Anak menangis di kedai mainan? tips daripada supernanny

Setelah beberapa tahun berada di sini
boleh dikira sebenarnya berapa kali ku menonton rancangan di TV
aku begitu selective dalam menonton rancangan 
kerana waktu ku menonton hanyalah di waktu malam masa bedtime
kerana siang harinya di conquer oleh anakanda ku yang bertuah itu
dahulu semasa eurovox boleh digunakan
sampai tengah malam asyik kartun kartun kartun
selepas itu barulah tayangan kartun dirumahku dihadkan
kerana cbeebies kan habis pukul 7 malam
hehehe

antara rancangan yang ku minat adalah supernanny 
rancangan nih kira rancangan mcm AF tuh
bukan maknanya rancangan nyanyi-nyanyi
tapi rancangan kisah kehidupan sebenar
keluarga ada masalah mendisiplin anak
then datang lah supernanny nih observe and bagi cadangan untuk menyelesaikan

baru-baru nih aku menonton rancangan supernany nih lah
kisah rumahnya penuh dengan toys
walaupun rumahnya hanyalah sebuah apartment saiz sederhana di bandar manhanttan sana
sebab apa rumahnya banyak toys
kerana anak-anak nya setiap kali keluar, nampak kedai toys akan
melalak-lalak depan kedai mahukan toys
siparents nih pulak meltdown lah 
taknak bagi anak melalak-melalak
kerana malu
and satu lagi kerana berasa guilty seharian bekerja
so kira nak fill the guilty tuh maka mereka tunaikan lah hasrat anak2 mereka itu

bak kate supernanny
anak bukan perlukan toys
bukan mahukan materialistik
apa yang mereka mahukan adalah masa bersama ibu-bapa
masa ibu bapa luangkan untuk bermain-main dengan mereka
bukannya masa anak-anak main, bapanya turut main games
tapi layan games sorang2 depan xbox 360 ye!

so bagaimanakah caranya untuk handle masalah anak2 meraung di kedai mainan
caranya adalah dengan berkata dengan firm kepada anak
'mommy decide no toys for today. Mommy will buy toys on your birthday. Mommy will write down on the list first!'
supernanny kata tak salah bawa anak-anak 'window shopping' masuk kedai toys
tengok-tengok toys
tapi tak beli ye
kerana kita hanya akan belikan pada waktu tertentu sahaja!
mungkin masa awal-awal anak-anak dah terbiasa, so akan melalak2 juga
tetapi ibu bapa perlu tegas, and konsisten
kerana kita tidak mahukan anak kita menjadi seorang yang materialistik
walaupun kita sedih, kerana kita tidak belikan anak kita toys walaupun kita mampu
tetapi kita mesti ada 'powerwill' .. keingingan  yang kuat untuk berubah kearah kebaikan
barulah kita mampu untuk bershopping dengan tenang dan gembira
wink-wink

0 comments:

Entry lain yang menarik dan tertarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...