pusing europe - merentas 8 negara dalam 8 hari --- kenangan kami

InsyaAllah ini ramadhan terakhir kami di bumi england nih
tak dapat rasa ramadhan di musim winter, kasi chance kat mereka di hemisfera selatan 
mcm mane lah rasanya beramadhan di waktu winter ye kawan2 di hemisfera selatan?
kerana berpuasa di waktu summer
siang yang memang panjang
waktu malam hanya 7 jam lebih kurang
kami berpeluang lah merasa puasa selama 18 jam
'berpeluang' ..uhuks

di bulan ramadhan ini disarankan banyak-banyak beribadat dan berdoa
terutamanya berdoa ketika berbuka puasa
jadi lepas makan kurma sebiji then doa panjang-panjang sikit okeh

di ramadhan sebelum ini ku rajin menulis menu berbuka puasa setiap hari
tapi tahun ini? tiada kerajinan untuk merekod menu berbuka seharian
encik suami ada mengingatkan tentang rekod menu tersebut
tapi kerana keserabutan writing
ditambah dengan deadlines yang memang tak boleh dipatuhi langsung
adakah kerana I'm too ambitious?
janji dengan supervisor nak hantar satu chapter last month
tapi dah middle of this month pun tak hantar lagi
masih terkial-kial dengan analysis 
ooooh Ya Allah bantulah, mudahkan lah
jangan kau biarkan ku bersendirian 

dalam hati teringin benar nak masukkan entry kami anak beranak road tour europe selama 8 hari end of July
hari tu...
terima kasih and proud dgn en suami kerana sanggup drive bawak kami anak beranak pergi ke tempat2 impian ibu tanpa konvoi dengan sesiapa
Disneyland, Swiss Alpine, Venice, Neuschwanstein Castle semua sudah diterjah
tapi apakan daya mood tidak ada
memang banyak sungguh entry jalan-jalan yang tak dimasukkan
terasa rugi kerana ingin menjadikan entry blog ini sbg kenangan ketika di malaysia nanti
 
kepada pembaca-pembaca blog ini
Selamat berpuasa ramadhan

disneyland paris, france 23 july

at the Jungfraujoch, over 11000 feet up, top of europe Swiss Alps, switzerland 25 July 2011
 
 venice, italy 27 July 2011

at Neuschwanstein Castle, Germany 30 July 2011 
(castle yang menjadi ilham kepada terciptanya disneyland castle)


5 comments:

Kak Aya berkata...

salam ramadhan....18 jam berpuasa? sungguh panjang, bertuah ye dapat merasa pengalaman sebegitu.

Unknown berkata...

Salam Ramadhan :)

best nya dpt jalan2 disana ya~

yong pon teringin nk ke sana :)

Oyis berkata...

seronoknya dpt jelajah 8 negara. tp tu la kan, bila dah berjalan mcm slow sket nak update ke blog. saya pon mcm tu. ada bbrp entry terperam, back from awal thn lg. ntah bila la bole siap karangan nya :P

MalizaMah berkata...

best sgt loh.....
singgah tgk entry n klik2... sama2 jana tabung...
jom klik2...
Moga berjaya dgn nffng...
Salam perkenalan.

tuan rumah berkata...

kak aya> salam ramadhan kak. memang bertuah tak sume boleh merasa kan :)

alinac> salam ramadhan. InsyaAllah akan tiba masanya

oyis> hehe kita peram je la..but u at least dah ada dalam draft..

normaliza> salam perkenalan

Entry lain yang menarik dan tertarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...