Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan

Tak berjaya buat apam, tapi lulus buat puteri ayu!


my puteri ayu!
tengah demam-demam pun sanggup buat jugak
ambil resepi dari sini
laman web my resepi 
resepi daripada rossitamz

bahan-bahan
  • 5 biji telur (saiz kecil)
  • 250gm tepung gandum
  • 300gm gula
  • 2 camca teh ovallate
  • 1 camca teh baking powder
  • 250ml santan
  • Pewarna hijau
  • 2 camca teh paste pandan
  • Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)

Cara-cara

  1. Panaskan kukusan.
  2. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.(sampai dia mcm-mcm nak putih and likat pekat)
  3. Masukkan santan , tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna. Kacau lagi guna mixer hingga sebati.
  4. Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
  5. Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit.(i punye kene kukus 10 minit sbb guna stimmer elektrik)
  6. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.
i punye ada mcm-mcm bentuk
star lah, flower lah
sbb guna acuan agar-agar aje
anak-anak pun suke sebab saiznye kecil and mcm mcm bentuk ada



Dari UK kami datang nak makan nih....

sungguh gembira rasanya
dari jauh kami datang
dapat pula makan makanan exotic


roti canai telor
mee goreng mamak (sbb mamak penang yang goreng)

teh tarik 3
takde pulak air teh 3 layers
hehehe
ada sesapa pernah minum air teh 3 layers?
sedapkan


roti canai sardin

bestnye
selalu kat rumah makan roti paratha frozen je
sekali dapat makan the real one
sungguh la bahagia....
dua malam kami gi restoren nih je
dua kali kami order the same menu
hehehehe


suasana dalam restoren
yang dapat pun kebanyakn malaysian
yang tukang goreng katenye mamak dari penang
pekerje nye pun ada yang melayu (student)

anak-anak pun sibuk nak order


ape nama restoren malaysian nih?
namanya Proton House
di Dublin 1
dekat bandar


bestnye
sebab teringin beno nak makan mee goreng ala mamak lagi
aku try wat kat rumah
tapi resepi ala perantau lah
guna spagetti
 guna resepi nih (dari rrozie17 @my resepi)
copy paste dari laman itu untuk menjadi rujukan ku di lain hari 

Bahan-bahan ( 3 orang )

  • 1 pinggan spagethi yang telah di rebus
  • 1 biji bawang besar...di hiris
  • 2 ulas bawang putih...di cincang
  • 4 biji telur
  • 2 sudu cili kering yang telah di kisar
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar kicap
  • taugeh, sukatan mengikut citarasa anda
  • cili merah, daun bawang dan bawang goreng untuk hiasan.
  • garam secukup rasa
  • kiub ayam ,jika suka( kalu ada stok)
  • minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. tumis bawang putih dan bawang besar, kemudian masukkan cili kering. goreng hingga naik bau
  2. masukkan sos tomato, kicap ,garam dan kiub ayam.
  3. masukkan spagethi, goreng lagi.
  4. kemudian masukkan telur, goreng hingga agak-agak kering.
  5. akhir sekali masukkan taugeh, goreng 1-2 minit, hidangkan.
  6. tabur lah daun bawang, cili dan bawang goreng di atasnya
---------------------------------------

MENJADI! 
takde rasa spagetti 
rasa mcm makan mee biasa aje
mungkin kerana ku bubuh sekali ngan LIMAU dan CILI CUKA
ooooh so yummy

Sate nasi goreng special

Kelmarin aku terlebih rajin
sbb teringat2 nasi goreng special yang diorder kat hotel2 masa aku kecik2 dulu
nasi goreng siap ada keropok and sate and kueh kacang


so bermula la projek sate ku yang hanya diperap selama 3 jam (jadi jugak)
aku ikut resepi kak N lboro
memang jadi
sebijik rasa sate
sbb aku sblm ni masa Spring ritu pernah ikut resepi kat myresepi
tapi heran rasa mcm ayam BBQ je...bukan sate.. hehe



nih resepi dia aku C&P


Chicken/Beef/Lamb:- 2 kg (cleaned, washed, drained and de-boned, then cut into small cubes)

marinate with these 'bumbu'

bumbu
4/5 Onions ( yellow or red)
5 whole garlic
1 1/2 inch ginger
1 inch galangal
5 medium sized lemon grass


spices
2 tablespoon coriander powder
1 tablespoon cumin powder
1 tablespoon fennel powder
2 tablespoon tumeric

brown sugar: 250 grams
granulated sugar: 250 grams (depends on your personal choice: like it sweet of just right)
cooking salt : to taste (approximately 1 tbsp

1)First of all the chicken/lamb/beef have to be prepared as said above
2) Blend the bumbu with 1/4 litre of water until forming into smooth consistency
3) Add the bumbu, spices into the prepared meat: add brown sugar, sugar and salt.
4) Then mix them all well and let set for 1/2 hour.
5) the next step will be skewing the meat into bamboo skewers: the skewers has to be soaked for 1/2 hour before using to avoid it to turn dry and brittle when it is on the BBQ grill.
6) place the skewed meat into container and laid it horizontally: keep it overnight in closed container and should be ready for BBQ the next day.

Bakar pulak, aku tak guna Arang
hahaha sbb aku tak pandai nak kipas2 nih
jenuh aaah nak kipas2.. lebih2 lagi dibulan puasa ni
ditambah pula dgn skill en suami yang bab2 nyalakan arang ambil masa 2 jam
hehehe
so aku pun menggunakan khidmat electric grill yang aku beli
senang je
grill dalam rumah



yang paling penting anak2 asyik2 datang, and say Nak Nak More More
terus hilang penat .....

nih gambar aisyah makan kopok
gambar mereka makan sate kat dslr
kendian upload




Feveret suamiku Cream Puff

Semalam aku menyahut cabaran (permintaan sebenarnya) En suami ku
kerana dah masuk 2 kali dia request aku buat kueh nih
aku pulak kueh pelik2 nih (selagi tak tengok resepi)
memang aku tolak mentah2

Tapi semalam aku nak buat surprise yg tak jadi sebenarnye
so senyap2 aku gi print resepi kueh nih
tapi last2 aku terpaksa minta pertolongan dia jugak
so bocor rahsia sudah.. hehe
pertolongan suruh dia bagikan anak2 aku yg dah mcm burung dah tuh
mintak ais-krim ais-krim
hahahaha

tengok balik resepi daripada Yani
siap step by step bergambar lagi
aku pun ikut la
senang je
nasib baik jumpa piping bag, yg last guna masa bulan puasa tahun lepas
tapi if takde piping bag, leh guna sudu je takpun buat lobang kat plastik

cuma part membentuk kat atas dulang tuh tak berapa confident
kene buat membulat2 sampai beberapa lapis
bila dah habih doh kat dalam piping tuh, aku tambah je kat top kueh tuh
hah ingatkan tak jadi bentuk
tapi sekali tengok
rupenye masa dibakar, kueh tuh akan naik
and setiap lapisan tuh pulak akan bercantum
so terbentuk lah siput cream puff tuh



nih copy paste dari web tuh (if nak tengok step by step bergambar, layarilah laman web tuh ye)

(Aku buat utk dua adunan.. memang pun sbb 10 biji memang tak cukup, masa berbuka pun dah makan lebih dari 10 biji...feveret suami la katakan :))

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 100ml air
  • 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
  • 60g tepung gandum- diayak
  • 2 biji telur(100g) -
1.
Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu
200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih bercampur

2.
Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.

3.
Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.

4.
Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.

5.
Masukkan telur, kacau cepat-cepat

6.
Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.

7.
Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.

8.
Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan

9.
Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.

**Boleh juga guna cara ni. Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam bowl. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan mixer. ( Aku guna mixer je..sonang... hehe)

Untuk inti.. resepi nih yg aku guna

Custard cream

** Adunan nih cukup untuk 20 biji cream puff (siap ada lebih lagi, boleh la tambah 5 biji lagi cream puff.. hehe) Aku ingatkan custard cream nih guna tepung castard, rupenye tidak... namenye aje

Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )

  • 1 sudu besar tepung
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar gula
  • 200cc(1 cup) susu segar
  • 1 biji telur (L size)
  • 1 sudu besar mentega
** Aku pun guna teknik microwave nih.. senang sambil2 masak inti, sambil leh potong ayam.. hehe

Cara-cara

  1. Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
  2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
  3. Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
  4. Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.
  5. ** Perhatian: Kalau nak guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur tu dengan 2 biji telur kuning
Abaikan bentuk cream puff ku itu yang tidak sama saiz
(pssst memang takleh buat jual.. hehehe tapi yg penting resepi ni dapat komen ' rasa sebijik mcm kat kedai' daripada peminat cream puff... en hubby ku)

eh org kelate memang suke cream puff kah? hehehe

dan yang penting sekali
berbaloi aku membasuh alatan2 nak buat cream puff nih
byk woo kene basuh.. mixer la, periuk la, cawan penyukat la, bla..bla
terus tak teringat penat2 basuh pinggan
bile tengok ................................















anak kita makan ape yang kite masak
terus hilang penat :)

Top chef to be

stroberi cicah coklat yum yum


Aha
tajuk tak boleh blah
sebenarnye nak tunjuk
beberapa masakan yang pertama kali cuba buat nih

kek chiffon pandan
alahai sangat la laku
gebu memang menggoda
masa nak potong tuh..toing toing mcm ada spring
ingatkan tak jadi
yele sbb bile membaca pantang larang membuat kek sebegini
tapi alhamdulilah
ikut resepi kak yati di louisiana nih
nih gambar masa pertama kali buat
kerana teramat la laku
buat masa lewat petang
tapi sold out tengah hari esoknye
kemain suke anak makan
time baru keluar dari oven
pun diorang makan
memang sedap makan time panas2
then masa tinggal beberapa slice kat dapur
ibu ingat dah takde sapa nak makan
so nanti lepas mandi ibu nak makan la (berangan masa dalam bilik air la nih)
sekali gi dapur tengok dah licin dah pinggan tuh
tanye papa, dia ke yang makan
katenye bukan
then tak lama beberapa minit lepas tuh
datang la seorang budak buncit
dgn muke terkejut sbb pinggan tuh dah kosong
kelakar tengok imran mengeluh tengok dah habis
dia la tuh yang habihkan pun
dia kan kuat makan
kelakar betul
then kali kedua ibu masak
guna minyak mazola seperti resepi
tapi tak sebegitu gebu mcm first trial ibu guna minyak sayuran
tapi memang sedap

nih first time buat puding caramel nih
menjadi walaupun tak sehangus mane
haih, tak pandai la buat hangus2 tuh
ni ikut resepi ayu

kueh lompang pulak
sbb dah lama tak makan kueh berkelapa nih
ikut resepi mane dah lupe pulak

seterusnye xtvt membuat kueh karipap bersama anak daraku
dah boleh harap aisyah nih
kek chiffon tuh pun dia tolong kaup balikkan
kueh karipap nih dia tolong tekapkan guna acuan nih




Resepi Ayam Pakcik Ken.ny Ro.gers


ya ampun...
memang sedap sangat ayam ni
memang sebijik
serupa
terasa seperti berada
dalam restaurant pakcik kenny's tau
tak try memang rugi
bahan2 pun memang senang
cuma kene perap lama sikit
tapi memang rugi tak cuba
takyah aaa gi restaurant pakcik kenny lagi ok!

Dapat dr blog kak Hana di jepun tuh yang diintai daripada my.resepi dan che.m.id fotopages katenye
yang menjadikan rasanya memang sebijik
serupa sbb menggunakan mix herbs
yum yum

mari kita tengok resepinya
copy paste shj dari blog beliau
terima kasih banyak2
kerana menemukan resepi marvellous ini

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
  • Bahan-2 untuk make up ayam :
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam - if tadak sos nih ganti ngan sos tiram+kicap pekat n lada hitam byk.
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir- gune gula perang pun boleh
  • 2 sudu besar herba campuran
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega
Cara-cara
  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam. perap semalaman lagi senang sebelum tido.
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
  5. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.

selamat mencuba!






Resepi Ayam Lemon - republished

Sumber  : Ishzah daripada Resepi.Net

Atas permintaan Kak Jen Lboro yang nak masak ayam lemon utk hero-hero nye... resepi ini dipublishkan kembali... selamat mencuba...

Btw..resepi asal daripada web origin rasanye dah tak dapat access.. so mcm payah dah if nak surf resepi ni online.. sbb kalu search keyword 'resepi ayam lemon' kat google mesti resepi tuh perap ayam dgn lemon...so lain la..yang ni resepi ayam with lemon sauce...
sedap.... kat hotel or seafood besar2 je selalu jual.....



Isi Ayam Goreng

Bahan-Bahan
400gm isi ayam
1 s/mkn halia kisar
* Lumurkan halia kisar dengan ayam. Perapkan sebentar.
2 s/mkn besar tepung beras
1 s/mkn besar tepung jagung
1 s/mkn lada sulah
1 s/teh garam
1 s/mkn gula
2 butir telur
2 s/mkn susu sejat

Cara penyediaan

1.
Dalam satu mangkuk satukan kesemuanya kecuali susu and telur tu (susu and telur pukul dalam mangkuk lain).
2.
Gaul hingga adunan menjadi sebati (gaul dalam beg plastik utk mendapatkan kulit ayam mcm KFC tuh)

3.Celupkan ayam dalam mangkuk berisi susu and telur.

4. Then, Masukkan isi ayam ke dalam beg plastik yang berisi bahan2 kering tu.
4.
Goreng ayam dalam minyak yang agak panas dengan api yg sederhana.
5.
Bila ayam sudah di goreng, toskan minyaknya.
6.
Lalu potong ayam dengan menggunakan pisau yg tajam (supaya isi ayam tuh dapat menyerap sos lemon yang akan disiram, so bukan setakat kulit je yang kene sos nanti .
7.
Letakkan di atas piring lalu siramkan dengan sos lemon.
8.
Sedap dihidangkan semasa panas.


Sos Lemon

Bahan-Bahan

4 s/mkn jus lemon (daripada sebiji buah lemon)
5 s/mkn gula
3 s/mkn tepung jagung
300 ml air atau secukup kepekatan yang anda inginkan.
1 s/mkn cuka
Setitik dua lemon paste

Cara penyediaan

1.
Satukan kesemuanya dalam periuk kecil.
2.
Lalu didihkan, kacau hingga sos agak pekat sedikit.
3.
Rasa apa yang kurang, bolehlah ditambah.
4.
Padamkan api lalu sejukkan. Sedia untuk di gunakan.

Note:

* Rasa sos haruslah masam manis.

* Saya buat dulu tak letak lemon paste, sbb tak beli. Kalu tak letak, jadi jugak cuma warna je tak yellowish mcm kat kedai. Guna pewarna kuning pun boleh jugak.

*Saya masak tak guna pun isi ayam. Guna je ayam sume bahagian. Jadi juga. Sedap pun sama. Tapi yang penting, lepas ayam digoreng, potong ayam itu ke bahagian yang kecil. Contohnya drumstik potong kasi dua...supaya sos lemon meresap hingga bahagian isi.. yummy

* Kalu ada ayamas yang sedia utk digoreng, lagi senang, takyah payah-payah nak wat ayam tepung itu.

My ayam lemon photo ..tak dapat dicapture gambar..sbb tak sempat nak tangkap, dah licin kene ngap...sedap, tak caya ke?

Salmon cicah air asam

Bestnye..bestnye... akhirnye dapat jugak makan ikan salmon bakar cicah ngan air asam. Yela, kat sini payah nak dapat ikan fresh. Kalu ada pun ikan frozen yang dah berbulan2 di bekukan mcm ikan kembung tuh... so jgn harap la nak makan gitu cicah air asam... hanyir tak lalu nak makan. Kalu aku beli pun utk wat laksa je...

Resepi:
Salmon tuh di basuh bubuh garam. And masuk dalam oven... Oven aku tuh tak betul sikit setting suhunye.. so aku setting Oven 2 dan ambil 30 minit utk masak, ada garing sikit kat tepi2.
Rupenye, ikan salmon tuh keluarkan mcm minyak...so takyah la nak bubuh marjerin ke minyak sapi ke etc...

Then buat air asam. Bubuh bawang besar dihiris, asam jawa beberapa biji (lagi pekat lagi best), and cili api dipotong 2,3

Then makan...... sedap sehingga tak terkata.

Kek Batik


kek batik yang pertama aku buat sejak aku kahwin ni.. ikut resepi roza :) ..
Sebelum ni kek batik pertama buat, ikut resepi Cik Tipah.. masa tuh single mingle lagi.. memang kek batik sentiasa sedaaaap
Tengok gambar tuh, mcm nak gi buat lagi.. tapi kat sini, milo mahal.. nak tambah nestum, lagile takde kat sini.. ritu pun buat guna nestum yang tinggal sikit je sejak bawak dari M'sia dulu....

Cara masak kuah kacang mama

Archive for December, 2006

Saturday, December 30th, 2006

Kacang 2 kg - dibakar guna microwave hingga masak- dibuang kulit- blender hingga tak begitu hancur
Daging 1/2 kg - perap dengan bawang putih, halia, lengkuas
Bawang merah, bawang putih - blender
Cili - dikisar
2 btg halia - ketuk guna lesung batu

Cara-cara
Tumis bawang merah, bawang putih
Masukkan cili kisar
Masukkan gula
Masukkan daging yang diperap
masukkan kacang yang siap di blend
Masukkan air hingga setengah periuk besar
Masukkan halia yang diketuk
Kacau-kacau hingga kuah pekat, semakin nak pekat semakin kene sering mengacau supaya tak hangit
Bila kuah dah pekat, tutup api n sedia untuk dihidang


Cara nak masak Rendang daging mama

Saturday, December 30th, 2006

Ni resepi ingat bile belaja masak rendang untuk hari raya haji tadi petang

Daging 2 kg
Bawang merah (2 senduk)+ bawang putih ( 3sudu) blender
Halia (3cm) + lengkuas (2cm)+ cili api + serai (3 btg) blender
Cili kisar 2 senduk besar
Gula segenggam
Kerisik 1/2 bekas kuih raya
daun 2 helai hiris halus
Santan rm1

Cara-cara:

Tumis bawang merah + bawang putih
Masukkan cili kisar , gaulkan
Masukkan gula
Masak hingga naik minyak nak nampak gelap
Masukkan daging..tunggu daging keluar air
Masukkan santan pekat
Masukkan air 2 besen kecik
Biarkan sampai daging lembut..sambil tuh kacau biaq tak hangit
Bila daging dah lembut, masukkan garam
Bila dah nak pekat, masukkan kerisik
Kacau n kacau hingga pekat
Masukkan daun yang dihiris
Tutup api
Makan…..

Entry lain yang menarik dan tertarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...