Asian supermarket

Semalam Monday Bank Holiday
ajak papa gi chinese supermarket di area Nott city nih
selalu pergi yang dekat ngan Uni
kat beeston tuh
selalu beli durian dalam storage
kicap kipas udang
beras pulut hitam

dan selama ini selalu pergi ke Birmingham
dalam sejam jugak
pergi chinese supermarket Wing Yip namenye
gi sana selalu shopping sakan
sampai £70 sekali shopping
beli Pau kaya brand Karts
Pau kacang brang Karts
memang borong banyak2
sampai penuh freezer
sedap
sebijik mcm Pau beli kat tepi jalan
if kat malaysia la ye
then borong Jelly puding dari Malaysia
Jam Kaya cap Nona
daun pandan, daun pisang
yang bestnye pergi sini dapat singgah ke I-city (kot namenye)
byk restoren halal
tapi mix dgn casino
hah, mcm mane tuh
tempat tuh femes dgn banyaknye restoren halal
mcm kebabish
subway Halal
tapi femes jugak dgn pusat casino terbesar
adakah itu bermaksud
lepas makan makanan Halal leh gi berjudi disana jugak?
Haiya
tapi memang banyak aaa jumpa pak2 arab gi makan sana

cerita balik pasal gi kedai cina di nott city tuh
first time pergi ke Asiana
first time pergi ke Man Li
sejak hampir 2 tahun duduk di Notts ni
hahaha

gi Asiana
dapat aaa membeli Galangal (lengkuas)
kelapa parut (takyah jauh2 pergi ke Almizan Lboro nak beli kelapa parut lagi)
agar-agar vegetarian
tepung pulut (waa jumpa jugak akhirnye, nak buat kueh tradisional lagi nih)

gi Man Li
kami parking di Asiana, dan jalan kaki gi Man Li
lalu ditepi2 kawasan perumahan
dekat je
Man Li li tokey dia cakap melayu
sbb mereka ni chinese dari Malaysia
so papa dapat aa beli air 100 plus
biskut bakar dari Malaysia
nestum dari Singapore
sini kat Uk tak de nestum
mereka lebih kepada oat!
keropok udang Rota
jajan mamie
nih kelaka aisyah first time makan
dia kate, bu nih kene masak dulu
hahaha
tersenyum ibu dan papa nye mendengar
kan mamie keras rangup sikit kan

mencari daun pandan
habis stok la pulak
takpe, nanti kite pergi lagi ye papa!

Biskut Raya Pertama untuk Raya 1431

Semalam bermula projek membuat biskut raya
start ngan yg paling senang
guna bahan yang ada kat rumah je
guna bahan yang takde guna telur
so
Biskut Cornflakes le jawapannya
Ikut resepi biskut daripada umie_e
sbb takde madu, so I guna Golden Syrup je
nasib baik ada gunanye Golden Syrup tuh
tuhle, tak pernah guna tapi nak beli
konon2 nak makan ngan kueh doraemon tuh la
tapi tak berkenan pulak taste



projek buat biskut ni
I hire 1 pekerja baru
boleh tahan jugak la hasilnye
cuma pekerja yang masih dalam training tuh kerje tak seberapa dalam bab2 masuk adunan
tapi kerja susun2 baking cases tuh kira lulus la










nih le pekerje pekerja I

































serius rupenye anak I nih berkerja. Tengok muke mereka..hahaha

adik ditugaskan untuk mengasingkan satu persatu cases tuh

kakak pula masukkan adunan dalam case. Dan dia request sendiri nak tabur sprinkle kat atas adunan..


Sebab biskut nih sekejap je masaknya. Dalam 10-15 minit (Sekejap aje, if tidak nanti biskut tuh jadi rangup sangat) dgn api Oven 170 darjah or Gas 5, Hasilnya.................................























-------------------









-------------------------



















sedap lah tu kan... tengok gaya Aisyah makan
Resepi nih memang sedap.... mungkin sbb guna Butter mahal kot. Bak kate pakar, guna Butter yang mahal, memang sedap kek or biskut yan dibuat...try la ye

Yeay, selepas pekerje Ibu penat tolong ibu buat biskut
Dapat le mereka Upahnye itu....

Progress Imran 2 tahun 11 bulan


Bulan depan 'baby' kesayanganku ini dah nak masuk 3 tahun
dah besar lah pulak baby ku ini
bile aku panggil imran baby, nanti dia pun mula la perangai mcm baby
hahaha
then kakak pulak, akan kate ' bukan baby ibu, imran'

Alhamdulilah sejak bulan lepas..around umurnye 2 tahun 10 bulan
lepas uncle kesayangannya balik kampung
imran rajin mulut
bile kita suruh dia ikut apa yang kita cakap
dia akan ikut
kalu tidak, payah beno dia nak bukak mulut
ada intan permata dalam mulut dia tuh hah

so dia dah pandai ikut and say
uncle, usu.......and apa2 word yang kita suruh dia sebut
dah mula nak belajar
Alhamdulilah
doa ibu dimakbulkan
yela, risau la kan
anak tak pandai cakap
nasib tak gi cuma therapist je
sbb bak kate kakak ipar ku yg doktor tuh and my MIL
sepupu imran, abg Alif pun masuk 3 tahun baru pandai cakap
nyaris2 diorang ingat abg Alif tuh ada penyakit tak leh cakap
hah
so aku berharap atas sbb itu le
aku bersabar, and terus berdoa...doa..doa
dan alhamdulilah
ada perubahan
teruskan berusaha ye Nak :)

Imran skrang ni feveret dia cantum2kan jingsaw puzzle
tapi mesti ada character thomas
kemain rajin le dia cantum sorang2
tekun dia
sebelum tido dalam gelap2 pun dia nak main jigsaw tuh jugak
alahai anak ibu
kelaka bile dia tak jumpa puzzle
then mula2 tarik2 tangan kita
kate ' hilang-hilang' dgn pelatnye
sampaikan ada iklan kat tv, tayang jingsaw yang taklengkap pun
kemain dia tunjuk... 'hilang hilang'
hahahaha
kelaka betul itu iklan la Nak Oooi
memang sengaja dihilangkan dalam iklan tuh
clever boy

Imran pulak takut betul dgn replika robot
akan menjerit2 dia mcm kene histeria ok
rumah ni byk robot koleksi papa nye tuh
yela papanya kan mengajar subjek robot
so banyak la koleksi robot nye
bentuk dinasor ada, patung 4 segi pun ada, anjing pun ada
ibu nye pulak geli gelaman bile tengok robot yang ekor panjang tuh
eeei nak pegang pun kene beralas2
geli..alergik

cerita balik tentang imran
sbb dia takut akan robot
so bile dia nakal je tak dengar kate
kami akan kate' kasi robot kang'
hah mula la dia behave very well
terus jadi budak baik k

so dgn menggunakan taktik ini
bile dia taknak gosok gigi je
ibu akan gunakan taktik 'kasi robot kang'
baru la dia nganga mulut luas
kalu tidak sampai berbaring2 dalam bath tub utk gosok gigi k

alahai anakku boboy ni
terbalik pulak dgn kakak
kakak tuh asyik2 nak brush teeth
jumpa dentist pun dia ske
nak jadi princess la katakan

hahaha

Sate nasi goreng special

Kelmarin aku terlebih rajin
sbb teringat2 nasi goreng special yang diorder kat hotel2 masa aku kecik2 dulu
nasi goreng siap ada keropok and sate and kueh kacang


so bermula la projek sate ku yang hanya diperap selama 3 jam (jadi jugak)
aku ikut resepi kak N lboro
memang jadi
sebijik rasa sate
sbb aku sblm ni masa Spring ritu pernah ikut resepi kat myresepi
tapi heran rasa mcm ayam BBQ je...bukan sate.. hehe



nih resepi dia aku C&P


Chicken/Beef/Lamb:- 2 kg (cleaned, washed, drained and de-boned, then cut into small cubes)

marinate with these 'bumbu'

bumbu
4/5 Onions ( yellow or red)
5 whole garlic
1 1/2 inch ginger
1 inch galangal
5 medium sized lemon grass


spices
2 tablespoon coriander powder
1 tablespoon cumin powder
1 tablespoon fennel powder
2 tablespoon tumeric

brown sugar: 250 grams
granulated sugar: 250 grams (depends on your personal choice: like it sweet of just right)
cooking salt : to taste (approximately 1 tbsp

1)First of all the chicken/lamb/beef have to be prepared as said above
2) Blend the bumbu with 1/4 litre of water until forming into smooth consistency
3) Add the bumbu, spices into the prepared meat: add brown sugar, sugar and salt.
4) Then mix them all well and let set for 1/2 hour.
5) the next step will be skewing the meat into bamboo skewers: the skewers has to be soaked for 1/2 hour before using to avoid it to turn dry and brittle when it is on the BBQ grill.
6) place the skewed meat into container and laid it horizontally: keep it overnight in closed container and should be ready for BBQ the next day.

Bakar pulak, aku tak guna Arang
hahaha sbb aku tak pandai nak kipas2 nih
jenuh aaah nak kipas2.. lebih2 lagi dibulan puasa ni
ditambah pula dgn skill en suami yang bab2 nyalakan arang ambil masa 2 jam
hehehe
so aku pun menggunakan khidmat electric grill yang aku beli
senang je
grill dalam rumah



yang paling penting anak2 asyik2 datang, and say Nak Nak More More
terus hilang penat .....

nih gambar aisyah makan kopok
gambar mereka makan sate kat dslr
kendian upload




Feveret suamiku Cream Puff

Semalam aku menyahut cabaran (permintaan sebenarnya) En suami ku
kerana dah masuk 2 kali dia request aku buat kueh nih
aku pulak kueh pelik2 nih (selagi tak tengok resepi)
memang aku tolak mentah2

Tapi semalam aku nak buat surprise yg tak jadi sebenarnye
so senyap2 aku gi print resepi kueh nih
tapi last2 aku terpaksa minta pertolongan dia jugak
so bocor rahsia sudah.. hehe
pertolongan suruh dia bagikan anak2 aku yg dah mcm burung dah tuh
mintak ais-krim ais-krim
hahahaha

tengok balik resepi daripada Yani
siap step by step bergambar lagi
aku pun ikut la
senang je
nasib baik jumpa piping bag, yg last guna masa bulan puasa tahun lepas
tapi if takde piping bag, leh guna sudu je takpun buat lobang kat plastik

cuma part membentuk kat atas dulang tuh tak berapa confident
kene buat membulat2 sampai beberapa lapis
bila dah habih doh kat dalam piping tuh, aku tambah je kat top kueh tuh
hah ingatkan tak jadi bentuk
tapi sekali tengok
rupenye masa dibakar, kueh tuh akan naik
and setiap lapisan tuh pulak akan bercantum
so terbentuk lah siput cream puff tuh



nih copy paste dari web tuh (if nak tengok step by step bergambar, layarilah laman web tuh ye)

(Aku buat utk dua adunan.. memang pun sbb 10 biji memang tak cukup, masa berbuka pun dah makan lebih dari 10 biji...feveret suami la katakan :))

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 100ml air
  • 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
  • 60g tepung gandum- diayak
  • 2 biji telur(100g) -
1.
Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu
200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih bercampur

2.
Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.

3.
Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.

4.
Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.

5.
Masukkan telur, kacau cepat-cepat

6.
Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.

7.
Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.

8.
Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan

9.
Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.

**Boleh juga guna cara ni. Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam bowl. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan mixer. ( Aku guna mixer je..sonang... hehe)

Untuk inti.. resepi nih yg aku guna

Custard cream

** Adunan nih cukup untuk 20 biji cream puff (siap ada lebih lagi, boleh la tambah 5 biji lagi cream puff.. hehe) Aku ingatkan custard cream nih guna tepung castard, rupenye tidak... namenye aje

Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )

  • 1 sudu besar tepung
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar gula
  • 200cc(1 cup) susu segar
  • 1 biji telur (L size)
  • 1 sudu besar mentega
** Aku pun guna teknik microwave nih.. senang sambil2 masak inti, sambil leh potong ayam.. hehe

Cara-cara

  1. Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
  2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
  3. Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
  4. Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.
  5. ** Perhatian: Kalau nak guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur tu dengan 2 biji telur kuning
Abaikan bentuk cream puff ku itu yang tidak sama saiz
(pssst memang takleh buat jual.. hehehe tapi yg penting resepi ni dapat komen ' rasa sebijik mcm kat kedai' daripada peminat cream puff... en hubby ku)

eh org kelate memang suke cream puff kah? hehehe

dan yang penting sekali
berbaloi aku membasuh alatan2 nak buat cream puff nih
byk woo kene basuh.. mixer la, periuk la, cawan penyukat la, bla..bla
terus tak teringat penat2 basuh pinggan
bile tengok ................................















anak kita makan ape yang kite masak
terus hilang penat :)

Ramadhan 1431

Nak tulih senarai resepi kami berbuka puasa dan bersahur utk ramadhan kali ini. Semuanye kene masak sendiri. lepas dah habih menu utama, takde ape lagi nak dimakan. teringat kemeriahan makanan waktu berbuka di Malaysia. Ada hikmah disebaliknya iaitu tidak perlu membazir membeli makanan berlebihan-lebihan. Dapat besederhana sesuai dgn tujuan berpuasa iaitu untuk merasai mcm mane org-org miskin hidup susah yang makan bak kais pagi makan pagi itu. Ditambah pula dapat mengukuhkan ikatan kasih sayang dalam keluarga dgn masak sendiri masakan isteri and ibu ..wink wink...Bersyukur ku kepada mu ya Allah kerana diberi peluang sekali lagi bertemu dgn bulan yang penuh rahmah ini.

Note: Yang ada Link tuh, maknenye ada Link ke resepi asal, ye silakan if nak cuba.

Ramadhan 1 : (berbuka) Nasi impit + kuah kacang + rendang + ayam kicap + nasi putih + donut
(sahur) nasi putih + ayam kicap + ikan kering

Ramadhan 2: Nasi putih + kari ikan salmon + donut bersalut coklat + sayur cauliflower tumis + poppadum

Ramadhan 3: Nasi putih + ikan siakap masam manis + sayur salad + sotong goreng tepung + ikan siakap goreng + air asam tomato

Ramadhan 4: Nasi ayam + ayam madu + sup ayam + cili merah cuka + kueh talam + sayur salad & tomato

Ramadhan 5: Nasi briyani + ayam masak merah + timun cuka + poppadum

Ramadhan 6 : Nasi putih + ayam kurma + ikan masak taucu + kueh apam tak naik + kueh sagu

Ramadhan 7: Nasi goreng special (sate + keropok lekor + kuah kacang) + kueh sagu

Ramadhan 8: Nasi putih + kari ayam + agar2 pandan santan + sup ikan merah

Ramadhan 9: Cream puff + Mee goreng

Ramadhan 10: Nasi lemak + sotong sambal + ikan bilis goreng + telur rebus + ayam goreng + kek chiffon pandan

Ramadhan 11: Nasi tomato + ayam masak merah + roti John handmade


Ramadhan 12: Nasi putih + ikan tilapia fillet masak masam manis + kueh agar-agar santan + donut (Eda buat)

Ramadhan 13 (mon): Nasi goreng kampung + karipap sardin (guna resepi karipap pusing, sedap!!!) + biskut cornflakes

Ramadhan 14 (tue): kueh siput + kueh lapis

Ramadhan 15 (wed):
Nasi ayam + ayam madu + sup ayam + Kueh ketayap

Ramadhan 16 (thur):
----- lupe

Ramadhan 17 (fri): Meehoon goreng + agar-agar santan

Ramadhan 18 (sat): Majlis nuzul quran NMC + cream puff + biskut tart nenas

Ramadhan 19 (sun): Jemputan berbuka di rumah kawan papa (Izzi) + kuah cara manis + biskut buah kana + biskut mazola

Ramadhan 20 (mon): Nasi putih + daging masak merah + kobis bunga masak tiram + falooda + biskut tart dahlia

Ramadhan 21 (tue) : Nasi putih + sambal telur pecah + sayur tumis kacang + agar2 santan

Ramadhan 22 (Wed): Nasi putih + sup tulang + telur dadar + sambal udang petai + gayam (bubur biji nangka)

Ramadhan 23 (Thurs): Nasi putih + ayam goreng tepung + sayur tumis parkchoy + sambal lala + kueh buah melaka

Ramadhan 24 (Fri): Mee rebus + kuih talam + maggie goreng


Ramadhan 25 (Sat): Nasi putih + bubur pulut hitam + sup ayam + ikan bilis sira berlada


Ramadhan 26( Sun): Nasi putih + sambal sotong + tilapia fillet goreng tepung + ikan tilapia masak taucu + hotdog handmade

Ramadhan 27 (Mon) : Nasi putih + kari ikan salmon + sayur kubis masak tiram +  bubur kacang

Ramadhan 28 (Tue):  Nasi putih + ayam lemon sos + tomyam campur + cekodok pisang


Ramadhan 29 (Wed):

 


Entry lain yang menarik dan tertarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...