Progress Kakak Adik

Dah lama tak cerita progress kakak and adik
Kakak baru je 4 tahun
Adik pulak 2 tahun 9 bulan

Kakak Aisyah
Dah banyak vocab dah
even kadang2 certain word tak paham esp if dia dok pura2 membaca buku
punyele memilih dalam pakai baju
nak baju yang dia ske aje
flower2, star2
lain daripada itu melalak la dia tak nak pakai
aduuuyai, baju and seluar cantik2 pilihan ibu jgn harap la dia nak sukarela pakai
kene paksa baru pakai, tuh pun sekejap dalam diam2 pi tukar sendiri
eeeei payah deh

kak chah pulak semakin caring
if tau ibu sakit, nanti cepat2 dia pi ambil ubat
takpun suruh ibu gi letak ubat
then bile papa sakit pulak, dia kate dia ada ubat
then caring ..teringat masa ibu ada pegang pisau
terus dia dok kate
'ooooh careful ibu'
penyayang dia nih

progress terbaru aisyah dah pandai susun puzzle
hahaha anak orang lain dah berkurun pandai
anak kite baru je pandai
sbb parents dia tak beli, and ajar pun
kehkehkeh
uncle aja sekali je
terus dia dapat catch up
berjaya susun dgn sendiri
then nak tunjuk kat sume orang dia dah pandai
clever aisyah

nila puzzle yang dia siap susun
siap atas board lagi
then tak sabar nak tunjuk kat ibu time ibu lepas solat

actually puzzle thomas ini adik punye
tapi adik tak pandai lagi
so kakak la yang susunkan
imran kemain suke tunjuk2 sbb ada muke thomas kat situ
nanti kakak ajar adik pulak ye



Imran pulak sejak dah bersekolah almost 3 months ni
byk vocab baru dah keluar dari mulut dia
jika tidak sebelum ni dia hanya tau sebut papa je
takpun bob da builder
train pun dia sebut tut tutt

tapi sejak dah 3 bulan sekolah ni
dia pandai sebut
baby
ball
star
kopok (keropok, biskut)
mama
sorry
thank you
(sume words yang kakak selalu guna!)

and yang paling terbaru
dia sebut
more..more..more

memang kelaka sbb dia sebut more
sbb terkejut
selalunye budak sebut NAK
ibu dok tunggu selama beberapa tahun tunggu dia sebut NAK
tapi dia sebut more..more
bile dia nak sesuatu
memang kelaka

kakak syira yang pertama kali denga dia sebut more pun terkejut
sbb macam mooo...mooo...
hehehe
pandai imran
harapnye ada vocab baru dari semasa ke semasa ye

imran pula kuat makan
satu hari tuh if tak makan nasi, mesti dia makan banyak
kesian dia
kakak pulak kurus cekeding sbb tak kuat makan
coklat banyak le makan
baru ibu tahu feveret imran adalah cekodok pisang
bila dah habih dalam pinggan tuh
mule le dia bawak ke dapur
hulur kat ibu
then sebut
more...more...more...


kelaka...kelaka!
nila gambar imran yang nak makan agar2
kemain ske dia makan agar2 rampai tuh
nanti ibu belaja mcm mane nak buat ye sayang

anak sape la yg nampak perut buncit nih
lagi buncit bile tak buang air besar seharian tau!
pelawasan dia bagus!

imran pulak la ni tido dgn uncle
(sedih ibu imran tak nak tido ngan ibu)
bile malam2 mesti dia tido kat bilik uncle
esok uncle balik, dah takleh tido ngan uncle dah

satu hari uncle takde gi keluar pun
dia still tido kat bilik uncle
lepas balik skolah
heran ibu ape le yang menariknye tido situ

see... ni dia tido sorang2 ni time uncle takde
tapi selimut uncle and bantal busuk uncle tuh ada
ntah2 dia ske bantal busuk uncle yang auntie kina bagi kot
nampaknye uncle kene tinggalkan la..suh auntie kina bagi lain
hehehe

imran nak tido pun ibu kacau ye




0 comments:

Entry lain yang menarik dan tertarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...