih

Tersentuh sungguh
 melodi yang sungguh harmoni
lirik yang sungguh indah
sungguh menginsafkan
selalunye dgn membaca tafsir quran  hatiku akan terbuka dekat kepadamu
tapi dgn mendengar lirik ini
memang membuatku ingin menangis
menginsafi kebodohanku
akan kebesaran mu Ya Allah
betapa indah dunia yang dicipta oleh Mu
betapa sempurna ciptaan mu Ya Allah
masukkan aku ke dalam jemaah hambamu Ya Allah
dan berikan ku nafsu yang mutmainnah
tidak sama mereka yang tersembam mukanye dgn mereka yang berada di jalan yang lurus



membuatkan air mata ini mengalir lagi...

Baby Raya Baby Bergaya Contest

contest yang dianjurkan oleh Ibu Batrisya
bersama 
penaja pertama:
penaja kedua: 
penaja ketiga:

 syaratnye
 gambar baby yang CUN, CUTE dan BERGAYA di hari raya.
(apa-apa jenis baju pun boleh asalkan BAJU RAYA)

oleh sebab itu,
gambar yang dipertaruhkan adalah....

jengjengjeng


Kak cah beraya bergaya ala princess Cinderalla pada hari raya pertama
(nasib ibu tak beli wig and sarung tangan cinderalla tau, hahaha )
memandangkan kat sini bukannye ada kedai jual baju kurung ke, baju kebaya ke
anakku ini beraya bergaya ikut cara sini lah
baju Princess cinderella menjadi pilihan
siap dgn tiara lagi tuh
bergaya sungguh!

Nama Anak: Melati Aisyah
Umur: 4 tahun 3 bulan
Tarikh Lahir: 8 June 2006
 Email: shady_elle@yahoo.co.uk
 

Good luck kak cah!

Antara gambar selingan menarik untuk tontonan

bersama Bodyguard, ahaks

waiting for prince charming?
playing around masa tetamu datang beraya pada hari raya pertama

my cute pie!

SPM ke PhD ...

dulu masa skolah kat mrsmjasin
start gi skolah kul 8
habih kelas kul 2
lepas tuh siapkan homework dgn pergi prep
then kul 5 waktu riadah pun bawak buku rujukan
lepas tuh solat magrib isyak
then kul 9 gi prep
sampai la kul 10.30
walaupun time prep malam nih aku selalu tido
tido dalam kelas le
tapi kawan2 aku yang memang bijak pandai tak tido la
mereka menggunakan sepenuhnye waktu untuk pulun
pointer tinggi setiap exam
then lepas habih prep malam
lepas bacaan surah almulk ikut wings (level asrama la nih)
sambung study  sampai la kul 2 pagi
then kul 6 pagi bangun solat subuh kat surau
then sarapan, siap2 gi kelas balik
itulah rutin aku dulu 
masa tingkatan 4 dan 5
di sekolah berasrama 
yang terdiri dgn mereka yang bijak2 pandai
(tak masuk aku la, sbb aku corot aje dalam kelas)
tak mcm kawan2 aku berbondong2 score A masa SPM
aku lak
hanya dapat 10aggregat je
tapi alhamdulilah
sampai skrang aku termimpi2 asyik2 tak sempat habih baca buku untuk SPM tau
ntah kenapa la aku mimpi pasal tuh
ada jugak aaa beberapa kali
aku mimpi risau tak dapat habih baca buku sbb SPM lagi beberapa hari
memang risau laa
bile terjaga je
heran, awat le aku mimpi pasai SPM
bukan sekarang aku wat PhD ke
uiiiish
dulu masa SPM aku kemain belajar
masa undergraduate pun pulun belajar
gi study library bla bla bla
walaupun last minute
or untuk dating belajar sama2 ngan cik abe
ahaks
tapi skrang ......
???
kenapa aku tak boleh jadi mcm itu
mane aku yang dulu!
yeee memang aku kagum ngan kawan2 aku yang memang ulat buku
kawan2 jasinian aku tuh le
aku nak jadi mcm mereka
aku perlu buktikan aku pun serajin mereka!
rajin...rajin...rajin
silalah datang!

Jalan-jalan Thomas Land

Sempena birthday Imran yang ke-3
ibu and papa bawa imran ke Thomas Land
kerana imran sangat suka la dgn ape-ape yang berkaitan dgn thomas the train
kami pergi hari ahad 26 Sept
tiket total dewasa around £40
kanak-kanak bawah 4 free
walaupun kak cah dah 4 tahun ++
tapi kami kate dia bawah 4 jugak
bukan diorang check passport pun
hehe


nih masa mula-mula sampai

tempat pertama yang dituju adalah station keretapi
selalu tengok thomas kat tv je 
kali ni boleh merasa naik train thomas yang betul-betul
train ini menuju ke tempat yang paling hujung
kat sini ada exhibition thomas
ala 
pertunjukan thomas miniature
rasanya yang siri thomas kat tv tuh
yang versi lama tuh
buat shooting guna thomas saiz cenggini la

kat luar exhibition nih terletak nye zoo
mcm2 binatang ada
selain theme park ada zoo
mcm dekat the lost world of tambun jugak
binatang dinasour pun ada tau!
yang nih bergambar dgn dinasour kepala panjang duduk dalam air
ibu paling teruja tang binatang nih
first time tengok penguin
depan mata
bukan di kiub kaca
kat zoo mesia kan dalam kaca je kaaan
yang nih kat dalam pagar je
teringat cerita PINGU
 tu dia, kak cah dgn pingu
walaupun tuh sebenarnye adalah tong sampah
tapi beria-ia dia nak bergambar
nih le ride pertama yang kami naik
anak-anak gembira
tapi ibu bapanya yang pening kepala
walaupun standard anak2 je
alahai
menggambarkan betapa tua nye kami! uhuks
second ride
third ride - Dragon manor
yang nih best 
naik boat
takde pusing2 pening kepala
bergambar pula dgn kawan thomas, percy kot namanye..entah

yang nih paling best
2 kali ibu naik 
troublesome truck roller coaster
first time dgn imran
second time dgn aisyah
besssst......(walaupun untuk budak2 punye, tapi masa kat selekoh, mau rasa tercampak kita)
tingin nak merasa ride thrill untuk adult punye
tapi takde geng la pulak
if pergi ngan papa, anak sape nak jaga kan

 yang nih pun 2 kali naik
antik car
yang nih naik train mcm merry go round
dah serik sebenarnye nak naik ride pusing2
nasib baik yang nih dia pusing slow
yang nih pula naik bettie the crazy bus
bus pusing 360 darjah


tahun lepas, sempena birthday kakak kami bawak mereke main-main di LEgoland
lagi menarik berbanding thomas land
tapi kat sana, byk ride yang tak sesuai bawah 1 meter mcm kak cah n imran
banyak yang takleh main lah
kat thomas land, imran yang tak sampai 90 cm pun leh naik
asalkan ada orang dewasa naik sekali

Entry lain yang menarik dan tertarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog