Happy birthday Juma

Sent from Yahoo Mail on Android

Main snow depan umah batman



                             Apabila teringat....main sledge di depan rumah Batman :)

Keletah Addeen 1 tahun 6 bulan

Hi hi

Masa tulis title tuh, baru terkial-kial kira dah berapa bulan si kecik tuh.

Alamak kene pi injection addeen lah.

Addeen yang makin bijak.

Semua nak, nak, nak.
nak ni....nak nak
even if tak nak pun..di sebut nak (jugak)

if kita bagi arahan, dia dah pandai buat
cthnya buang ke dalam tong sampah
then dia akan gi buang

if dia tak nampak tong sampah
dia akan campak sesuka hatinya
huhuh

mulut Addeen nih becok
sometimes terdengar dia menyebut, copying orang cakap ape

bile orang tinggi suara,
dia paham orang marah
then dgn segera dia akan mencampakkan apa sahaja yang berada ditangannya
alahai
(dah pecah satu bekas kaca ibu dia campak sbb ibu sergah dia pegang)


tata
xoxo

Kesan tanda awal autism di awal 1 tahun

Hi hi,

Baru sahaja terjumpa video daripada pakar yang menceritakan bagaimana nak check anak kita ada ciri-ciri autism atau tidak di awal setahun.
Biasanya ciri-ciri ini nampak jelas bila umur budak dah 4 tahun.
Bile awal2 kita mungkin tak jangka anak kita akan ada ciri autistik kerana perkembangan kanak2 itu kan berbeza.

Walaupun kita tengok video tuh, and dapat merasakan baby kita ada ciri-ciri tersebut. tetapi pendapat beberapa org yang pakar utk diagnose masih diperlukan.

So maknanya tak perlu risau sangat. risau sikit-sikit je

yang paling penting, kita kene teruskan berdoa tidak kira anak kita mcm mane pun. Agar dia menjadi aset utk kita di akhirat kelak.

Ye ye memang sedih bile kita anak kita diagnose ada ciri-ciri autism...walaupun bukan yang level teruk, peringkat mild....tapi perkembangan anak kita pasti ada beza yang jelas dengan kanak-kanak normal.

Oooh memang kene cerita bagaimana imran yang diagnose ADHD yang kini baru masuk Darjah 1 sekolah biasa. bagaimana kami manage anak kami. mungkin ada pembaca blog ni boleh story sikit bagaimana mereka handle anak mereka yang ada ciri autism even peringkat mild.

Nih link video tuh

http://www.essentialbaby.com.au/toddler/toddler-health/what-autism-looks-like-in-toddlers-video-20140117-30yff.html

 Bila tengok video tuh, terdetik, alamak....takkan Addeen pun ......
segera berdoa, yang baik2 utk Addeen





The craziness of AidiJuma design

Hi hi...

hari ni Aidijuma (AJ) buat sales mid-Jan....40%
walaupun tak semurah yang selalu mcm raya haji sales or x-mas lalu (dapat sehelai dalam rm29)
tapi the latest design which is turqoise flower....oooh I loike sesangat design english roses tuh....terasa kewanitaan nya..hahahaha


nih gambar masa kat angsana dah berjaya dah grab tudung yang dihajati.
terasa senang hati sbb tak ramai orang ...hahaha
mungkin sbb masih awal,
pukul 1030 pagi dah start engine kereta
parking pun clear je senang je nak dapat
hahaha takde kerja kan
tuhlah aku kate
crazinesss!!!!!

berjinak-jinak dengan tudung AJ nih sejak awal2 balik dari UK
masa tuh adik yang cikgu kat SAS tuh dia jual sikit2 tudung AJ yang mcm2 kaler combination tuh
then lepas jumpa dengan adik Juma yang merangkap kawan masa degree dulu menggayakan dengan penuh gaya tudung safari AJ terus berkenan beli kat online
masa tuh cara pembayaran online masih old style.
masih kene print-screen bukti bagai
tak mcm sekarang... i loike semuanya in one click..next next

then sejak jumpa kawan lama tuh
rupenye dia bekerja di balik tabir tudung AJ ni
so yang model2 tuh adik beradik dia lah
cuma dia je low profile ( lah sangat! hahahaha)

so aku ada lah design AJ yang lama mcm safari, tribal,...
yang aku takde ialah yang snake tuh...sbb aku ngeri... hahaha terasa ular lilit kat badan kahkah
then sejak awal tahun 2013 AJ dah keluar banyak corak2 bunga
corak bunga pertama yang ditunggu time tuh ialah sunflower
sayangnya la ni dah tak keluar dah corak sunflower
aku ada yang kaler cyan sunflower...cantik!
and aku nampak yang rainbow sunflower pun cantik tengok orang pakai
rupenye ada group kat FB ni yang jual pre-love tudung design lama AJ
so byk jugak lah yang rupenye mencari corak sunflower termasuk corak yang aku ada
tapi takde lah aku nak jual...kan

sejak tuh mcm2 corak AJ keluar
yang aku suke pasal tudung AJ sebab boleh dipelbagaikan cara penggunaan
1) boleh sebagai shawl (if tetiba terasa nak muda remaja - gaya mcm student hahah)
2) if nak mcm tudung bawal biasa (evergreen style yang menyebabkan en HB jatuh centa dulu) huhuh

berbalik semula kepada sales hari ni and esok
dapat tahu ada sales bile online FB pukul 12 malam tadi
then terbaca post from their FB
then masuk lah website dia
memang waktu tuh masih semua ada stok
tapi sistem punya lah slow
bile nak proceed to checkout
terus sistem kate out of stock
punye lah secepat kilat kan orang shopping AJ online malam tadi




then pagi tadi sesaja masuk website kul 930 pagi
then tengok eeh ada stok
then dengan secepat kilat ( tak kilat mane lah, sbb sistem slow)
klik add to cart and proceed for payment
sekali bile nak bayar
timed out lah pulak

so apa lagi
cepat2 mandi
suruh aisyah mandi gak
berdesup pergi ke angsana
waktu tuh membayangkan tudung yang aku berkenan tuh out of stock lah
ramai orang lah
tapi......................



sungguh tenang shopping di concept store
sempat aku pikir dua tiga kali nak beli yang mana satu
sbb aku dah serik beli tudung AJ tanpa memikirkan baju apa yang aku sesuai utk padankan
kerana akhirnya tudung itu akan cantik berlipat didalam almari
aku tak sentuh2 sbb takde matching ngan baju
hahahahaha

masa tuh ada beberapa customer yang dah datang dulu
masing2 ambil tudung yang latest design tuh
aaaaah
the craziness of AJ bawal design!!!!!!


XoX0
ibu aisyah imran addeen



The Skema in Me :)

Assalamualaikum,

Happy New Year!

Lama sungguh tak update blog ni



Kali ni nak provide URL Link yang akan membawa pembaca-pembaca kesayangan ke ruang SKEMA dalam hidup saya.

Klik link kat bawah nih ye

Link pertama:

Ibu Aisyah Imran and Addeen yang Skema

Link kedua:

Papa Aisyah Imran and Addeen yang skema




(p/s: skema la sangat)
Dah lama tak guna word 'skema' nih kn. Last guna masa zaman duduk asrama gelaran untuk mereka yang follow the rulesssss, takut nanti warden marah, cikgu marah bla bla bla
hahaha
ada sesiapa ke pernah gak guna term 'skema' jugak masa zaman muda remaja dulu???

Tata


XoXo

Entry lain yang menarik dan tertarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...