Spring yang panasnya ala-ala Summer

but I loike sunny day!

Anak menangis di kedai mainan? tips daripada supernanny

Setelah beberapa tahun berada di sini
boleh dikira sebenarnya berapa kali ku menonton rancangan di TV
aku begitu selective dalam menonton rancangan 
kerana waktu ku menonton hanyalah di waktu malam masa bedtime
kerana siang harinya di conquer oleh anakanda ku yang bertuah itu
dahulu semasa eurovox boleh digunakan
sampai tengah malam asyik kartun kartun kartun
selepas itu barulah tayangan kartun dirumahku dihadkan
kerana cbeebies kan habis pukul 7 malam
hehehe

antara rancangan yang ku minat adalah supernanny 
rancangan nih kira rancangan mcm AF tuh
bukan maknanya rancangan nyanyi-nyanyi
tapi rancangan kisah kehidupan sebenar
keluarga ada masalah mendisiplin anak
then datang lah supernanny nih observe and bagi cadangan untuk menyelesaikan

baru-baru nih aku menonton rancangan supernany nih lah
kisah rumahnya penuh dengan toys
walaupun rumahnya hanyalah sebuah apartment saiz sederhana di bandar manhanttan sana
sebab apa rumahnya banyak toys
kerana anak-anak nya setiap kali keluar, nampak kedai toys akan
melalak-lalak depan kedai mahukan toys
siparents nih pulak meltdown lah 
taknak bagi anak melalak-melalak
kerana malu
and satu lagi kerana berasa guilty seharian bekerja
so kira nak fill the guilty tuh maka mereka tunaikan lah hasrat anak2 mereka itu

bak kate supernanny
anak bukan perlukan toys
bukan mahukan materialistik
apa yang mereka mahukan adalah masa bersama ibu-bapa
masa ibu bapa luangkan untuk bermain-main dengan mereka
bukannya masa anak-anak main, bapanya turut main games
tapi layan games sorang2 depan xbox 360 ye!

so bagaimanakah caranya untuk handle masalah anak2 meraung di kedai mainan
caranya adalah dengan berkata dengan firm kepada anak
'mommy decide no toys for today. Mommy will buy toys on your birthday. Mommy will write down on the list first!'
supernanny kata tak salah bawa anak-anak 'window shopping' masuk kedai toys
tengok-tengok toys
tapi tak beli ye
kerana kita hanya akan belikan pada waktu tertentu sahaja!
mungkin masa awal-awal anak-anak dah terbiasa, so akan melalak2 juga
tetapi ibu bapa perlu tegas, and konsisten
kerana kita tidak mahukan anak kita menjadi seorang yang materialistik
walaupun kita sedih, kerana kita tidak belikan anak kita toys walaupun kita mampu
tetapi kita mesti ada 'powerwill' .. keingingan  yang kuat untuk berubah kearah kebaikan
barulah kita mampu untuk bershopping dengan tenang dan gembira
wink-wink

Pokok SAKURA kaler pink di depan rumah

Apabila menyebut menyebut perkataan SAKURA
apa yang anda bayangkan?
ku bayangkan cerita animasi kartun card captor sakura
hehehe masa childhood dulu suka tengok cerita nih kan
alah cerita si budak gegirl nih yang boleh berjumpa dengan macam-macam kad
kumpul kad pun ada

then apabila menjejak ke alam remaja 
eeerh kira awal dewasa dah tuh
sakura mesti terbayangkan cerita korea atau Jepun kan
macam cerita autumn in my heart ke
atau cerita love in havard
alah yang hero heroin naik basikal kononnya study di Havard

and satu lagi adalah lagu yang sebut sebut Sakura sakura nih
alah mesti korang sume tau lah
femes juga lagu tuh masa undergraduate dulu
tapi ku tak ambil pusing pun

walaupun familiar dengan perkataan sakura
and tahu sakura itu adalah sejenis tumbuhan
tapi tidak pernah ambil 'port' pun macam mane lah rupenye pokok sakura itu

then sejak musim bunga bermula ini
masing-masing beria-ia nak pergi mengambil gambar posing dibawah pokok sakura
yang sedang berkembang dengan indah nya di dalam taman university
warna putih, warna pink 
memang indah

tapi disebabkan ku ini bukan minah bunga
tanam bunga tidak pernah sekali
pemberian org daun kesum pun aku tidak berjaya untuk menjaganya
walaupun dikala org itu memberi padaku, memang pokok kesum itu sudah meninggi dengan meriahnya
tetapi apabila dapat sahaja padaku
sehari demi sehari
sehingga lah la ni dah mati dah pokok itu
haiya... 

ok berbalik semula kepada cerita tadi
walaupun org lain duduk sibuk nak posing dengan pokok sakura di university park
dan banyak juga org yang merancang nak berposing dengan bunga tulip di holland sana
rupenye ku tidak perlu pergi jauh-jauh
kerana tumbuhan itu tumbuh meliar di halaman rumahku
(nak harap ku tanam, ooooh hanyalah dalam mimpi sahaja)
pasti tak hidup lah weh!

meh kita tengok aksi-aksi yang sempat dirakam
sempena musim bunga terakhir kami di bumi England ini
lokasi: hanya di halaman rumah ajo


baru ku tahu pokok itu adalah pokok sakura
tetapi la ni bunganya makin kurang
berguguran
patutpun org kata pokok ini berbunga mekar di awal-awal musim bunga

seterusnya bergambar dengan pokok tulip liar di halaman rumah
rupenye pokok tulip nih kembang sekembangnya apabila matahari terik
dan kuncup kembali bila dah nak senja

macam nih lah rupenye dalam bunga tulip!
kembang beno kan!



seterusnya adalah aksi si Gadis Bunga

sibuk lah si kakak nak suruh letak flower perhiasan di kepalanya
ku sebenarnye wondering lah kenapa anakku aisyah suka beno dengan bunga
sbb aku biasa-biasa aje ngan bunga nih
oooh patutpun kan namenye si bunga MELATI
patutpun .. :p

seterusnya pokok warna putih nih
ku taktau namanya ape
tapi cantik


ada sesiapa tau ke pokok apekah ini?
ku nampak mcm pokok kemboja aje 
hehehe

Route to the Final - tips struggle menyiapkan thesis

Beberapa tips yang aku dengar and baca daripada postgrad lain yang telah berjaya menyiapkan doctorate mereka
liku-liku hidup yang perlu dilalui utk menyiapkan thesis
Memang begitu compact
but I don't think we have the choices
kerana negara lain kerajaan mereka support them for 4 years
tetapi kerajaan Malaysia support for 3.5 years
and pressure ditambah apabile expectation supervisor phd disiapkan dalam tempoh 4 tahun
just like my school
haih
antara tips nya
1. cari persekitaran kondusif - library ke -  if waktu  siang panjang, boleh dah start gi library seawal 5 pagi, off segala WWW. spend 6 hours kat library utk mengerah otak. pukul 11 tengah hari dah boleh balik masak tengah hari :)  - tips nih aku terbaca daripada nota kak (Dr Su nmc)

2. Kerja dirumah - seawal 6 pagi - 1.00 tgh hari then masak-masak utk family, sambung balik till 6 petang, then rehat... start 10-12 malam..then tido... and begitulah kitaran hidupnya (tips daripada kak (Dr Ary lboro)

3. Kamikaze - setiap hari report kat supervisors significant findings ok. ciput2 tak boleh. kene make sure utk satisfy requirement supervisor. kerje labwork sampai 10 malam. jika terdesak, bermalam di lab (tips daripada kawan di Jepun.. sbb tuh kamikaze usahanya)

4. Semasa writing up, dengar alunan ayat-ayat quran, surah yassin (kredit to kak farie, ayong Lboro)

5. Bila kita blank, takde idea, ada idea tapi taktau mcm mane nak keluarkan, amalkan teknik mind-mapping utk keluarkan idea dari dalam otak, dan konsep free writing utk make sure idea tuh tersusun dengan jayanya

6. Start writing-up dari awal. Jangan dah final year baru start. (part nih memang I dah rugi dah, tak dapat nak nolong)

7. Amalkan surah Al Mulk (kredit to kak fadz, aussie :) )

8. Amalkan doa ini  (kredit to my mom blog)


Maksudnya lebih kurang macm nii:
Ya Allah mudahkan lah dan jangan Engkau susahkan dan sempurnakanlah dengan kebaikan.
amalkan setiap kali kita berdoa kepada Allah. lepas solat. Hasilnye memang mujarab sangat-sangat

9. Work on Saturday (berkorban apa sahaja)

10. Jangan tidur lepas subuh. Percayalah waktu anda seperti diperlambatkan oleh Allah jika anda tidak tido selepas subuh. Rasa mcm dah lama je, tapi bile tengok jam, aiks baru pukul 7 pagi ke? 

Entry lain yang menarik dan tertarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...