Feveret suamiku Cream Puff

Semalam aku menyahut cabaran (permintaan sebenarnya) En suami ku
kerana dah masuk 2 kali dia request aku buat kueh nih
aku pulak kueh pelik2 nih (selagi tak tengok resepi)
memang aku tolak mentah2

Tapi semalam aku nak buat surprise yg tak jadi sebenarnye
so senyap2 aku gi print resepi kueh nih
tapi last2 aku terpaksa minta pertolongan dia jugak
so bocor rahsia sudah.. hehe
pertolongan suruh dia bagikan anak2 aku yg dah mcm burung dah tuh
mintak ais-krim ais-krim
hahahaha

tengok balik resepi daripada Yani
siap step by step bergambar lagi
aku pun ikut la
senang je
nasib baik jumpa piping bag, yg last guna masa bulan puasa tahun lepas
tapi if takde piping bag, leh guna sudu je takpun buat lobang kat plastik

cuma part membentuk kat atas dulang tuh tak berapa confident
kene buat membulat2 sampai beberapa lapis
bila dah habih doh kat dalam piping tuh, aku tambah je kat top kueh tuh
hah ingatkan tak jadi bentuk
tapi sekali tengok
rupenye masa dibakar, kueh tuh akan naik
and setiap lapisan tuh pulak akan bercantum
so terbentuk lah siput cream puff tuh



nih copy paste dari web tuh (if nak tengok step by step bergambar, layarilah laman web tuh ye)

(Aku buat utk dua adunan.. memang pun sbb 10 biji memang tak cukup, masa berbuka pun dah makan lebih dari 10 biji...feveret suami la katakan :))

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 100ml air
  • 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
  • 60g tepung gandum- diayak
  • 2 biji telur(100g) -
1.
Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu
200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih bercampur

2.
Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.

3.
Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.

4.
Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.

5.
Masukkan telur, kacau cepat-cepat

6.
Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.

7.
Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.

8.
Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan

9.
Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.

**Boleh juga guna cara ni. Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam bowl. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan mixer. ( Aku guna mixer je..sonang... hehe)

Untuk inti.. resepi nih yg aku guna

Custard cream

** Adunan nih cukup untuk 20 biji cream puff (siap ada lebih lagi, boleh la tambah 5 biji lagi cream puff.. hehe) Aku ingatkan custard cream nih guna tepung castard, rupenye tidak... namenye aje

Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )

  • 1 sudu besar tepung
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar gula
  • 200cc(1 cup) susu segar
  • 1 biji telur (L size)
  • 1 sudu besar mentega
** Aku pun guna teknik microwave nih.. senang sambil2 masak inti, sambil leh potong ayam.. hehe

Cara-cara

  1. Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
  2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
  3. Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
  4. Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.
  5. ** Perhatian: Kalau nak guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur tu dengan 2 biji telur kuning
Abaikan bentuk cream puff ku itu yang tidak sama saiz
(pssst memang takleh buat jual.. hehehe tapi yg penting resepi ni dapat komen ' rasa sebijik mcm kat kedai' daripada peminat cream puff... en hubby ku)

eh org kelate memang suke cream puff kah? hehehe

dan yang penting sekali
berbaloi aku membasuh alatan2 nak buat cream puff nih
byk woo kene basuh.. mixer la, periuk la, cawan penyukat la, bla..bla
terus tak teringat penat2 basuh pinggan
bile tengok ................................















anak kita makan ape yang kite masak
terus hilang penat :)

0 comments:

Entry lain yang menarik dan tertarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...