Angkut barang masuk kontena

Minggu ini ada dua keluarga yang kami rapat pulang for good ke Malaysia
keluarga nida amir yang kami kenal sejak duduk di Lboro lagi tapi 
utk tahun terakhir mereka tinggal dekat je dgn QMC
and keluarga kak zanah abg aede yang suami ku memang kenal lah 
sejak dari utm sana
and mereka lah host yang menyambut suami ku masa dia sorang2 sampai di bumi england nih
so kira keluarga Dr aede and kak zanah nih banyak berjasa kepada kami
and memang ada banyak kisah sentimental disitu
gambar imran, aisyah, hadija and nabil (anak kak zanah & abg aede), and fina (anak kak munirah & murad)

papa bersama Dr Aede, yang kejayaannya menjadi sumber inspirasi papa

kami tolong mereka kemas rumah apa yang patut
semoga apa yang kami bantu tuh dapat membalas sedikit jasa mereka sekeluarga
berdasarkan pemerhatian ku apa yang dapat dirumuskan tips nak balik malaysia for good nih
1. bile dah nak start pack barang masuk kotak, bukan setakat masuk2 dalam kotak je. senang kerje if terus wrap kotak dgn wrapping hitam/putih dgn siap labelkan nombor lagi (utk kerje kastam). senang nanti bile dah finalise takyah nak buat kerje dua kali.

2. utk senangkan kerja-kerja membersihkan rumah utk hari-hati terakhir, better jarakkan seminggu (7 hari) utk kerje pembersihan. kerana kalu tidak penat pack barang utk masuk kontena pun tak hilang lagi, kene pulun untuk kemas kitchen, lap dinding, bersih karpet, hantar sampah ke recycle sume. banyak kerje. jika tak mampu nak buat, jgn segan-segan telefon kawan tolong mana yang patut. 

3. Mungkin barang2 ku ini kene book kontena 40 kaki. sebab tengok 20 kali kecik aje. bak kate nida, beza 40 kaki and 20 kaki cuma around £100. takpasti lah jika harga summer lain, and harga lain tahun lain. hehe

4. dalam bulan terakhir nak packing barang, utk barang2 perabot besar nak wrap tuh, kene ajak member2 lelaki tolong wrapkan. jgn berkawan time gembira je, time susah tak nampak muke, ye tak! 
5. rupenye driver akan kenakan charge tambahan £40 sejam jika masa yang diperuntukkan utk masuk barang ke dalam kontena melebihi masa yang dijanjikan (lebih kurang 3 jam kot).  tapi yele minta tolong orang angkut barang nih, bergantung kepada kesenangan org2 yang nak datang. if mereka datang lambat, takkan nak kasi WARNING kot. uhuks. takpe berdoalah supaya Allah mudahkan urusan itu kan.
ada ape-ape lagi tambahan tips, boleh lah share ye!

0 comments:

Entry lain yang menarik dan tertarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog