Jalan-jalan StarCity

Kisah kami jalan-jalan di Starcity Birmingham
in previous entry ada ku cerita pasal selalu membeli belah di chinese supermarket di birm nih
and mesti singgah di Icity (sebenarnye starcity ye)
ada banyak restaurant halal

tengok balik gambar lama
captured masa 30.5.2009
lebih setahun yang lalu

banyak restaurant halal mcm Kebabish (serve halal tapi ada jual wine ..haiya!)

tarikan anak-anak hanyalah ....


tapi kami selalu makan dekat restaurant Noodles

restaurant nih dulu katenye milik Malaysian
tapi biasala if malaysian buat bisness je mesti bankrupt
so pak arab pula yang ambil alih

nasib menu masih mengekalkan menu Asian
ada mee singapore
nasi goreng
tapi chef mcm pakistan aje

besar tempat nih

tengok balik gambar nih
dgn matahari terik
rindunye summer
skraang dah masuk autumn
so hati pun turut autumn
autumn in my heart lah
kerana betul la bak kate statement nih
'sang suria membawa keceriaan'

then ke WingYip yang tak jauh dari starcity
besar gudang wingyip nih
aksi anak-anak menunggu!


Imbas gambar raya

Kali ni nak imbas
gambar kami beraya
sejak daripada lepas kawin
 (tahun 2005) beranak satu hingga la anak2 dah besar la nih
besar sangat la ye

gambar ini juga turut menghiasi living room kami
nih raya tahun 2005
raya pertama kami
masa ni tengah pregnantkan aisyah sebulan rasaya


raya tahun 2006
masa ni raya aisyah dah ada

raya tahun 2007
imran pula dah ada
masa ni masih dalam pantang 2 minggu

 raya tahun 2008
raya pertama kami diperantauan
masa rumah di lboro

raya tahun lepas (2009)
raya kali kedua diperantauan
masa rumah di hartley

raya tahun ini (2010)
kali ketiga beraya diperantauan
rumah di middleton

Photos yang ditunggu-tunggu

Jumaat lepas
menggunakan khidmat photo printing
online
photobox namanye
dapat free 40 photos 
bile register
then bile promote kat kawan
and member tuh pun turut order
kita jugak akan dapat free 50 photos printing
haaaa
bab2 free nih mestila tidak dilepaskan peluang
cuma kene bayar £1 ++ untuk posto
ambil masa 3 hari bekerja juga


cantik..siap letak dalam box yang boleh digunapakai
untuk letak photos yang takde album untuk diletak
kira yang tak beli album lagi la ye

sebelum nih pernah guna khidmat asda photo printing
tapi takde free
teringin nak buat photobook
tapi mahal le pulak kat photobox nih
tengok kat jessops lagi murah
dalam £10 dah leh dapat
tapi taktau le berapa keping photo dgn harga tuh
lepas nih nak register kat jessop plak
dapat free photo printing jugak

Raya Pertama

Nih cerita raya pertama kami
dijemput beraya di rumah kak Yong Lboro
dah nak balik dah kak yong nih
moga cepat2 dapat title Dr ye

kak yong nih anak dia ada 7
nih papa bersama suami kak yong and anak terunanye
kak yong nih rajin menanam
mcm2 ditanamnye
sempat jugak I book daun kesum and daun kunyit masa dia lelong ritu
pokok serai and daun pandan pun ada
fuuh pandai betul kak yong menanam
 and lastly
anak dara I lah nih! hehe

Maid ku!

Tetiba pulak aku ada maid ye
ini kisah masa bulan puasa ritu
ucapan terima kasih kepada en hubby yang segera menyelesaikan masalahku
yang memerlukan  maid baru
setelah maid lama tidak dapat menjalan kan tugas seperti biasa
dalam 24 jam 
masalah ini dapat diselesaikan
dgn menghubungi Comet
secara atas talian
dan dgn gagah perkasa en hubby gi self- delivery angkut kat kedai
install sendiri
akhirnya......


harga di website £239 diskaun kerana harga asal dalam £300++
tapi bile pergi nak gi ambil kat kedai
dapat diskaun lagi jadi £228
then hubby claim topcashback dapat diskaun £7
so mesin basuk 7 kg nih berharga £221 = rm 1105 bile convert x5
kat Malaysia leh dapat murah lagikan
harga lebih seribu nih kat malaysia mesti leh dapat yang lebih 10kg
tapi nak wat camne
oooh kelebihan mesin basuh nih
ada setting untuk basuh kasut ...hahaha
setting untuk basuh segera dalam 30 minute (quick wash nih kira setting biasa if jenis front load nih)
and basuhan biasa dalam sejam
yang bestnye mesin basuh nih ada digital (mesin basuh sini jenis yang murah2 takde digital) adake main pusing2 je... Kuno kan!
bagitau berapa time left
ape yang tak on
macam air tak on ke
ada memory sekali 
tapi aku tak guna pun
tapi tak best mesin basuh nih Spin dia B so tak kering sangat aaa
if spin A mcm yang pernah kitorang pakai dulu jenis Candy
memang takde basah2 sangat ..kira sekejap je cepat kering

yang rambut panjang tuh hubby I tau!
mane tau kot2 ada yang ingat tetiba I tak pakai tudung
jajajaja

dia tengah sibuk install mesin basuh tuh
oooh yang bagus nye mesin basuh nih memerlukan cold water je 
tak perlu guna salur hot water 
so sesuai aaa utk di bawa balik ke Malaysia
mcm2 setting ada mesin basuh nih
boleh setting if nak rinse lebih (bagi yang allergic sabun)
nak kasi kurang spin (untuk elak banyak kedut)
nak rendam bagi baju yang handwash aje
cuma aku je yang tak guna
hehehhe


ini pulak putera puteri ku yang sibuk interfrem
papa pegang screwdriver
imran pun nak pegang jugak
dia kan nak jadi mcm Bob the builder
alahai
dah jantan namanye kan!

Syioknye Raya di Perantauan

Syiok ke raya di perantauan?
yang tak syok mesti dah banyak org boleh agakkan
no family
no raya feeling

tapi
seriously
syiok jugak raya di perantauan
nih dah masuk kali ketiga kami berada di bumi England nih
first raya tahun 2008 masa rumah di Loughborough
second raya masa rumah di Hartley
and third raya masa rumah di Middleton

ape yang syoknye?

Home sweet home lah. takde sibuk-sibuk nak balik kampung. jauh perjalanan dibulan pose lagi. menghadapi kesesakan lalulintas. Tak perlu berebut bantal or toto (yele dah duduk rumah mak or mertua) takde maknenye dapat katil sendiri. takperlu berebut-rebut bilik air

Dapat bagi duit raya lebih, terutamanya kepada adik-beradik ku yang single mingle tuh. Bayangkan sbb duit tidak diperlukan untuk tanggung minyak or ongkos duit raya kepada mereka yang bertandang, leh bagi sorang seratus kat adik beradik drpd I yang bukan jutawan nih. Jutawan pun bagi rm500 tau, uhuks.  tapi nanti bile dah kat Malaysia, rasanya takkan dapat den nak bagi sebanyak itu. yela banyak yang kene spend nanti kan. boleh jadi pemurah jika duduk diperantauan nih.

Duit simpanan pun makin bertambah. kerana tidak perlu spend tiket kapal terbang lah. duit minyak lah. duit shopping raya lah. duit raya lah. memang banyakkan kene spend time raya tuh kan. Memandangkan di perantauan nih, duit raya yang govt bagi tuh boleh tak disentuh pun. Patutpun banyak org melayu boleh beli 5 series or E class kat sini ..

Belajar buat biskut raya sendiri. Macam-macam dah aku try. sarang semut aah, mazola, tart, buah khana, dan mcm -mcm lagi. If kat malaysia, takde maknenye aku nak buat biskut2 raya tuh. tergoda dgn pelbagai pilihan biskut raya di angsana tuh.

Raya hanya pada waktu weekend je. Weekday tiada tetamu yang datang. So boleh pulun fokus pada kerja-kerja research lah. cuba bayangkan di Malaysia, cuti raya pun nak dekat 2 minggu. tuh tak masuk yang datang beraya dimalam hari. lepas tuh nak start enjin, nak kasi panas enjin punye le lemau! So aku perlu ambil kesempatan ini, untuk terus pecut Gear 10 !!!

Pecut!

Bulan September
genap 2 tahun aku buat PhD
tapi bila mengira balik
kerja yang dah dibuat
ooh sikitnye
baru run 1 eksperimen
tuh pun tak capai objectif lagi
bile mengira balik kerja yang kene buat
ooooh banyak nye
tak menang tangan nih
takutnye
scary!!!

masa open house rumah kak munirah
berborak2 ngan kak ary
yang tengah nak submit thesis dia
and viva
kire dia dapat settle sebelum kene renew visa la
kire dalam 3 tahun dia dapat siapkan aaa phd dia
oooh kagum betul
bile tanye mcm mane cara kerja

dia banyak wat kerje kat rumah
datang lab bile ada meeting or discussion
even kat rumah 
dia memang workaholic
kerja dari 6 pagi sampai 6 petang
then tido 
sampai tengah malam
bangun lagi sambung
tuh dalah fasa writing-up dia la

tapi dalam years sebelum ni
dia akan pastikan everyday memag buat kerja
minimum 4 jam sehari
makesure plan yang dibuat utk sehari itu siap
walaupun dalam low quality!!!

akan aku contohi dia
insyaAllah
walaupun rasanya
mcm dah terlambat aje
tinggal setahun je lagi nih!

pecut!!!!!!!!

Raya 2010

Alhamdulilah
tahun ini masih dapat merasa berpuasa di bulan Ramadhan
dan beraya Eid Fitri
turun berat badan kah aku? 
mcm tak aje.. huhuhu

tema raya tahun ni adalah Black
thanks to Uwan sbb gi beli and tempah set persalinan anak beranak
and thanks to Tok Mie sbb bawak baju nih ke UK last June ritu

Banyak jugak aku masak masa raya pertama
seperti biasa nasi impit
kuah kacanng, rendang
ada tambahan sate
and meehon soto with bergedil and ayam carik 


ada jugak kek yang buat sendiri
mula2 buat kek keju butter
tapi adake bantat
lepas bakar kek tuh makin turun and turun
and akhirnye kecut
haiya
tapi seriously sedap
cuma tak gebu
tuh gambar anak2 suke makan kek itu
memandangkan kek tuh tak menjadi
so pagi raya aku buat satu lagi kek
kek coklat moist
nasib dah selalu buat
so confirm naik punye la
cuma kali ni guna topping tiramisu
sedap jugak ye makan kek coklat bersama cheese cream
tak semanis if guna topping coklat
yummy

tuh dia kek yang aku buat tuh
abaikan la ye decoration yang memang tak leh wat JUAL pun

dah penat2 masak sejak sebelum buka
oooh sini raya sama mcm Malaysia and negara Arab lain
iaitu Jumaat
sambung balik masak di malam raya and pagi raya
sampai tak sempat2 nak gi beraya rumah Hafiz Eda
punye le risau takut2 guests datang lepas asar kang
takut mcm2 tak siap lagi kan
sekali...................................................................














----- kecewa nih!
















----- merajuk nih!

















apabila
tiada sesiapa pun yang datang rumah kami
walaupun dah di jemput dgn proper
siap msg alamat rumah pelbagai lagi
janji lepas asar
takde sapa pun tekan loceng
lepas magrib pun takde sapa datang jugak!
sekali tepon Eda nak pi beraya rumah dia
yela kita dok tunggu tetamu yang tak datang2
baik kita gi beraya kan
dah siap pakai stoking
tinggal nak bukak pintu
tetiba 
ting tong

nasib baik ada gak yang datang
walaupun cuma 3 keluarga
at least ada gak yang menjamah 
menu2 aku tuh
walaupun banyak yang membazir jer
serik aku dowh!
tahun lepas tak de le jemput mcm tahun nih
lagi le teruk, takde sapa datang rumah!
ada gak la beberapa org 
tahun nih  ajak ajak orang
langsung takde yang datang
kita bukan PRIORITI mereka
so tahun depan
memang aku takkan masak2 aaah
nak ikut style lboro
sapa datang, hidang biskut raya aje 
OK


memandangkan tiada sapa yang datang

so birthday imran hanya disambut kami anak beranak aje
siap dah pasang Banner tau
memang I geram!

dan tercapai hasrat aku nak beli set track thomas untuk Imran

beli kat Toy R us
sale daripada £40 dapat £29 
and kakak lak


dapat hadiah baju cinderalla
beli kat toy r us jugak
dalam £14 
dan inile dia aksi mereka MENILIK isi kandungan kat kotak thomas
sampai baring-baring you!



kesimpulan nya
lepas nih aku tak nak masak beria bila raya pertama
baik aku beraya rumah orang
terima kasih kepada keluarga kak yong loughborough jemput kami beraya di hari pertama
lepas nih sapa datang rumah I
hidang biskut raya aje le
daku kecewa! 


masa duduk loughborough dulu, jemput datang raya pertama sempena birthday imran gak
datang je org yang dijemput
tapi bile dah duduk sini
serik , serik










Bila raye?

Dengarnya
org yang duduk di leeds 
akan beraya khamis
daerah lain? 
sini ape ada jugak ke yang mencerap anak bulan?
ke ikut Arab Saudi?
 
Jika raya Khamis
Event tuh maknenye esok le
Ada jemputan ke lboro pada tengah hari raya pertama
apa yang boleh dimasak 
yang lambat basi

boleh start masak nasi impit dulu harini
kuah kacang
boleh buat stok ayam dulu untuk stok
oooh bergedil pun boleh buat dulu jugak
blend bawang2 dan seangkatan nye
kek coklat ke kek pandan heh nak buat?
feveret imran kek pandan
tapi sesuai ke kek chiffon pandan buat tiup lilin
harharharharhar

Ooh semalam dah gi Toy r Us
ingat nak beli banner birthday thomas
tapi takde yang ada cuma table cloth thomas aje
so kami beli le hadiah seperti yang diplan
kakak dapat princess dress cinderalla
birthday boy dapat set track thomas 
beli time anak2 pergi school
 
oooh mereka dah pergi sekolah semalam
kemain tak sabar nak pergi sekolah
si Jemma (cikgu imran) pun kemain rindu ngan imran
yela imran manja betul ngan Jemma
tido pun atas pangkuan Jemma
hahaha
Jemma terkejut dengar imran dah start menyebut sepatah dua
kakak pulak tadi sebelum tido pesan katenye 
nak pergi school esok MALAM
MALAM?
hahaha ikut sesuka dia je nak sebut
ibu pun betulkan la 'tengah hari'

alahai...macam2
menjemput tetamu pun lum lagi nih
barang2 basah dah beli dah kat medina
stok air pun dah beli kat hyperama
tinggal nak masak aje
oooh baju raya anak2 belum disuai pakai
ntah ntah singkat
haiya......

contest-saya-dan-baby-oleh-cik-awynn

First time join contest nih
Adakah kerana boring, org Malaysia sibuk balik kampung. Orang England nak sibuk kan ape ye ? huhuhu
Nasib di perantauan


Contest ini dianjurkan oleh cik Awynn. if ada sesiapa nak gi beraya ke rumah cik awynn ni boleh aa gi  alamat seperti dibawah ye :)

Gambar bersama baby (0-4yrs)
mestila bersama imran
sbb kak cah dah tak masuk kategory ni lagi

Gambar tersebut adalah..............

Gambar bersama anakku Imran
yang berumur 3 tahun
Boy tau... cuma rambut je mcm gegirl.. ahaks

Actually tak banyak rupenye gambarku bersama imran.
Mungkin kerana imran if jalan2 kene duduk dalam stroller je
hehehe 
kesian imran kan
Gambar ni dipilih kerana....
suke tengok gambar anak ibu terpegun tengok air
kira jakun tengok air la
siap ternganga mulutnye haaaaaa
hehehehe
Lokasi gambar adalah di Durham (tempat penggambaran Harry Potter tau!)
Durham kawasannya memang terpelihara sejarahnya
jalan kat pusat bandar takleh masuk kenderaan
jalan pun berbatu2 bukan jalan tar
mcm zaman dulu2

tag 

1. Hana
2. Baid



Preparation for the event

18 Ramadhan
genaplah umur Imran 3 tahun
dah besar anak ibu!

tapi if ikut kalendar gregorian
30 Sept nanti
tapi lebih baik celebrate ikut bulan Islam kan
sbb Imran lahir di bulan yang mulia

Hajat dihati ibu
nak buat sikit majlis makan2
sempena birthday imran
masa first day raya
baru meriah sikit kan raye
kalu tidak
mcm tahun lepas
takde sape pun raye rumah kita
kecuali kawan ibu acik zaifa and the geng
kawan2 papa?
huh
ituleh sudah dibagitau
kawan papa tuh jenis suka suka je
duka duka ??????

ibu nak wat preparation list
sempena hari tu

1. Senarai jemputan. ingat nak jemput pada mereka yang tidak pernah datang rumah lagi. Nak jemput beberapa keluarga je. Oh ye termasuk sekali keluarga yang nak balik Malaysia for good.

2. Nak masak ape ye? selain nasi impit, kuah kacang, rendang, sate . menu tambahan ingat nak buat meehon soto. Sempat ke nak masak nih? mau tidak tido malam nih

3. Kek coklat kene buat awal la ye. Jika raye khamis, hari Rabu dah kene buat. tahan lama ke kek tuh? huhu

4. Kemas rumah. Nasib baik dah banyak part yang dah clear. Yang belum settle adalah stor mainan budak2 nih.


5. Hadiah untuk birthday boy lum beli lagi. Termasuk le sekali accessories for goodies dan banner. Ingat nak carik banner thomas and friends. Imran kan peminat setia thomas. Ingat nak beli set thomas tracks lagi besar. ritu masa birthday kakak, adik dapat starter thomas track. Starter je. Then nak bawak anak2 pergi ke Thomas Land theme park. mesti ternganga imran nanti tengok thomas di dunia sebenar.



 Imbas balik masa celebrate birthday Imran yang pertama. Ada di entry lepas

Birthday imran kedua ibu celebrate sekali masa ibu buat open house bersama keluarga nida amir untuk jemputan warga MML







Masa birthday yang kedua juga, celebrate birthday kakak and adik di Malaysia bersama Uwan and Atuk. Ibu beli cake secret recipe. Kak cah berebut nak gambar kartun ape tah tuh lupe namenye. yang 3 superhero tuh

 
Tapi gambar imran takde la pulak. yang ada gambar kakak.

Kulat ooh Kulat

Setelah hampir setengah tahun pindah rumah
baru lah nak unpack barang betul-betul
buang mana yang patut
kelaskan mana yang patut supaya senang dicari
tempoh sebelum ni
mengajarku kaedah terbaik nak kemas rumah
rumah yang ada 4 musim nih le
kerana di Malaysia masalah utama adalah habuk and tahi cicak
ahaks
tapi disini no more cicak
habuk tuh sikit2
tapi yang melampau nye 
adalah kulat
mungkin kerana kami ni duduk rumah semiD
sebelah kanan, org tuh tak duduk
sebelah kiri pulak takde rumah
so tiada pemanasan berlaku di tepi2 dinding
yang telah menggalakkan penempatan kulat2

benci sungguh ngan kulat2 nih
bukan setakat belakang lemari
if letak kat luar pun kulat buat penempatan
coat2 waktu winter habih sume berkulat
cadar2 letak dalam box pun berkulat

letak stok2 groceries kat ruang conservatory pun berkulat
esp tepung tepung tuh
gula pulak jadi keras mcm batu

tak mcm rumah lama
walaupun buruk
tapi disebabkan side tepi rumah dua dua ada orang duduk
so masalah kulat tak de
biarlah berkurun barang2 dalam bilik tingkat 3 tak bersentuh
takde pun kulat

tapi skrang, topi papa yang baru 7 hari disangkut kat dinding tuh pun leh berkulat
cuba la bayangkan
betapa kroniknya

brang2 mainan anak2 dalam stor tuh pun dah banyak berkulat
mana yang boleh dibasuh guna mesin basuh 
selamat la dia
tuh pun ada bintik2 hitam jugak
memang rosak la brang2 kene kulat nih

rumah ni tidak dinafikan best
tapi masalah kulat nih betul2 merugikan
yela barang2 cantik, tetiba ada tompok2 hitam kan
sigh

Untuk hilangkan kulat yang bertompok2 kat dinding nih
nasib baik la ada nih
memang berkesan
sembur je
terus hilang
takyah payah2 jenuh2 lenguh2 tangan 
nak gosok kulat hitam yang bertompok kat dinding tuh

 tapi yela
bau nye sungguh tidak tahan
bau klorox gitu
terpaksa la ON ambi pur
buat hilang bau
seharian




Mesin basuh itu!

Alahai
heran sungguh
kenapa la sejak pindah rumah nih
asyik experience dgn barang2 elektrik
ROSAK
mula2 microwave rosak
dah settle papa belikan yang baru
then mesin basuh Candy tuh rosak
terpaksa la angkut letak luar rumah
nasib baik ada mesin basuh tuan rumah
ritu mesin basuh tuh terputus belt
papa dah beli belt baru
tetiba semalam
terus air tak nak masuk kedalam
dok pusing2 je
tapi takde air
dah le last week elektrik shower rosak
wuawuawuawuawuawuwauwau
kenapakah!
sumenye nak rosak je nih!
adakah kerana sbb selalu tutup suis
sbb mision baru
adalah penjimatan bil elektrik
dgn menutup segala suis barang elektrik yang tidak digunakan
bile nak guna baru ON
tapi..............................
adakah disebab itu barang2 itu rosak!
tak best tak best tak best

nak kene beli mesin basuh baru
tapi sini sume jenis front load
ala yang pintu bukak depan tuh
aku heran betul
awat le takde satu pun yang top load?
??????????
style US namenye
ape ke mereka ni taknak langsung guna style US nuuuun

benci aaaa front load nih
terbongkok bongkok
bile nak basuh baju
sbb tuh tak nak beli yang baru
maknenye taknak bawak balik Malaysia la
sbb hajat dihati
nak beli mesin basuh 13kg bile kat mesia nanti
hehehehehe

tapi
nampaknye
mcm terpaksa je kan
alahai!

adakah yang ini ?
Indesit
baca review mereka kate product nih tahan lama
tapi cuma 7 kg je

brand Beko nih pulak
leh muat 8 kg
tapi kene tunggu lama le pulak
sbb takleh in-store collection




Demi kamu!


Harini bermula lah episod
papa bekerja sebagai floor engineer
alahai
demi 2 series 3 series


sanggup berkorban ape sahaje ye

papa start kerje pukul 5
habis kul 7
2 jam aje
maknenye lepas nih
if papa kerje sebelum subuh
nampaknye aku kene bangun subuh
sorang-sorang lah
ala mcm le setiap kali subuh bangun sama2
aku jugak le jadi jam locengnye

sebenarnye tak minat kereta sedan atau aeroback dah nih
dah merasa kereta iswara aeroback
kecik
nasib dah habih bayar pun
6 tahun sudah kereta BGY itu
masa takde anak pun penuh kereta dgn barang2
inikan pula bile dah beranak 2
memang tak muat
lagi satu
aisyah alergik kereta rendah
selalu muntah
ibu prefer kereta nih
4wd merupakan kereta idaman
yang mcm ini

tunggu la nanti
bile dah naik pangkat
rumah nak 3 tingkat
kereta nak 4wd
fuuuh demand tinggi betul
isteri siapa la nih ye!
uhuk uhuk


Entry lain yang menarik dan tertarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...