First Year Annual Review
Apabila keyboard ku berbunyi...: Mac 2009 - First Year Annual Review
Memang terkejut la aku, sbb research thoughts baru saja nampak jelas pada pertengahan bulan Mac, dan diakhir bulan Mac, mereka suruh aku submit first year report pada bulan 6 lak. Macammane ni, dahle thoughts pun belum well organized, and mesti jugak nak masuk sedikit experiments dalam report..takkan sekadar LR jee.. waaaaa .... lagi 3 bulan ni
Entah ape tah mimpi diorang tuh tetiba je tuka daripada perancangan 6 bulan lagi ke 3 bulan. Tapi memang sepatutnye kalu ikut school aku kene hanta 9 bulan dari tarikh aku register, bulan 6 nanti la..tapi aku dah tanya daaah diorang, maksud aku SV..siap kate boleh aja hanta report 12-14 months...so bulan sept tuh memang cun aaa sbb sekali boleh cover dgn pilot eksperimen...
tapi.....minggu lepas diorang suh lain lak...eeerk ape sebelum ni aku meeting bersama klon diorang ke...hukhukhukhuk :( tetiba je berubah fikiran lak
Mimpi
Then sejak aku duduk UK ni, aku mimpi pasal pindah rumah baru. Bukan aku yang pindah, tapi mak aku yang pindah. Masa mimpi mula-mula dulu, aku siap mimpi lagi, mak aku jumpa dah rumah baru banyak bilik katenye senang anak2 balik ada bilik sorang satu. Bangun je dari tido terus rasa lain. Yela mimpi pasal pindah rumah ni pun berkaitan dgn kematian jugak. Then kelmarin aku mimpi mak aku nak pindah rumah baru jugak, kitorang adik beradik punye la sedih sbb sayangkan rumah kat banting tuh sebab sejak kecil, 25 tahun dah duduk situ.
Wuaaa... aku rasa sungguh takut pun ada pasal mimpi-mimpi sebegitu rupa. Moga Allah pangjangkan umur sesapa sahaja yang berdekatan dgn ku. Tapi bile dah takdir Allah sebegitu, berilah aku kekuatan utk menghadapi berita itu.
Takutnyeeee.
Holidays Update
On the way balik dari hanta mama abah kat airport, esoknye kami 4 beranak pergi merayau kat Cambridge pulak...
Sebab seminggu bercuti, so banyak kerja2 PhD tertunda, so kene qadak balik la ni. Tapi gembira sbb dapat jugak jumpa mama abah setelah setengah tahun tak jumpa. Aisyah pulak kemain suke uwan datang, mula2 jumpa sepanjang 40 minit dalam kerete menangis je, entah kenapa. Tapi masa kat hotel, barula melompat2 suke main dgn uwan. Utk sebarang updates, bolehla melawat blog suamiku
http://abehafis.blogspot.com
Nanti, bile dah free sikit, aku updates kat sini ye.
Thanks for visiting.
Phd notes 4
Apabila keyboard ku berbunyi...: Mac 2009 - Phd notes 4
Kehidupan sebenar kanak2 slumdog
Apabila keyboard ku berbunyi...: Mac 2009 - Kehidupan sebenar kanak2 slumdog
Taktau pulak pasal 'Jamal' tuh sbb tak di mention dalam surat khabar. Mungkin Ayush manesh (Jamal Junior) tuh hidup OK sikit kot berbanding azharudin and rubika (Islam rupenye budak2 ni..
Memang diorang duduk bersebelah tasik najis tuh. Agaknye loji najis yang 'Salim Jr. ' terjun memang kawasan permainan diorang kot. Patutpun budak2 tuh selamba je kat area situ, siap sanggup terjun tasik najis tuh lagi.. waaa.. sedihnya
Ini antara gambar2 kehidupan sebenar diorang (drpd bharian.com.my)
Lepas filem tuh dapat Oscar, barulah penerbit filem tuh masukkan diorang ke sekolah utk belajar.
Ni rumah 'Salim Jr.' tuh... lepas kecoh si penerbit filem tuh (omputeh) bayar bayaran tak sepatutnye (yela, mesti menang banyak sbb dapat Oscar), baru la ada ura2 nak belika flat utk keluarga 'salim' and 'latikha' junior tuh. Tapi tak sebanding bayaran dgn pelakon2 famous dalam cerita itu tak pun bayaran pelakon2 omputeh lain if menang Oscar kan..
Memang diskriminasi and satu lagi 'dieksploitasi'.
Bile kene kutuk sbb tak bagi bayaran sepatutnye, baru la ada ura2 nak bayar lebih la, nak wujudkan 'dana' la utk budak2 tuh.. tapi yela masih ura-ura.. and hollywood, ape diorang peduli... duit je kan.........!
slumdog Millionaire
Apabila keyboard ku berbunyi...: Mac 2009 - slumdog Millionaire
Waaaaaa... cerita ni best sangat2.. patutpun sampai menang Oscar lagi. Pengarahnye omputeh, penerbinyt Film 4 Warner bros lagi.. tapi cerita tamil...
Bestnye cerita ni sbb sedih, bukan sedih pasal percintaan jamal dgn Latikha, sedih melihat kehidupan seorang pengemis dan kemiskinan yang dialami oleh2 mereka -mereka itu. Memang sedih sangat. Part yang sedih;
1. Bila Jamal and Salim (abg Jamal) jadi yatim piatu sbb mak dia kene bunuh masa perang india Hindu vs Muslim tuh
2. Bila lihat Salim and Jamal tukang jaga (kutip duit) open tandas tuh. Tandas nye memang la daif sangat, berbumbungkan langit.. tapi kene bayar. Sedih sbb Salim marah Jamal lambat keluar dari tandas sbb Jamal sakit perut sangat2, so orang yang nak masuk tandas tuh minta pulang balik duit sbb Jamal lambat beno keluar dari tandas.. hahaha
(p/s Along: Mcm Pia pun ada esp tang pipi yang chubby tuuh)
3. Bile Salim jual autograf yang Jamal gi ambil kat amitah batchan masa datang kampung diorang. Sbb Jamal bersusah payah sanggup keluar ikut lubang jamban (sbb Salim bengang, Jamal poo lama sangat, so dia lock pintu dari luar dgn kerusi. Disebabkan Jamal suke beno dgn Amitah tuh, dia keluar ikut lubang jambam. Yang kelakanya, dalam suasana orang2 lain berebut nak autograf dari amitah bachan tuh, Jamal dgn senang je boleh maju kedepan dapatkan autograf sbb 'orang2 lain' sumenye menjauh sbb Jamal bau busuk dgn badan berlumuran dgn najis (sbb baru keluar dari lojikannn)... hahaha memang bijak!
4.Bila kanak2 dipaksa jadi pengemis. Dah tokei pengemis tuh siap butakan kanak2 tuh utk menampakkan lagi kasihan , so senang nak mengemis. Tapi yang paling jahat nye si Maman (tokei) tuh sbb dia tipu, sapa pandai hafal lagu, diorang akan diberi hadiah rumah besar dan boleh jadi mcm Maman tuh )kaya la konon2 nya). Rupenye, sapa yang berjaya hafal lagu dan Maman kate dah lulus la tuh, diorang pengsan budak tuh and butakan guna sudu... uuuuish. Bile turn Jamal nak kene nyanyi dpn Maman tuh, nasib baik Salim tak sampai hati nak tgk adik dia dibutakan, dia campakkan cecair ammonia tuh kat orang jahat tuuh.. so dapatla diorang adik beradik lari.... nasib baik sempat naik keretapi
5. Bila jamal and Salim buat ape2 kerja (berjual dalam keretapi secara haram, menjadi tourist guide haram dkt taj mahal (yang ni memang kelaka, bile diorang memberi cerita salah ttg taj Mahal kepada omputeh2 tuh) huhuhuh...pandai pulak diorang putar belitkan cerita hahaha.. jual kasut curi daripada pelancong2 taj mahal (kene take off shoes kan bile masuk) kat pasar pun ada...
6. Sedih sbb kene tangkap polis bila dia berjaya menjawab kesemua soalan2 dalam rancangan Who want to be Millionaire tuh.. sbb si Anil Kapoor tuh ingat dia 'menipu'.. sedangkan dia jawab kesemuanya berdasarkan pengalaman dia sbg pengemis..huhuhuhuh
Kesimpulannya,
Cerita sedih yang paling best yang pernah aku tgk pasal 'kemiskinan' di abad ni.. cheeewah.. hahaha
Aksi anak2 masa tunggu ambil ibu balik sekolah
Celebrating ibu's 28th birthday
Pada aku, aku suke kek yang aku buat tuh, hubby pun suke, tetamu taktau laa pulak.. tapi kami memang teringin nak makan lagi saat ini.. Tapi nak buat, cream cheese takde la pulak.. nyum..nyum..
Sambil2 tuh, ahad lepas, 2 mac, buat makan-makan sikit, panggil kawan2 rapat dan kawan hb main badminton kat notts ni..
Aisyah la yang paling suke nak makan kek ni.. nak tiup lilin, sedangkan sebelum tu dia kat atas tido.. dah aku sibuk nak memasak, dia lak menangis kat atas, sbb kene tinggal sorang2 kat atas. Nak minta aku bawak turun la tuh.. aku buat deeek je sbb sibuk kan.
So turun la dia dgn sendirinya dah menangis kat dapur, minta simpati lagi.. Aku pun buat taktau je.. tak lama lepas tuh, dia menjerit sambil melompat-melompat gembira, panggil 'ibu, ibu, ibu' . Aku lak tetiba heran. Sbb sblm tuh punya la kemain menangis. Tetiba je, gembir dan melompat2... uuuuish....
Agaknye sbb aku boolayan kat dia masa dia nangis, dia tuka taktik 'gembira' pulak sambil lompat2 minta perhatian.. hahaha.. takpun sbb dia nampak kek siap berlilin atas meja... hehehe
Sbb tuhla dia orang paling gembira nak tiup lilin.. adik imran lak time tuh tidooooo.. so gambar adik takde la masa tiup kek ni .
Kek Batik
kek batik yang pertama aku buat sejak aku kahwin ni.. ikut resepi roza :) ..
Sebelum ni kek batik pertama buat, ikut resepi Cik Tipah.. masa tuh single mingle lagi.. memang kek batik sentiasa sedaaaap
Tengok gambar tuh, mcm nak gi buat lagi.. tapi kat sini, milo mahal.. nak tambah nestum, lagile takde kat sini.. ritu pun buat guna nestum yang tinggal sikit je sejak bawak dari M'sia dulu....
The Death Note
Waa... best ceritanya.. sapa yang suke cerita Conan penyiasat tuh.. cerita ni lebih kurang mcm cerita tuh, tapi yela Conan tuh, senang2 je penjahat tuh nak mengaku, scene pun pendek ni. Tapi....Movie ni sampai 2 episod. So nak tau mcm mane penyiasat L mengesan jejak Kiro memang sentiasa menuntun hati.. kene tengok plot2 dia sbb banyak plot2 advance, yang kendian akan ceritakan balik ape yang terjadi disebaliknye.. huhuhu..
Bestttttttttttttt sangat!
Mula2 aku tgk cerita ni, episod satu kat Film Flex channel virgin kat UK ni, sekali dah penat2 tgk sampai kul 1.30.. ada ke bersambung sampai girlfriend Kiro tuh mati...
So sbb tak saba2 nak tau ape sambungannya, berjaya aku menarik minat suamiku untuk mendownload movie ni menggunakan bit torrent.. tapi hasilnye memang bagus sbb yela cerita Jepun, ada la subtitle English dia kat bawah..
Movie ni menceritakan pasal Death Note, dimana owner nye boleh tulis nama sesaapa dalam buku, then kemudian akan sakit jantung dan maaaati... then boleh manipulate pulak kejadian nak mati tuh.. so menjadikan nye kisah penyiasatan yang berturut2 plot.. tapi tak memboringkan langsung...pada asalnya, Kiro pemilik asal tulis nama penjahat2 dalam dunia ni dalam buku tuh.. so senang cerita, mati terus takyah ada pengadilan dan berkuranglah jenayah...
Tapi bertambah kronik, kerana polis2 dan FBI pulak mencari si Kiro ni sbb dia pulak jadi 'pembunuh' kepada penjahat2 tuh.. so si Kiro ni pun membuat pelbagai cara untuk mengelakkan dia dikesan, dan seterusnya membunuh polis2 yang cuba mengesannya, termasuklah penyiasat L.
Tak bestnye , si L, penyiasat tuh mati sbb dia sanggup berkorban menulis namanya sendiri dalam Death Note untuk mencari Kiro, pembunuh sebenar asal yang menulis 'nama orang' dalam buku itu.
Tengok la ye..jgn tak tengok.. weekend dah ni...
SMART
SMART merupakan satu konsep membantu kita dalam 'project management' bagi menjayakan objektif projek kita.
Masuk2 je, Bob siap dah tulis kat papan putih dia, SMART dan suruh aku kasi maksud acronym tuh.
Nasib baik aku dah hafal awal2 dah.. sbb mcm dah agak2 dah BOB akan tanye, sbb sebelum ni dia dah sound aku, suruh ingat sume dalam otak, tak main la tulis2 ni.. huhuhuhu
S - Specific
M- Measurable
A- Achievable & Attainable
R- Resourceable
T- Time
So dalam setiap perancangan dalam PhD projek contohnya, setiap yang kita plan, kene make sure all the SMART kriteria dah diambil kira - bagi menjayakan perlaksanaan projek PhD itu..
So aku gembira hari ini, sbb Bob tak 'pandang rendah' pada aku sbb aku dah hafal that simple acronym ..huhuhuh
Kalu tidak aku rasa, mcm bodoooooh aje bile depan Bob tuh..huhuhuh
Usability Engineering For OSM - SOTM 2007
Apabila keyboard ku berbunyi...: Mac 2009 - Usability Engineering For OSM - SOTM 2007
Terlepas lori sampah
Apabila keyboard ku berbunyi...: Mac 2009 - Terlepas lori sampah
terlepas lori sampah.. yang sepatutnye mengutip pada pukul 9.. tapi sbb off hari ni, tak solat subuh.. dah hb pun lepas subuh, continue tido.. waaa... sedih betul..
Dah le sampah dalam tong sampah dah penuh (for sampah 2 minggu lepas).. mana nak letak sampah-sampah dalam masa 2 minggu akan datang ni.. wuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Dah le 2 minggu sekali je diorang datang kutip. Tak boleh lebih dalam setong utk satu family lak tuh.. kalu tak kene denda
AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAaaaaaaaaaaaaaa
Takkan nak kene angkut sampah2 tuh pergi household waste centre kot.. nanti busuk aa kereta.. aaaaaaaaaaaaaaaaaaa... tensionnnnnnnye
Program Get Rid the Bottle
Melihat perkembangan aisyah yang masih cakap tak berapa pandai,
dia sarankan kami menyertai program itu
dimana parents membawa anak mereka ke klinik tersebut and membuang botol susu anak mereka di dalam bank botol... so bile balik rumah, anak tersebut menangis nak minum susu guna botol... then nanti kate la ' kan botol dah tinggal kat klinik.. mane ada lagi botol'
Kami nye appointment 18 Mac.. masa tuh mama and abah ada kat sini. harapnye aisyah dapat menjalani proses menahan keinginannya utk tidak minum guna botol susu ... tapi yela berapa hari je mama abah ada.. hmm.. kalu diturutkan hati, memang tak nak join program itu. Tapi health visitor tuh kate, kene ada peningkatan utk berubah.
Aisyah kene buang botol, utk memudahkan cepat bercakap.. then barulah boleh lepas 'toilet training' sbb selagi tak pandai cakap, selagi tuh la tak pandai nak differentiate between nak wee or poo... :(
Yang bertambah masalahnya, imran pun kene join sekali gak program tuh.. sbb kalu tak kakak akan guna botol susu adik..so tak berkesan la program tuh.. kasihan tgk imran, baru je setahun setengah.. dah tak yah guna botol... hmmmm
Satu lagi.. tips daripada health visitor.. bile kat rumah kita cakap melayu, so kita ajar anak kita cakap melayu jugak.. tak boleh campur aduk, nanti dia pening... mcm la aisyah akibatnye.. bile bercakap, kadang2 dengar mcm cakap thailand je.. hahahah
Satu lagi sbb aisyah selalu beno tgk kartun 24 hours.. health visitor kate tgk tv ni tak bagus.. tak payah on pun takpe.. kerana tidak membantu perkembangan anak2 dgn cepat..
sbb bile tv on, dia tak concentrate dgn kerje dia (main) sbb kejap2 mata tgk tv..then sambung.. then tgk tv lagi.. so skill kemahiran bermain lambat cekap nanti.. lagi satu, tv tuh tak berinteraksi dgn anak.. tak cakap betul or salah ape yang anak kita buat.
Melainkan kalu tgk katun, kita join sekali.. dan berinteraksi dgn anak2.. contoh nya.. oooh ada matahari ..warna kuning... kasihan dora panas..etc...
Mungkin tv boleh menjadi reward, bile anak itu dah penat bermain.. or pada waktu kita memerlukan concentration, tak nak anak2 kacau...
Harap berguna....
Sayang aisyah
Anak sulungku seorang puteri
Melati Aisyah nama diberi
Becok bercakap tak nak berhenti
Namun sepatah langsung tak difahami
Giginya cantik tersusun rapi
Berambut panjang, nak dipotong tapi tak diberi
Tingkah laku kita sumenya pandai nak diikuti
Lagak seperti 'orang besar' tapi minum botol susu lagi
Tersangatlah manja dgn papa, tak boleh dikongsi
Baguslah adik imran yang sentiasa memahami
Papa, papa, papa ayat pertama diucapi
Setiap kali bangun tido memanglah pasti
Rancangan kartun sangatlah digemari
Baik SpongeBob, Dora, Sin Chan, upin ipin sumenye dilayani
Itulah teman sepermainannya setiap hari
Sehingga dapat menghafal 'part' mane yang tidak digemari
Kalu menjerit tuh suara memanglah tinggi
Terutama sekali pabila dia menyanyi
Disuruh berhenti dia buat tak fahami
Takpelah, asalkan besar nanti dia tak jadi penyanyi
Sejak duduk UK, memang terkenal dgn kuat menangisnya
Minta perhatian daripada papa dan ibunya
Setiap 'request' menangislah pendekatannya
Kadangkala sakit telinga dibuatnya
Entah kenapalah begitu jadinya...
Adakah kerana kawan-kawan tiada
Dan juga kerana tiada saudara mara
Dulu kakak intan, nyah, abang arif, abg yap, abg lang menjadi penceria hidupnya
Uwan dan uncle pula menjadi buah hatinya
Dulu 'nak uwan, nak uwan' menjadi ucapan biasa
Sanggup lari keluar imigresen sbb taknak meninggalkan uwannya,
Monyok beno dia 13 jam lamanya
Sebab uwan kesayangannya tidak mengikutinya
Pernah dulu menelefon mak pengasuhnya
Aisyah begitu sedih, sehinggalah mengeluarkan air mata
Hendak bercakap tapi belum menjadi kepakarannya
'Nak mak, nak mak' menjadi bahasa perantaraannya
Tapi kini aisyah seperti buat-buat lupa
Masa awal2 dulu memang dia minta
Merajukkah dia ataupun perubahan masa
Rasanya mungkin sebab dia tak pandai nak menjawab dalam perbualannya
Tapi kini dia sibuk dgn dunia permainannya
Hinggakan minta masukkannya ke dalam rancangan TV kegemarannya
Mungkin kerana dia nampak ada banyak kawan-kawan menunggu didalamnya
Sebagai pengganti kawan-kawannya yang dahulu telah tiada
Di bumi UK yang lama lagi, papa dan ibu nak meninggalkannya
Ada masanya dia mengingati insan-insan yang merinduinya
pada masa dia dah boring dgn permainannya
Minta ditelefon, tapi salahlah masa
Kerana tengah malam waktu di Malaysia
Akhir tahun ni, sekolah dah wajib aisyah pergi
Harapnye dia dah pandai untuk bercakap dan berdikari
Kalu tidak pening kepala papa, ibu dan cikgu untuk melayani
Kerana umur 3 tahun dah dikira 'big girl' di sini
sayang imran
Nama manjanya Iman atau Imyan
Umur Imran sudah setahun 4 bulan
Mempunyai 8 batang gigi
Sudah pandai berjalan walaupun tidak sepantas mana
Sekali kakak tolak, terbalik lah dia
Walaupun tidak pandai bercakap, selain 'papa'
Dia pandai tergelak apabila menonton kartun, favourite kakak
Entah aksi mane yang menyebabkan Imran begitu gembira
Aksi kakak turut membuat Imran ceria
Memang Imran seorang yang mudah ketawa
Apabila kene marah, Imran akan mencebik sedih
Selimut busuknyalah menjadi teman rapatnya
Apabila nak tido, atas keta atau di tempat asing
Asalkan ada selimut busuk, terasa selamatlah dia
Sejak lahir memang tak banyak kerenah
Walaupun perut kembung, diaper basah, tetap biasa
Hanya bile perut lapar sahaja dia akan minta dimanja
Dan minta dimanja pada waktu tidurnya
Bukan dengan menangis minta didakap
Tapi dia sendiri akan pergi mencari
Mak Teh dan Mak Lang selalu menjadi mangsa
Sebab itu mak teh dan mak lang sayang pada Imran
Apatah lagi mak pengasuh Imyan
Sungguh sedih apabila hendak meninggalkan mereka
Teringat lagi pada malam terakhir Imran di rumah sana
Sanggup mak pengasuh Imran datang membantu mengemas rumah
Dan tidak sanggup pulang selagi tidak menidurkan Imran
Makcik-makcik dan pakcik-pakcik Imyan pun sayang padanya
Tak lupe juga Tokmi, Uwan dan juga Atuk
Teringat dulu Atuk mencari Imran setiap kali balik kerja
'Amroji' sentiasa menjadi panggilan mesra
Tapi di sini, mereka tiada
tiada sesiapa yang akan menyayangi Imran,
Selain papa dan ibu...
Entry lain yang menarik dan tertarik
-
Nih nak cerita pasal mainan aisyah yang buat ibu teruja sbb sama mcm ibu main dulu masa kecik2 tapi yang dulu ibu main jenis kertas aje tapi...
-
Alhamdulilah, anak kelima kami. Lahir di hospital sultanah aminah pada jam 10.18 am 2 september. Arrived hospital around 9 am. Masuk bilik ...
-
Jumaat lepas menggunakan khidmat photo printing online photobox namanye dapat free 40 photos bile register then bile promote kat kawan and...
-
First experience tampal gigi
-
Ibu ada kerja. Tq en hb tolong hantarkan dn bermalam sekali Besar sungguh rest house khas utk kakitangan mereka. Paling hujung lokasi ni ...
-
Setelah hampir setengah tahun pindah rumah baru lah nak unpack barang betul-betul buang mana yang patut kelaskan mana yang patut supaya sena...
-
Nasib baik melur suke dodoi dalam ni, kalu tidak membazir je, beli masa mawar baby tapi dia tak ske. Tips nak beli rocker utk anak, make sur...
Arkib Blog
-
▼
2009
(70)
-
▼
Mac
(19)
- First Year Annual Review
- Mimpi
- Holidays Update
- Phd notes 4
- Phd notes 3
- Phd notes 2
- PhD notes
- Kehidupan sebenar kanak2 slumdog
- slumdog Millionaire
- Aksi anak2 masa tunggu ambil ibu balik sekolah
- Celebrating ibu's 28th birthday
- Kek Batik
- The Death Note
- SMART
- Usability Engineering For OSM - SOTM 2007
- Terlepas lori sampah
- Program Get Rid the Bottle
- Sayang aisyah
- sayang imran
-
▼
Mac
(19)