Ibu, I want to go to Portugal again ... :p

 
Sejak balik dari Portugal nih 
itule  kata-kata yang keluar dari mulut becok kak chah
I want to go to more Portugal
mungkin kerana masa pergi portugal last 2 weeks
cuaca di sana mcm di malaysia panasnye
30 degree
memang panas, tapi matahari tidak tegak di kepala
tapi terik di ufuk 
ditambah pula sekembalinye ke UK nih
tengah cuaca sejuk 9 degree kan
mana tak becoknye mulut kakchah nak kembali ke portugal
 
 

selama 4 hari di coimbra, city yang terletak ditengah-tengah portugal
pengalaman ber conference di coimbra
tidak perlu susah payah nak pi carik tempat menarik
university itu sendiri memang cantik
diantara university tertua di europe
dibina sejak 1290
terkenal dengan library yang sungguh cantik
ratusan ribu buku dalam library yang dipelihara sejak berkurun dulu
didedahkan dengan cara penggunaan kelawar utk memelihara buku-buku lama
memang pengalaman seumur hidup
bangunan di university tersebut pula terletak di puncak bukit
memang memerlukan stamina okeh utk pergi ke university
mengah-mengah ku nak sampai ke tempat conference
dekorasi di dinding bangunan pula menunjukkan kursus yang dioffer
contohnye jika department mathematic didinding luar penuh dengan formula-formula dan sarjana matematik
 
 inside the Viva room
Coimbra nih university tertua
so utk viva pun masih mengekalkan protokol tradisi
sehingga kini viva dihadiri oleh rektor university/ dekan
dan dihadiri oleh kawan2, sanak saudara (duduk dikerusi tengah)
dikelilingi oleh prof-prof, dari setiap fakulti bermula dengan fak tertua iaitu fakulti letter (bahasa)
uuuish
tengok2 aje pun memang mendebarkan
bukan setakat risau nak jawab pun ada
tajuk research pun boleh lupa tau!
huhuh
 
 
aku pun sebenarnya jatuh hati dengan portugal
mungkin kerana penduduknya yang ramah tamah
tidak seperti penduduk europe lain
RUDE
teringat lagi mcm mane org di Venice dan Swiss sana melayan kami dan anak2 ku 
memang kene marah dengan italian people sahaja anak2 ku ini
dan memang keje aku kat sana asyik nak sound balik je mereka yang tidak tahu berbudi bahasa nih

walaupun portuguese tidak fasih berbahasa english
tetapi mereka tetap membantu kami yang pertama kali sesat di bandar coimbra
walaupun lirik-lirik mata mereka sering memandangku yang bertudung ini
kerana tidak ku jumpa org Islam bertudung kat sana walaupun di university sana
senyuman tetap terukir tatkala memandang kerenah anakanda ku 
ditambah pula perkenalan aisyah dengan mr clown di 'Little Portugal'
yang tanpa bosan melayan kerenah kak chah yang becok mulutnye
meminta mr clown buat teddy bear, doggy belon untuknya
teringat kata kak chah ' Why Mr clown can do everything'
lama juga kami berjalan2 di lil portugal
bagi chance anak-anak bermain-main di sana
sehinggakan belon kak chah kempis pun, mr clown nampak, and buatkan sekali lagi utknye
then kemain le dia nak bawak balik mr teddy and doggy yang mr clown buatkan
tapi hajatnye tidak kesampaian kerana belon2 tuh meletup masa dalam train
tersenyum aku mendengar apabila aisyah kate ' Oooh I have to ask Mr clown to do it again for me!'...
mane le tidak si aisyah merindui Portugal kan
 
 nihle Mr Clown yang peramah baik hati tuh
dengan doggy yang mr clown buatkan

di Little Portugal
disini dipamerkan rumah2 yang terdapat di Portugal
tapi dalam saiz kecil
bukan setakat miniature yang for display tau
budak2 boleh masuk dalam rumah
panjat-panjat sume
main masak2 pun boleh
dalam rumah kita boleh explore and lihat keadaan sebenar mcm the real building


miniature bangunan tertua university pun ada
dalam building tuh 'viva room' pun ada tau






PhD viva... tahniah buat suamiku

Alhamdulillah setelah 3 jam defending his thesis
semalam, 7 oktober 2011 bermula pukul 10 pagi
dengan 2 examiner
tanpa kehadiran SV di viva room untuk memberi sokongan
beliau lulus PhD nye with minor corrections

examiners yang begitu helpful memberi macam2 pandangan
bukan nye harsh critisim 
membuatkan suasana viva beliau dikatakan seperti dalam discussion sahaja
mungkin kelebihan beliau yang dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukan walaupun tidak pasti betul atas salah (asalkan jawab, tidak diam kaku) menjadi salah satu kriteria 

sebelum viva.... (masih mampu tersenyum, walaupun nampak kelat-kelat sikit :p)

and yang bawah nih pula....
masa dah lepas viva... senyum ceria

berita suamiku akan viva nih hanya ku ketahui 2 hari sebelum
dia senyap-senyap tidak memberitahu ku sejak mengetahui date viva 2 minggu lepas
even dia potong rambut, beli coat seminggu lepas pun aku masih tidak dapat menghidu (lurus betul !)
sedangkan kawan-kawan lain dah assume beberapa hint
 orang lain tanye2 dan seperti sudah tahu tarikh tersebut
tapi ku seperti tiada klu
sehinggakan seriously ku tanya dia, betul ke dia dah tau tarikh viva (seminggu lepas) 
pun suami ku masih nak sorok2 lagi
so aku percaya je leee belum lagi

kemuncaknye masa 3 hari lepas, masa nak menghanta kak farizah pulang ke malaysia
tetiba kak zanah kate suamiku cuti khamis jumaat
and heran lee aku, wat pe le nak cuti (bukan tak byk cuti ke) dah le minggu depan kene cuti lagi sbb nak temankan ku pi conference kat portugal
then alasan diberi, utk menghabiskan cuti tahunan
tapi tuhle, aku percaya jee
then masa on the way balik rumah, dah petang rabu tuh, baru le dia bagitau, dia nak viva jumaaat

bermula lah aktiviti tidak senang duduk ku
setiap malam ( 2 malam jee) buat solat hajat utk dia
mimpi2 pun mimpi pasal suami ku viva jugak
(huhuhuh)
that's why laah dia tak bagitau ku awal-awal
kerana dia tahu isterinya cannot bear the pressure
tuh baru org lain yang viva (bukan diri sendiri)
ku dapat bykan pressure nye bile diri sendiri nak viva
ku tengok suamiku memberitahu my 4 years old imran ' Imran, esok papa nak viva'.. dengan reaksi imran yang bersahaja (yele mane de budak tuh paham viva tuh ape kan)...  yee suamiku cuba utk mengurangkan pressure tersebut dengan bercakap dgn 4 years old kid. (huhuh

sebelum pergi viva, aku gosokkan kemeja (first time gosok kemeje kat UK nih ..huhu)
then masakkan nasi goreng...
then masa tengah viva, aku kat rumah nih lagi le tak senang duduk
makan pun tak rasa ape2
huhuhu
ku bacakan yassin, surah al-mulk dari jauh
then pukul 1.30 tgh hari, terima lah panggilan telefon yang ditunggu-tunggu
mula-mula ku tanya je mcm mane viva,
tak nak terus tanye result..
(berdebar-debar nih)
tanya pasal soalan-soalan ....
then barule dari situ disimpulkan, berapa byk corrections..
and alhamdulilah
berkat hari Jumaat (walaupun dia tak sempat nak solat Jumaat)
finally

alhamdulilah
title itu tidak penting
yang penting adalah amanah yang diberikan oleh pihak u.tm and pihak kpt untuk menyelesaikan PhD terlaksana
menunaikan amanat itu tanggungjawab kan
fuuuuh
kurang satu pressure dalam family kami
then lepas nih aku pula...but not this year.... next year
doakan saya lulus PhD saya juga ye
aminn...



Kami Beraya 2011

InsyaAllah tahun ini tahun terakhir kami beraya di bumi England ini
tema kami pada tahun ini adalah.....

------------------------------------------


ungu lavender


Mengingat kembali aktiviti beraya kami
First raya: 
beraya rumah Kamal Kak Haz and rumah Kak Zana (tahun lepas pun mcm tuh juga..huhu)
Then menerima tetamu dari Lboro (kak mimi, Dr Rozi, Kak Az (bank negara), Kak Nurul Uztaz Najmi, Dini & Wira) ... then Dr amali and Dr Wan & Kak Azura and Pak Lah pun datang beraya petang itu
Malamnya kami beraya di rumah ex-school mate ku masa di sri aman dulu, Dali & Saiful ..(rajin betul mereka masak beberapa periuk belanga, kagum!) ..
masa tengah beraya di rumah dali, beberapa org telefon untuk datang beraya (Izzi, Kamal and Zul Najiba) memandang kami tiada dirumah, mereka beraya lah di rumah Dali and Saiful sekali ....



Raya kedua:
Tengah hari nya beraya di rumah Pak Lah and Kak Azura ( bestnye dapat makan roti canai panas... pandai betul pak lah mencanai)
Then lepas tu beraya rumah Hidayah and Kak Riza (UTM)
Lepas tuh kene balik rumah bersiap-siap utk masak tetamu yang tak dapat datang beraya semalamnya.
Masak Sate lagi... 

Menu raya pertama : Nasi Impit, Kuah Kacang, Rendang Daging, Sate
Menu Raya kedua : Mee goreng mamak and Sate

Sbb ape ku masak sate..sebb senang kerje, ku perap je...and selebihnya encik suami yang bakar....senang kerjeee!

Raya ketiga, Raya Keempat, Raya Kelima
kami pi bercuti ke CornWalls and Plymouth

 @St Michael Mount , Cornwall
Best pi pulau nih sbb kene seberang laut (time air surut) ala-ala kisah seberang 'sungai nil' ..hehehe
waktu kami sampai pukul 12, air tak surut lagi..so memang laut laaaa
then bile 12.20 waktu air surut bermula, dengan sekelip mata je nampak causeway
then bolehlah crossing laut tttuu
sebelum waktu surut kene cross laut guna boat laaah



Raya Kelima
PAgi tuh jalan-jalan di plymouth 
cantik jugak plymouth nih yee

kat plymouth ada free salt swimming pool
kalu tau boleh siap2 budak2 dengan baju mandi
mengadap laut lak tuuuh

after 6 jam perjalanan balik
singgah Lboro open house rumah Kak Az, Kak Mimi, Kak Nurul, Dr Rozi
then malamnya pi open house rumah Nazri and Kak Fae
rumah nih borak2 sampai pukul 1 pagi baru balik

Raya keenam
Open House NMC pula
Ku tak perlu masak ape-ape sbb mula2 nama diorang tak masukkan dalam senarai
then masa di cornwall, boss tepon mintak masak rendang
ok je no problem
then masa petang sampai tepon balik, rupenye dah pass daging kat kak zalinah masakkan 6kg rendang
so lenggang kangkung je le masa open house NMC tuh

gambar 3 sekawan
Aisyah said Suri is her bestfriend
Suri dah nak balik bulan depan
taktau le dia ingat ke tidak Suri nih masa kat malaysia nanti

bersama geng 'menge-teh' papa

lepas tuh beraya di Lboro
rumah Pak Lah (mantan penghulu MML)


lepas tuh pi cari kedai gambar kat beeston (tapi tak jumpa)
so sedondon lah anak beranak berlavender  pi jalan ke pekan...


then 5 hari cuti beraya -bagi laluan masing-masing fokus buat PhD
then

Raya ke-12
acara group Izzi, Kak Ari, Anuar, Razi angkat barang kontena
sekali open house rumah mereka
Raya ke-13
beraya rumah di Kegworth, Dr Nazri, and malamnya rumah Dr Amali
2x dapat makan nasi kerabu tau
tercapai keinginan nak makan nasi kerabu
petangnya keluarga Kak Ary, Razi, Anuar datang beraya ke rumah (masak sate (again!) and meehon goreng)


hah habih dah cerita raya setakat ini!

Kami di plymouth

Harini pi singgah seafront dan the hoe. Menarik gak plymouth ni ada salt swimming pool lag atas laut.
Sent from my BlackBerry® wireless device

Entry lain yang menarik dan tertarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...