Perang besar pertama yang paling bermakna dalam sirah Nabi dan sejarah Islam selepas nabi berhijrah ke Madinah
Tarikh: 17 Ramadhan 2 Hijrah (time puasa)
Tempat: Badar, 130km barat daya dari Madinah
Keputusan: Kemenangan muktamad Muslim (Puan Am, ni jawapannya :p)
Pihak bersengketa: Muslim Madinah vs. Quraisy Makkah
Komander: Nabi Muhammad S.A.W vs. Abu Jahal
Kekuatan: 313 (Muslim) vs. 900-1000 (Quraisy)
Korban: 14 syahid vs. 70 mati katak dan 43-70 menjadi tawanan perang
1. Jumlah tentera yang tidak seimbang itu menyebabkan Rasulullah berdoa kepada Allah sambil bermunajat: “Ya Allah! Ya Tuhanku! Perkenankan apa yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah! Ya Tuhanku! Jika jemaah Islam ini binasa, maka tidak akan ada lagi orang yang akan menyembah-Mu di bumi ini.”
2. Selepas itu, turun wahyu yang bermaksud: “(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu Allah perkenankan permohonan kamu (dengan firman-Nya): Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) daripada malaikat yang datang berturut-turut.” - (Surah al-Anfal, ayat 9)
Perang Uhud
Motif: Quraisy ingin membalas dendam sbb kalah dalam perang badar
Tarikh: 7 Shawal 3 Hijrah (time Raya)
Tempat: sekitar Bukit Uhud ( kalu pergi sana, selalu Pak Arab sedekah susu kotak n roti
sebesar tmpt duduk, hehehe)
Keputusan: kekalahan umat Islam (Puan Am, ni jawapannya :p)
Pihak bersengketa: Muslim Madinah vs. Quraisy Makkah
Komander: Nabi Muhammad S.A.W vs. Abu Sufian (sbb si Jahal dah kene siksa dalam
kubur)
Kekuatan: 700 (Muslim) vs. 3000 (Quraisy)
Korban: 70 (Muslim) vs. 23(Quraisy)
Hadis riwayat
Rumusan yang aku dibuat berdasarkan review daripada wikipedia, al-islam.com, bharian.com