Pokok SAKURA kaler pink di depan rumah

Apabila menyebut menyebut perkataan SAKURA
apa yang anda bayangkan?
ku bayangkan cerita animasi kartun card captor sakura
hehehe masa childhood dulu suka tengok cerita nih kan
alah cerita si budak gegirl nih yang boleh berjumpa dengan macam-macam kad
kumpul kad pun ada

then apabila menjejak ke alam remaja 
eeerh kira awal dewasa dah tuh
sakura mesti terbayangkan cerita korea atau Jepun kan
macam cerita autumn in my heart ke
atau cerita love in havard
alah yang hero heroin naik basikal kononnya study di Havard

and satu lagi adalah lagu yang sebut sebut Sakura sakura nih
alah mesti korang sume tau lah
femes juga lagu tuh masa undergraduate dulu
tapi ku tak ambil pusing pun

walaupun familiar dengan perkataan sakura
and tahu sakura itu adalah sejenis tumbuhan
tapi tidak pernah ambil 'port' pun macam mane lah rupenye pokok sakura itu

then sejak musim bunga bermula ini
masing-masing beria-ia nak pergi mengambil gambar posing dibawah pokok sakura
yang sedang berkembang dengan indah nya di dalam taman university
warna putih, warna pink 
memang indah

tapi disebabkan ku ini bukan minah bunga
tanam bunga tidak pernah sekali
pemberian org daun kesum pun aku tidak berjaya untuk menjaganya
walaupun dikala org itu memberi padaku, memang pokok kesum itu sudah meninggi dengan meriahnya
tetapi apabila dapat sahaja padaku
sehari demi sehari
sehingga lah la ni dah mati dah pokok itu
haiya... 

ok berbalik semula kepada cerita tadi
walaupun org lain duduk sibuk nak posing dengan pokok sakura di university park
dan banyak juga org yang merancang nak berposing dengan bunga tulip di holland sana
rupenye ku tidak perlu pergi jauh-jauh
kerana tumbuhan itu tumbuh meliar di halaman rumahku
(nak harap ku tanam, ooooh hanyalah dalam mimpi sahaja)
pasti tak hidup lah weh!

meh kita tengok aksi-aksi yang sempat dirakam
sempena musim bunga terakhir kami di bumi England ini
lokasi: hanya di halaman rumah ajo


baru ku tahu pokok itu adalah pokok sakura
tetapi la ni bunganya makin kurang
berguguran
patutpun org kata pokok ini berbunga mekar di awal-awal musim bunga

seterusnya bergambar dengan pokok tulip liar di halaman rumah
rupenye pokok tulip nih kembang sekembangnya apabila matahari terik
dan kuncup kembali bila dah nak senja

macam nih lah rupenye dalam bunga tulip!
kembang beno kan!



seterusnya adalah aksi si Gadis Bunga

sibuk lah si kakak nak suruh letak flower perhiasan di kepalanya
ku sebenarnye wondering lah kenapa anakku aisyah suka beno dengan bunga
sbb aku biasa-biasa aje ngan bunga nih
oooh patutpun kan namenye si bunga MELATI
patutpun .. :p

seterusnya pokok warna putih nih
ku taktau namanya ape
tapi cantik


ada sesiapa tau ke pokok apekah ini?
ku nampak mcm pokok kemboja aje 
hehehe

1 comments:

Nor Fadzlina Nawi berkata...

Comeynya Aisyah...kat sini byk gak sakura2 ni. Tp dah tak selera dah akak Wani, nak balik tgk bunga kertas pulak he..he..he

Entry lain yang menarik dan tertarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...