Imran dah pandai mengajuk

Imran dah pandai mengajuk
since last week
dalam harituh kerap kali juga dia mengajuk
ayat sapa?
siapa lagi if bukan ayat ibu
bila ibu membebel kat dia
and sebut 'Allah'
then dia ajuk 'Allah'
then ibu repeat balik
then dia pun ajuk 'Allah' 'Allah'
yang bestnye tak pelat langsung tuh !
yang kelakar nye harakat nye sama lak tuh!
clever boy!

a day before, ada ibu terperasan dia ajuk ayat kakak
bile kakak sebut 'one, two'
then imran ajuk 'two'
tapi time tuh aku tak endah pun
agaknya sbb dengar sekali je

akhirnya Imran dah start nak mengajuk
dah start nak bukak mulut tuh
petanda baik kan
go go Imran!

ada satu keletah kelakar imran
ada satu masa
ibu tengok sibuk cari resepi kat internet
then dia pun menyibuk kat tepi
nampak gambar makanan kat screen
kemain suke dia
ape dia buat?
dia sebut Nyum Nyum Nyum
sambil usap2 perutnye yang buncit itu
kahkahkah
sebijik mcm Winnie the Pooh kan!
mana dia belajar sebut nyum nyum?
sbb kakaknye selalu sebut yummy yummy bila nampak makanan kat tv dsb
sambil usap2 perut jugak
sah! mesti kat sekolah cikgu ajar
time cikgu bercerita, cerita pasal food
then mesti cikgu sebut 'yummy yummy' dgn aksi usap perut
hahahaha


Aisyah full sentence


Berita terbaru berkenaan aisyah
Rasanya baru 2 hari lepas nih
Dengar aisyah 'speaking dgn complete sentence'
Mula-mula papa aisyah yang cerita
katenye masa on d way ambil aisyah back from school
He asked her 'What is your name'
Then suddenly, she answered ' My name Aisya'
Aisya sbb kat sekolah cikgu panggil dia nama tuh eventho sebenarnye 'Aisyah'
yela lidah omputeh ni kan berbelit2 sikit kehkehkeh
Sebelum ni pernah tanye ' Sapa nama kakak? '
Then dia jawab ' Kakak'

Then the same day, masa nak turun daripada kereta
She said ' Help me Ibu'
well done aisyah!

Apakah sebelum ini dia tak pandai using English word kah?
Mmm adalah beberapa 'words' yang dikenalpasti
Macam 'sit' and 'good Imran' bile adik ikut cakap kakak suruh duduk diam2 sbb kakak nak bacakan buku cerita utk adik mcm cikgu sekolah selalu buat.. kehkehkeh

What this! That! No merupakan single words biasa aisyah guna

Since we will move to a better house next month
nampaknye macam aisyah tidak lagi dapat ke sekolah
Sbb sekolah skrang, hanya sekangkang kera sahaja daripada rumah
If di rumah baru, quite jauh sbb tak nampak lagi sekolah berdekatan
yang nampak adalah private nursery
Alah.. walaupun sekangkang kera tapi berchenta nak bangun pagi siapkan aisyah ke sekolah
dengan meredah kesejukan pagi
Apatah lagi bile nanti sekolah aisyah jauh daripada rumah
kene start enjin sume, pass through the traffic light sume
Memang confirm la
Kasihan aisyah dapat parents yang masih belum bersedia utk menjalankan tggjwab menyekolahkan anaknye kan
isk isk isk
dah le free
tak keluarkan duit langsung pun
if kat tanah air kene belanja beratus-ratus utk yuran tadika sahaja
Ada sesapa kah dapat beri tips utk menjadi parents yang berdedikasi nih

Snow 2010

Baru perasan 'I am in 2010' pabila kene taip''snow 2010' untuk title entry ini. Mungkin sbb aku tak wish sesapa pun for this new year. Tidak ada mood mungkin kerana aku tidak memasang azam. kehkehkeh.

Eh meleret-leret cerita pasal azam. sedang aku tidak pasang azam untuk setiap tahun. mungkin aku rasa word yang sesuai utk diri aku adalah 'target'. Sbb aku tidak memasang ape-ape azam utk tahun 2009, tidak adalah apa-apa review perlu dibuat. Tapi aku ada target sebelum tahun 2010. Yeah, memang aku bekerja keras, setiap hari berturut-turut ok. lebih kurang 3 hari. Target aku before 2010 adalah.......




'melangsaikan hutang baju-baju yang bertimbun yang memerlukan pembasuhan guna tangan' ...


kehkehkeh berbaldi-baldi aku basuh tangan setiap hari (baldi kat sini saiz kecik jee) .. punyelah banyaknye baju kotor yang memerlukan aku menggunakan tenaga utk menyental.. haih... berjaya jugak aku mencapai target aku. Demi target itu, walaupun tengah sejuk-sejuk begini, suhu mencecah negatif, tapi aku paksa jugak. Aku mengharapkan ' kan bagus if en hubby tolong jugak aku menyental seluar-seluar kotor mereka-mereka itu'. Kenapa aku tak suke sangat bab membasuh tangan sampai la bertimbun-timbun baju ??

1. kerana kat sini nak basuh baju pun kene bertapa dalam bath tub. Argggh dahle kecik...tak de space cukup. Sbb itu aku paling menyampah dan suke delay bab2 basuh tangan nih!
2. Sejukkkkk..... trrr..trrr

tapi aku perlu menanam motivasi kerana sampai ke 'tua' memang aku yang kene buat bab basuh2 tangan nih.. ye sampai ke tua!

Berbalik semula kepada tajuk entry.. snow dah start turun sejak sebelum x-mas. So buat pertama kali setelah beberapa tahun, dapat jugak la mereka2 ni sambut x-mas dgn kehadiran snow.

Tapi sejak semalam, snow semakin turun lebat. Aku ingat dah tahun baru snow tak kan turun lagi... tapi nampaknye sangkaan ku salah.. dalam berita kate snow akan turun dgn lebat dalam 2 minggu ni.. kita lihat sahajalah nanti...

Buat pertama kali, bawak aisyah imran main snow kat tempat proper. Last year snow buat snowman kat belakang rumah je. So this year, dah tau tempat menarik utk main snow nih..so ape lagi.. dekat je dgn rumah pun.......

kakak selalu bile keluar rumah tanye 'ibu snow takde'.. sbb time dia keluar snow dah berenti..yang ada tanah-tanah yang putih je.
Imran pulak suke selak langsir kat bilik, and bile nampak putih je kat luar tuh...menjerit suke dia


Gembira benarlah mereka terutamanya imran apabila dibenarkan utk main-main (tanah) yang putih tuh
Main baling-baling snow pulak


Gembiralah mereka!

Kami pergi hanya 1/2 jam shj. Org lain sume main sledge (gelungsur kat ice tuh) . Kami tak beli alat tuh. So gunalah hiking tool papa utk kuis-kuis ice. Imran la paling suke guna tool tuh. Sampai nak balik kami simpan, dia menangis2 sepanjang dalam kereta. Menangis sbb kene berenti main and in the end sbb sejuk jugak kot.

Walaupun 1/2 jam, anak2 dah start batuk2 and merah hidung and berair....
kakak dah start batuk-batuk

kaki aku pulak dah kebas-kebas.. walaupun pakai boots..and stokin tak basah.. tapi kaki tetap menyerap kesejukan ais-ais... punyela kebas kaki ni rasa nak cepat-cepat masuk dalam kereta.. masuk je dalam kereta, terus rasa lega, sbb tak pijak ice lagi.. memang if nak main salji ni kene pakai Ugg boots (yang bentuknye serupa mcm boot getah nak gi sawah, cuma ugg boot gitu selalunye daripada kulit).

Terpikir jugak, mcm mane le nak pergi main ice dekat Swiss... kalu 1/2 jam pun dah jadi cenggini, takyah la pi swiss utk main ice... kekekeke
Imran memang tak lepas part landing2 nih
Well, masa tengah tangkap gambar diatas, buat pertama kalinye kami mendengar imran sebut 'che cheeese' utk senyum. Wah, pandai anak ibu, so kirenye word imran yang ke7 la nih. Eh ke-8 sbb word imran ke 7 adalah 'bu bu bu' (ibu kot) sbb sejak kelmarin, dia start panggil 'bu bu bu' kat aku nih bile dia nak sesuatu.. yang first masa dia nak hulur something masa aku sedang leka depan comp.. (yang perasan pun papa imran lak..dia kate 'imran sebut ibu tuu'..

and 2nd masa kat dapur siang tadi, dia pi huluq cawan sambil cakap 'bu bu bu' ...
suruh aku basuh dia nak guna..
kekekeke.. well done imran

Entry lain yang menarik dan tertarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...