Syioknye Raya di Perantauan

Syiok ke raya di perantauan?
yang tak syok mesti dah banyak org boleh agakkan
no family
no raya feeling

tapi
seriously
syiok jugak raya di perantauan
nih dah masuk kali ketiga kami berada di bumi England nih
first raya tahun 2008 masa rumah di Loughborough
second raya masa rumah di Hartley
and third raya masa rumah di Middleton

ape yang syoknye?

Home sweet home lah. takde sibuk-sibuk nak balik kampung. jauh perjalanan dibulan pose lagi. menghadapi kesesakan lalulintas. Tak perlu berebut bantal or toto (yele dah duduk rumah mak or mertua) takde maknenye dapat katil sendiri. takperlu berebut-rebut bilik air

Dapat bagi duit raya lebih, terutamanya kepada adik-beradik ku yang single mingle tuh. Bayangkan sbb duit tidak diperlukan untuk tanggung minyak or ongkos duit raya kepada mereka yang bertandang, leh bagi sorang seratus kat adik beradik drpd I yang bukan jutawan nih. Jutawan pun bagi rm500 tau, uhuks.  tapi nanti bile dah kat Malaysia, rasanya takkan dapat den nak bagi sebanyak itu. yela banyak yang kene spend nanti kan. boleh jadi pemurah jika duduk diperantauan nih.

Duit simpanan pun makin bertambah. kerana tidak perlu spend tiket kapal terbang lah. duit minyak lah. duit shopping raya lah. duit raya lah. memang banyakkan kene spend time raya tuh kan. Memandangkan di perantauan nih, duit raya yang govt bagi tuh boleh tak disentuh pun. Patutpun banyak org melayu boleh beli 5 series or E class kat sini ..

Belajar buat biskut raya sendiri. Macam-macam dah aku try. sarang semut aah, mazola, tart, buah khana, dan mcm -mcm lagi. If kat malaysia, takde maknenye aku nak buat biskut2 raya tuh. tergoda dgn pelbagai pilihan biskut raya di angsana tuh.

Raya hanya pada waktu weekend je. Weekday tiada tetamu yang datang. So boleh pulun fokus pada kerja-kerja research lah. cuba bayangkan di Malaysia, cuti raya pun nak dekat 2 minggu. tuh tak masuk yang datang beraya dimalam hari. lepas tuh nak start enjin, nak kasi panas enjin punye le lemau! So aku perlu ambil kesempatan ini, untuk terus pecut Gear 10 !!!

0 comments:

Entry lain yang menarik dan tertarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...