Sejak balik dari Portugal nih
itule kata-kata yang keluar dari mulut becok kak chah
I want to go to more Portugal
mungkin kerana masa pergi portugal last 2 weeks
cuaca di sana mcm di malaysia panasnye
30 degree
memang panas, tapi matahari tidak tegak di kepala
tapi terik di ufuk
ditambah pula sekembalinye ke UK nih
tengah cuaca sejuk 9 degree kan
mana tak becoknye mulut kakchah nak kembali ke portugal
selama 4 hari di coimbra, city yang terletak ditengah-tengah portugal
pengalaman ber conference di coimbra
tidak perlu susah payah nak pi carik tempat menarik
university itu sendiri memang cantik
diantara university tertua di europe
dibina sejak 1290
terkenal dengan library yang sungguh cantik
ratusan ribu buku dalam library yang dipelihara sejak berkurun dulu
didedahkan dengan cara penggunaan kelawar utk memelihara buku-buku lama
memang pengalaman seumur hidup
bangunan di university tersebut pula terletak di puncak bukit
memang memerlukan stamina okeh utk pergi ke university
mengah-mengah ku nak sampai ke tempat conference
dekorasi di dinding bangunan pula menunjukkan kursus yang dioffer
contohnye jika department mathematic didinding luar penuh dengan formula-formula dan sarjana matematik
inside the Viva room
Coimbra nih university tertua
so utk viva pun masih mengekalkan protokol tradisi
sehingga kini viva dihadiri oleh rektor university/ dekan
dan dihadiri oleh kawan2, sanak saudara (duduk dikerusi tengah)
dikelilingi oleh prof-prof, dari setiap fakulti bermula dengan fak tertua iaitu fakulti letter (bahasa)
uuuish
tengok2 aje pun memang mendebarkan
bukan setakat risau nak jawab pun ada
tajuk research pun boleh lupa tau!
huhuh
aku pun sebenarnya jatuh hati dengan portugal
mungkin kerana penduduknya yang ramah tamah
tidak seperti penduduk europe lain
RUDE
teringat lagi mcm mane org di Venice dan Swiss sana melayan kami dan anak2 ku
memang kene marah dengan italian people sahaja anak2 ku ini
dan memang keje aku kat sana asyik nak sound balik je mereka yang tidak tahu berbudi bahasa nih
walaupun portuguese tidak fasih berbahasa english
tetapi mereka tetap membantu kami yang pertama kali sesat di bandar coimbra
walaupun lirik-lirik mata mereka sering memandangku yang bertudung ini
kerana tidak ku jumpa org Islam bertudung kat sana walaupun di university sana
senyuman tetap terukir tatkala memandang kerenah anakanda ku
ditambah pula perkenalan aisyah dengan mr clown di 'Little Portugal'
yang tanpa bosan melayan kerenah kak chah yang becok mulutnye
meminta mr clown buat teddy bear, doggy belon untuknya
teringat kata kak chah ' Why Mr clown can do everything'
lama juga kami berjalan2 di lil portugal
bagi chance anak-anak bermain-main di sana
sehinggakan belon kak chah kempis pun, mr clown nampak, and buatkan sekali lagi utknye
then kemain le dia nak bawak balik mr teddy and doggy yang mr clown buatkan
tapi hajatnye tidak kesampaian kerana belon2 tuh meletup masa dalam train
tersenyum aku mendengar apabila aisyah kate ' Oooh I have to ask Mr clown to do it again for me!'...
mane le tidak si aisyah merindui Portugal kan
nihle Mr Clown yang peramah baik hati tuh
dengan doggy yang mr clown buatkan
di Little Portugal
disini dipamerkan rumah2 yang terdapat di Portugal
tapi dalam saiz kecil
bukan setakat miniature yang for display tau
budak2 boleh masuk dalam rumah
panjat-panjat sume
main masak2 pun boleh
dalam rumah kita boleh explore and lihat keadaan sebenar mcm the real building
miniature bangunan tertua university pun ada
dalam building tuh 'viva room' pun ada tau