Memaparkan catatan dengan label menu ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label menu ramadhan. Papar semua catatan

pusing europe - merentas 8 negara dalam 8 hari --- kenangan kami

InsyaAllah ini ramadhan terakhir kami di bumi england nih
tak dapat rasa ramadhan di musim winter, kasi chance kat mereka di hemisfera selatan 
mcm mane lah rasanya beramadhan di waktu winter ye kawan2 di hemisfera selatan?
kerana berpuasa di waktu summer
siang yang memang panjang
waktu malam hanya 7 jam lebih kurang
kami berpeluang lah merasa puasa selama 18 jam
'berpeluang' ..uhuks

di bulan ramadhan ini disarankan banyak-banyak beribadat dan berdoa
terutamanya berdoa ketika berbuka puasa
jadi lepas makan kurma sebiji then doa panjang-panjang sikit okeh

di ramadhan sebelum ini ku rajin menulis menu berbuka puasa setiap hari
tapi tahun ini? tiada kerajinan untuk merekod menu berbuka seharian
encik suami ada mengingatkan tentang rekod menu tersebut
tapi kerana keserabutan writing
ditambah dengan deadlines yang memang tak boleh dipatuhi langsung
adakah kerana I'm too ambitious?
janji dengan supervisor nak hantar satu chapter last month
tapi dah middle of this month pun tak hantar lagi
masih terkial-kial dengan analysis 
ooooh Ya Allah bantulah, mudahkan lah
jangan kau biarkan ku bersendirian 

dalam hati teringin benar nak masukkan entry kami anak beranak road tour europe selama 8 hari end of July
hari tu...
terima kasih and proud dgn en suami kerana sanggup drive bawak kami anak beranak pergi ke tempat2 impian ibu tanpa konvoi dengan sesiapa
Disneyland, Swiss Alpine, Venice, Neuschwanstein Castle semua sudah diterjah
tapi apakan daya mood tidak ada
memang banyak sungguh entry jalan-jalan yang tak dimasukkan
terasa rugi kerana ingin menjadikan entry blog ini sbg kenangan ketika di malaysia nanti
 
kepada pembaca-pembaca blog ini
Selamat berpuasa ramadhan

disneyland paris, france 23 july

at the Jungfraujoch, over 11000 feet up, top of europe Swiss Alps, switzerland 25 July 2011
 
 venice, italy 27 July 2011

at Neuschwanstein Castle, Germany 30 July 2011 
(castle yang menjadi ilham kepada terciptanya disneyland castle)


Ramadhan 1431

Nak tulih senarai resepi kami berbuka puasa dan bersahur utk ramadhan kali ini. Semuanye kene masak sendiri. lepas dah habih menu utama, takde ape lagi nak dimakan. teringat kemeriahan makanan waktu berbuka di Malaysia. Ada hikmah disebaliknya iaitu tidak perlu membazir membeli makanan berlebihan-lebihan. Dapat besederhana sesuai dgn tujuan berpuasa iaitu untuk merasai mcm mane org-org miskin hidup susah yang makan bak kais pagi makan pagi itu. Ditambah pula dapat mengukuhkan ikatan kasih sayang dalam keluarga dgn masak sendiri masakan isteri and ibu ..wink wink...Bersyukur ku kepada mu ya Allah kerana diberi peluang sekali lagi bertemu dgn bulan yang penuh rahmah ini.

Note: Yang ada Link tuh, maknenye ada Link ke resepi asal, ye silakan if nak cuba.

Ramadhan 1 : (berbuka) Nasi impit + kuah kacang + rendang + ayam kicap + nasi putih + donut
(sahur) nasi putih + ayam kicap + ikan kering

Ramadhan 2: Nasi putih + kari ikan salmon + donut bersalut coklat + sayur cauliflower tumis + poppadum

Ramadhan 3: Nasi putih + ikan siakap masam manis + sayur salad + sotong goreng tepung + ikan siakap goreng + air asam tomato

Ramadhan 4: Nasi ayam + ayam madu + sup ayam + cili merah cuka + kueh talam + sayur salad & tomato

Ramadhan 5: Nasi briyani + ayam masak merah + timun cuka + poppadum

Ramadhan 6 : Nasi putih + ayam kurma + ikan masak taucu + kueh apam tak naik + kueh sagu

Ramadhan 7: Nasi goreng special (sate + keropok lekor + kuah kacang) + kueh sagu

Ramadhan 8: Nasi putih + kari ayam + agar2 pandan santan + sup ikan merah

Ramadhan 9: Cream puff + Mee goreng

Ramadhan 10: Nasi lemak + sotong sambal + ikan bilis goreng + telur rebus + ayam goreng + kek chiffon pandan

Ramadhan 11: Nasi tomato + ayam masak merah + roti John handmade


Ramadhan 12: Nasi putih + ikan tilapia fillet masak masam manis + kueh agar-agar santan + donut (Eda buat)

Ramadhan 13 (mon): Nasi goreng kampung + karipap sardin (guna resepi karipap pusing, sedap!!!) + biskut cornflakes

Ramadhan 14 (tue): kueh siput + kueh lapis

Ramadhan 15 (wed):
Nasi ayam + ayam madu + sup ayam + Kueh ketayap

Ramadhan 16 (thur):
----- lupe

Ramadhan 17 (fri): Meehoon goreng + agar-agar santan

Ramadhan 18 (sat): Majlis nuzul quran NMC + cream puff + biskut tart nenas

Ramadhan 19 (sun): Jemputan berbuka di rumah kawan papa (Izzi) + kuah cara manis + biskut buah kana + biskut mazola

Ramadhan 20 (mon): Nasi putih + daging masak merah + kobis bunga masak tiram + falooda + biskut tart dahlia

Ramadhan 21 (tue) : Nasi putih + sambal telur pecah + sayur tumis kacang + agar2 santan

Ramadhan 22 (Wed): Nasi putih + sup tulang + telur dadar + sambal udang petai + gayam (bubur biji nangka)

Ramadhan 23 (Thurs): Nasi putih + ayam goreng tepung + sayur tumis parkchoy + sambal lala + kueh buah melaka

Ramadhan 24 (Fri): Mee rebus + kuih talam + maggie goreng


Ramadhan 25 (Sat): Nasi putih + bubur pulut hitam + sup ayam + ikan bilis sira berlada


Ramadhan 26( Sun): Nasi putih + sambal sotong + tilapia fillet goreng tepung + ikan tilapia masak taucu + hotdog handmade

Ramadhan 27 (Mon) : Nasi putih + kari ikan salmon + sayur kubis masak tiram +  bubur kacang

Ramadhan 28 (Tue):  Nasi putih + ayam lemon sos + tomyam campur + cekodok pisang


Ramadhan 29 (Wed):

 


Menu Ramadhan 1429

At this section, I would like to recall back the previous menu ramadhan that I have made (10 days). Jenuh jugak nak mengingatnye.. Let see berapa yang ingat...( the first days to tak berapa ingat hari apa masak ape..main agak2 je hari ittew...Dah beranak 2 ni, tak sharp pulak ingatan ni..kene banyak makan kismis ni..huhuhu

Day...................menu
1 (mon) ikan kembung masak pedas
2 (tue) murtabak ayam
3 (wed) telur bungkus
4 (thurs) nasi impit + kuah lodeh ( kueh lodeh, sedaaap)
5 (friday) nasi goreng pataya
6 (sat) pizza with salami and hot dog as topping
7 (sun) tempe goreng + ayam paprik
8 (mon) bihun goreng + cendol + telur dadar ( bihun..sedap hingga nak tambah lagi)
9 (tue) lemak taugeh + ayam goreng + sotong masak serai
10 (wed) ayam lemon + kebab salami + sayur tiram ( ayam lemon tuh takyah beli kat kedai dah, kebab pun sedap)
11 (thurs) nasi jagung + ayam masak merah berempah (papa kata sedap, aisyah lagi le makan byk)
12 (fri) sotong masak merah + ayam goreng lemon + sayur campur (kacang panjang + jagung) + kari ayam basi ..huhuhu
13 (sat) Iftar MML Lboro - masak ayam lemon + ayam goreng crispy
14 (sun) Umah Najib+kak niza - ayam lemon jugak...
15 (mon) kari ayam
16 (tue) breaded chicken + brown sauce + coselow
17 (wed) nasi beriyani + ayam masak merah
18 (thurs) daging masak kicap + ayam goreng Sundip + kek thriffle
19 (fri) tomyam sayur + sambal daging
20 (sat) nasi goreng kampung + Papa burger + sambal terung
21 (sun) puding jagung...buka pose di rumah kak zanah
22 (mon) kek coklat ..buka pose di rumah Dila n cik azlan
23 (tue) daging sambal kicap
24 (wed) sambal telur plus daging kurma
24 (thurs) tak masak ape2 (buka umah Nida) wat biskut sarang semut..everyone loves it
25 (fri) kari telur
26 (sat) pizza dgn topping masalami n daging burger
27 (sun)kari ikan + sup ikan merah
29 (mon) nasi goreng + ayam goreng
30...dah raya dah ....makanan raya pulak.... Finally

Entry lain yang menarik dan tertarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...