Anakku ADHD peringkat mild ?

Dear blog,

Macam mana boleh ambil ubat untuk control ADHD untuk jumpa child psychology kat Hospital Tampoi?
Macam mana boleh attend speech therapy di Hosp Sultan Ismail?
Macam mana boleh attend occupational therapy kat Hosp Tampoi?

Last 2 weeks my dear 6th year old Imran jumpa

1) doktor di pusat pakar kanak-kanak tampoi
untuk rawatan setiap 3 bulan. Ingatkan berat badan akan maintain. rupanya turun lagi, and menimbulkan kerisauan. Ubat ritharin yang diberi akan mengurangkan selera makan. tapi kami tengok, dia makan mcm biasa je? makan peha ayam...roti with sugar and butter.... epal 2,3 bijik....
berat tak naik-naik. sbb doktor concern, diberinya multi-vitamin.
Doktor mengatakan ADHD ini merangkumi 3 perkara - tidak mudah fokus, hyperaktif atau tidak sabar.
ada budak yang kene satu je daripada 3. Nampaknya my dear Imran ada tiga-tiga benda nih.

2) Jumpa occupational therapist (OT) di hosp tampoi

The same day, petangnya ada perjumpaan kali pertama Imran dengan speech therapist.
Sbb sebelum datang kami beri dia ubat, so therapis tuh heran betul ke imran ADHD kerana nampak mcm normal je ..hohoh
then untuk kali pertama, therapist tuh tanya ibu bapa tentang imran.. and buat observation...

Hasil observation jumpa occupational therapist kat hosp permai terhadap imran:
1) sensor imran lambat hantar isyarat sakit kat brain.. this explain why la imran nih terhantuk kat pintu pun boleh cool je

2) jaw imran untuk mengunyah lemah... this explain kenapa la imran ni sejak kecik sampai ke beso asyik tercekik je...even makan epal pun boleh tercekik

3) lidah imran masih keras... dia tak boleh gerak lidah ke kiri dan ke kanan -- this might explain kenapa speech dia tak jelas and certain words hilang bunyi belakang

4) fine motor skill kurang...this explain kenapa dia tak mahir menulis abjad dengan betul..apatah lagi melukis ( very detail mcm kak chah)

5) imran everything kene install ( kene tunjuk satu2) ini berbeza dengan kita yang boleh belajar sendiri secara natural... this explain kenapalah imran nih butang baju senget benget...pakai seluar terbalik dsb walaupun dah umur 6 thn..


OT nih suggest hantar kelas Occupational therapist terdekat di Tmn Impian Emas. tapi malangnya dia terlupa nak beri kat kami. and HB kate google je...sekali puah saya google tak jumpa alamat OT nih namanya IndiBrain.lebih kurang lah...alahai... ada sesapa ke tau contact number indibrain nih ?

3) Minggu sebelumnya jumpa Speech Therapist di HSI....
nih therapist kali kedua
Therapist suggest latihan untuk Imran
1) untuk praktis dia fokus dengan sebut tiga bende, and suruh dia ambil ketiga-tiga bende ikut turutan
2) praktis kata kerje berdasarkan gambar... contohnya -memotong, menyapu..kerana Imran tak byk kata kerje.
semua dia sebut buat...contohnya... 'Abang buat sampah'...



2 comments:

NAA berkata...

tak sangka imran dah 6 tahun. dulu masa mula2 baca blog akak, masa tu imran baru lahir..dah 6 tahun masa berlalu dengan pantas..tak sedar langsung..haha..

tuanrumah berkata...

Anissa_kyra : terima kasih dik duk follow blog akak yang dah bersawang lama nih.

tuhla dah besar dia.. now dah masuk Darjah 1.

Entry lain yang menarik dan tertarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...