Apabila menerima berita itu
lidahku kelu
tiada reaksi di muka ku
mungkinkah kerana aku tergamam
tidak mampu untuk berkata-kata apa
ku berkira-kira mungkinkah aku yang tersilap
mungkin kah aku terlupa untuk membawanya pulang?
ye beberapa kali juga aku cuba mengimbas
aku seperti tidak percaya
yang aku hanya mampu luahkan
aku sedih kerana kehilangannya
aku turut terharu kerana suami ku turut mengatakan
'abang pun turut sedih'
lapang sikit rasanya kerana ada juga yang memahami perasaanku
nampaknya jodoh kita sampai disitu sahaja
kali terakhir aku menggunakan khidmatmu adalah pada hari Isnin lepas
dan ini adalah gambar terakhir ku bersama mu
macam tau-tau aje kau akan meninggalkan ku
dan mungkin di malam aku menulis entry sebelum ini yang kebetulan ada gambarmu
pencuri durjana itu membawa mu lari
sebenarnya aku tidak mampu untuk menatap gambar mu lagi
kerana ianya akan membuatku pilu
konsentrasi ku pun pergi
kerana ianya akan membuatku pilu
konsentrasi ku pun pergi
tetapi hati ini masih berharap
kau akan pulang
ku masih berharap pada keesokan paginya
kau kembali berada di tempat biasanya mu itu
yeay tempat mu itu masih kosong
menanti kepulanganmu
yeay tempat mu itu masih kosong
menanti kepulanganmu
tetapi aku tahu itu seperti mustahil
tetapi ye aku masih berharap
Allah lembutkan hati pencuri itu untuk memulangkan mu
mengimbas kembali saat-saat ku merasmikan basikal baru ku itu
betapa suka nya aku dapat memilikimu
sampaikan ada satu ketika ingin aku abadikan mu dalam nama blog ku
'Basikal Lavender ku'
pencuri tuh pun satu
kalu nak curi pun jgn la angkut sekali dgn child seat merah tuh
wuawuawuawua
yeay mungkin orang lain akan mengatakan
alah basikal sahaja yang hilang
beli sahaja yang baru
tetapi dimana kan ku cari ganti
kerana harga mu bukan nya murah
rm500 ku peruntukkan untuk membeli mu
dgn rm500 ku boleh dapat hand beg Guess baru
uhuks
dgn rm500 ku boleh dapat hand beg Guess baru
uhuks
mengimbas kembali saat pertama ku telah jatuh hati
kerana kau yang seakan-akan
basikal masa kecil ku
dan kau juga special
special mu kerana boleh dilipat dua
tiada di jual disebarang kedai
tiada jual di negara ini pun
kerana kau diimport dari Jepun
sebab itu nama kau SunLova kan
walaupun hati ini masih berharap
dan aku cuba untuk redha
sampai situ sahaja Allah izinkan aku untuk menggunakan khidmat mu
sampai situ sahaja jodoh kita ye
Ooh sedihnya
perlukah aku membeli basikal lain serupa dengan mu
tapi ku malas untuk risau akan ada pencuri datang lagi mencuri basikalku
lagipun bukannya aku akan menggunakan mu pabila ku di Malaysia nanti
tidak dapat ku bayangkan aku pergi mengajar berbaju kurung menaiki basikal
uhuks
Oooh basikal lavender ku
i miss you
wuawuawuawua
Oooh basikal lavender ku
i miss you
wuawuawuawua
7 comments:
hilang? isk... sape laa yg gatal tangan curi tuh..huhuh...
alahai...siannya ko...memang kadang2 benda yg hilang tu nampak simple...tapi momen bersama benda tu yg susah kita nak share ngan org lain kan..
sabar wani erkk
maya amir> pencuri durjana yang bakal kudung tangannye
ayu> terima kasih kerana memahami
kesian ko....
mmg betol tu.. rm500 bleh beli handbag guess... ekekekek......
ko pun tak lama dah kat sana kan.... sethn lagi eh? tp kalu beskal tu masih ada bleh buat kenang2an kan... simbol ko ambil Phd.. bleh ke gitu? ehheh.....
haaa..? wani..?? beskal ko ni kene curik ke...?? sian ko...kalo aku pon nangis....dah la basikal lipat...bestnyerr....murah jugak RM500 bole dpt kat sana...kat mesia ni yg baru dlm rm1500+ laa...iskk..iskk...dah la dgn carrier sekali dicurik...sadis sunggohh...
eyeme
wah aimy sampai beribu ke basikal lipat kat malaysia. ... waah murah lagi lah basikal yang ku beli disini tuh ye. tuh le sedih kan....dahle basikal unik :(
a'ah wani...suamiku pon tgh giler nak beli beskal lipat..kawan die baru bli cap dahon.. rm1200... baik ko beli baru lagi wani..hikhik....
Catat Ulasan