Ibu, I want to go to Portugal again ... :p

 
Sejak balik dari Portugal nih 
itule  kata-kata yang keluar dari mulut becok kak chah
I want to go to more Portugal
mungkin kerana masa pergi portugal last 2 weeks
cuaca di sana mcm di malaysia panasnye
30 degree
memang panas, tapi matahari tidak tegak di kepala
tapi terik di ufuk 
ditambah pula sekembalinye ke UK nih
tengah cuaca sejuk 9 degree kan
mana tak becoknye mulut kakchah nak kembali ke portugal
 
 

selama 4 hari di coimbra, city yang terletak ditengah-tengah portugal
pengalaman ber conference di coimbra
tidak perlu susah payah nak pi carik tempat menarik
university itu sendiri memang cantik
diantara university tertua di europe
dibina sejak 1290
terkenal dengan library yang sungguh cantik
ratusan ribu buku dalam library yang dipelihara sejak berkurun dulu
didedahkan dengan cara penggunaan kelawar utk memelihara buku-buku lama
memang pengalaman seumur hidup
bangunan di university tersebut pula terletak di puncak bukit
memang memerlukan stamina okeh utk pergi ke university
mengah-mengah ku nak sampai ke tempat conference
dekorasi di dinding bangunan pula menunjukkan kursus yang dioffer
contohnye jika department mathematic didinding luar penuh dengan formula-formula dan sarjana matematik
 
 inside the Viva room
Coimbra nih university tertua
so utk viva pun masih mengekalkan protokol tradisi
sehingga kini viva dihadiri oleh rektor university/ dekan
dan dihadiri oleh kawan2, sanak saudara (duduk dikerusi tengah)
dikelilingi oleh prof-prof, dari setiap fakulti bermula dengan fak tertua iaitu fakulti letter (bahasa)
uuuish
tengok2 aje pun memang mendebarkan
bukan setakat risau nak jawab pun ada
tajuk research pun boleh lupa tau!
huhuh
 
 
aku pun sebenarnya jatuh hati dengan portugal
mungkin kerana penduduknya yang ramah tamah
tidak seperti penduduk europe lain
RUDE
teringat lagi mcm mane org di Venice dan Swiss sana melayan kami dan anak2 ku 
memang kene marah dengan italian people sahaja anak2 ku ini
dan memang keje aku kat sana asyik nak sound balik je mereka yang tidak tahu berbudi bahasa nih

walaupun portuguese tidak fasih berbahasa english
tetapi mereka tetap membantu kami yang pertama kali sesat di bandar coimbra
walaupun lirik-lirik mata mereka sering memandangku yang bertudung ini
kerana tidak ku jumpa org Islam bertudung kat sana walaupun di university sana
senyuman tetap terukir tatkala memandang kerenah anakanda ku 
ditambah pula perkenalan aisyah dengan mr clown di 'Little Portugal'
yang tanpa bosan melayan kerenah kak chah yang becok mulutnye
meminta mr clown buat teddy bear, doggy belon untuknya
teringat kata kak chah ' Why Mr clown can do everything'
lama juga kami berjalan2 di lil portugal
bagi chance anak-anak bermain-main di sana
sehinggakan belon kak chah kempis pun, mr clown nampak, and buatkan sekali lagi utknye
then kemain le dia nak bawak balik mr teddy and doggy yang mr clown buatkan
tapi hajatnye tidak kesampaian kerana belon2 tuh meletup masa dalam train
tersenyum aku mendengar apabila aisyah kate ' Oooh I have to ask Mr clown to do it again for me!'...
mane le tidak si aisyah merindui Portugal kan
 
 nihle Mr Clown yang peramah baik hati tuh
dengan doggy yang mr clown buatkan

di Little Portugal
disini dipamerkan rumah2 yang terdapat di Portugal
tapi dalam saiz kecil
bukan setakat miniature yang for display tau
budak2 boleh masuk dalam rumah
panjat-panjat sume
main masak2 pun boleh
dalam rumah kita boleh explore and lihat keadaan sebenar mcm the real building


miniature bangunan tertua university pun ada
dalam building tuh 'viva room' pun ada tau






5 comments:

Oyis berkata...

hehe comel je statement, 'i want to go to portugal again' tu. kalo dkt, mmg dah bawak kan?

saya berkesempatan pegi portugal bulan april lps. 2, 3mggu lps balik tu, aisyah anak saya pon sibuk, 'i want to go portugal' jgk. tp mungkin sbb dia syok naik kapal terbang ngan duk hotel kot. mmg portugal ni menarik negara dia. rasa mcm msia kan, persekitaran dan makanan? cuaca pon for april, dah 30C jgk, mmg rasa mcm msia. Alhamdulillah we had a good time there. kalo rezeki lbh nak pegi lg sbb itu hr dpt gi Lisbon je, lom sampai Coimbre.

kalo kena la viva dlm bilik grand mcm tu, dgn sanak saudara hadir sama, mau fengsan 3 round dulu hehe. tp cantik la gmbr2 uni nya. klasik betul. rindu portugal...

Nor Fadzlina Nawi berkata...

Best dan chanteknya Wani...hu..hu..bila akak nak sampei ni he.he..he asyik meround jer, Phd tak abih pulak nanti ;-)

e.l.i.z.@ berkata...

hihi siap tajuk research leh lupa, mmg betul² scary n neves..yela kan, kalu uni kt mesia ni, time viva mana ada family leh masuk..

doggy belon tu kiut laaa

Wa berkata...

Salam...
Seronok baca pengalaman akan dan hb bawa anak jalan2..:)
saya ni baru nak mula..

tuan rumah berkata...

Oyis> best kan portugal. Tapi I ada bad experience with the food. Lagi sikit nak termakan si bacon. dah ada dalam plate. ingatkan seafood. rupenye dicucuknye kebab seafood dengan bacoon.. eeei geli. tapi tuh le dah makan le seafood tuh.. eeei geli jugak. terpaksa le mencari tanah .. hahaha gerun kan bilik viva tuh... u pengsan 3 kali. I mesti sakit perut berkali2. hahaha

kak fadz> hahaha jalan-jalan jugak kan kak. study-study jugak

eliza> betulkan. terkedu bile ada family members ataupun ada kawan dalam bilik tuh pun ...terkedu jugak.

Wa> menarik tuh. pergi disneyland hongkong tour sendiri. kene berani aje pi negara orang, sbb if nak ikut tour pakej, tak banyak boleh pi sbb mahal kan

Entry lain yang menarik dan tertarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...