Terlepas lori sampah

Waa.. sedihnya.. a bit tension.. kerana

terlepas lori sampah.. yang sepatutnye mengutip pada pukul 9.. tapi sbb off hari ni, tak solat subuh.. dah hb pun lepas subuh, continue tido.. waaa... sedih betul..

Dah le sampah dalam tong sampah dah penuh (for sampah 2 minggu lepas).. mana nak letak sampah-sampah dalam masa 2 minggu akan datang ni.. wuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Dah le 2 minggu sekali je diorang datang kutip. Tak boleh lebih dalam setong utk satu family lak tuh.. kalu tak kene denda

AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAaaaaaaaaaaaaaa

Takkan nak kene angkut sampah2 tuh pergi household waste centre kot.. nanti busuk aa kereta.. aaaaaaaaaaaaaaaaaaa... tensionnnnnnnye

Program Get Rid the Bottle

Kami dah buat appointment dgn health visitor masa dia datang rumah.
Melihat perkembangan aisyah yang masih cakap tak berapa pandai,
dia sarankan kami menyertai program itu
dimana parents membawa anak mereka ke klinik tersebut and membuang botol susu anak mereka di dalam bank botol... so bile balik rumah, anak tersebut menangis nak minum susu guna botol... then nanti kate la ' kan botol dah tinggal kat klinik.. mane ada lagi botol'

Kami nye appointment 18 Mac.. masa tuh mama and abah ada kat sini. harapnye aisyah dapat menjalani proses menahan keinginannya utk tidak minum guna botol susu ... tapi yela berapa hari je mama abah ada.. hmm.. kalu diturutkan hati, memang tak nak join program itu. Tapi health visitor tuh kate, kene ada peningkatan utk berubah.

Aisyah kene buang botol, utk memudahkan cepat bercakap.. then barulah boleh lepas 'toilet training' sbb selagi tak pandai cakap, selagi tuh la tak pandai nak differentiate between nak wee or poo... :(

Yang bertambah masalahnya, imran pun kene join sekali gak program tuh.. sbb kalu tak kakak akan guna botol susu adik..so tak berkesan la program tuh.. kasihan tgk imran, baru je setahun setengah.. dah tak yah guna botol... hmmmm

Satu lagi.. tips daripada health visitor.. bile kat rumah kita cakap melayu, so kita ajar anak kita cakap melayu jugak.. tak boleh campur aduk, nanti dia pening... mcm la aisyah akibatnye.. bile bercakap, kadang2 dengar mcm cakap thailand je.. hahahah

Satu lagi sbb aisyah selalu beno tgk kartun 24 hours.. health visitor kate tgk tv ni tak bagus.. tak payah on pun takpe.. kerana tidak membantu perkembangan anak2 dgn cepat..

sbb bile tv on, dia tak concentrate dgn kerje dia (main) sbb kejap2 mata tgk tv..then sambung.. then tgk tv lagi.. so skill kemahiran bermain lambat cekap nanti.. lagi satu, tv tuh tak berinteraksi dgn anak.. tak cakap betul or salah ape yang anak kita buat.

Melainkan kalu tgk katun, kita join sekali.. dan berinteraksi dgn anak2.. contoh nya.. oooh ada matahari ..warna kuning... kasihan dora panas..etc...

Mungkin tv boleh menjadi reward, bile anak itu dah penat bermain.. or pada waktu kita memerlukan concentration, tak nak anak2 kacau...

Harap berguna....

Sayang aisyah

Anak sulungku seorang puteri
Melati Aisyah nama diberi
Becok bercakap tak nak berhenti
Namun sepatah langsung tak difahami

Giginya cantik tersusun rapi
Berambut panjang, nak dipotong tapi tak diberi
Tingkah laku kita sumenya pandai nak diikuti
Lagak seperti 'orang besar' tapi minum botol susu lagi

Tersangatlah manja dgn papa, tak boleh dikongsi
Baguslah adik imran yang sentiasa memahami
Papa, papa, papa ayat pertama diucapi
Setiap kali bangun tido memanglah pasti

Rancangan kartun sangatlah digemari
Baik SpongeBob, Dora, Sin Chan, upin ipin sumenye dilayani
Itulah teman sepermainannya setiap hari
Sehingga dapat menghafal 'part' mane yang tidak digemari

Kalu menjerit tuh suara memanglah tinggi
Terutama sekali pabila dia menyanyi
Disuruh berhenti dia buat tak fahami
Takpelah, asalkan besar nanti dia tak jadi penyanyi

Sejak duduk UK, memang terkenal dgn kuat menangisnya
Minta perhatian daripada papa dan ibunya
Setiap 'request' menangislah pendekatannya
Kadangkala sakit telinga dibuatnya
Entah kenapalah begitu jadinya...

Adakah kerana kawan-kawan tiada
Dan juga kerana tiada saudara mara
Dulu kakak intan, nyah, abang arif, abg yap, abg lang menjadi penceria hidupnya
Uwan dan uncle pula menjadi buah hatinya

Dulu 'nak uwan, nak uwan' menjadi ucapan biasa
Sanggup lari keluar imigresen sbb taknak meninggalkan uwannya,
Monyok beno dia 13 jam lamanya
Sebab uwan kesayangannya tidak mengikutinya

Pernah dulu menelefon mak pengasuhnya
Aisyah begitu sedih, sehinggalah mengeluarkan air mata
Hendak bercakap tapi belum menjadi kepakarannya
'Nak mak, nak mak' menjadi bahasa perantaraannya

Tapi kini aisyah seperti buat-buat lupa
Masa awal2 dulu memang dia minta
Merajukkah dia ataupun perubahan masa
Rasanya mungkin sebab dia tak pandai nak menjawab dalam perbualannya

Tapi kini dia sibuk dgn dunia permainannya
Hinggakan minta masukkannya ke dalam rancangan TV kegemarannya
Mungkin kerana dia nampak ada banyak kawan-kawan menunggu didalamnya
Sebagai pengganti kawan-kawannya yang dahulu telah tiada
Di bumi UK yang lama lagi, papa dan ibu nak meninggalkannya

Ada masanya dia mengingati insan-insan yang merinduinya
pada masa dia dah boring dgn permainannya
Minta ditelefon, tapi salahlah masa
Kerana tengah malam waktu di Malaysia

Akhir tahun ni, sekolah dah wajib aisyah pergi
Harapnye dia dah pandai untuk bercakap dan berdikari
Kalu tidak pening kepala papa, ibu dan cikgu untuk melayani
Kerana umur 3 tahun dah dikira 'big girl' di sini

0 comments

sayang imran

Imran memang anak yang baik
Nama manjanya Iman atau Imyan
Umur Imran sudah setahun 4 bulan
Mempunyai 8 batang gigi

Sudah pandai berjalan walaupun tidak sepantas mana
Sekali kakak tolak, terbalik lah dia
Walaupun tidak pandai bercakap, selain 'papa'
Dia pandai tergelak apabila menonton kartun, favourite kakak
Entah aksi mane yang menyebabkan Imran begitu gembira
Aksi kakak turut membuat Imran ceria
Memang Imran seorang yang mudah ketawa

Apabila kene marah, Imran akan mencebik sedih
Selimut busuknyalah menjadi teman rapatnya
Apabila nak tido, atas keta atau di tempat asing
Asalkan ada selimut busuk, terasa selamatlah dia

Sejak lahir memang tak banyak kerenah
Walaupun perut kembung, diaper basah, tetap biasa
Hanya bile perut lapar sahaja dia akan minta dimanja

Dan minta dimanja pada waktu tidurnya
Bukan dengan menangis minta didakap
Tapi dia sendiri akan pergi mencari
Mak Teh dan Mak Lang selalu menjadi mangsa
Sebab itu mak teh dan mak lang sayang pada Imran

Apatah lagi mak pengasuh Imyan
Sungguh sedih apabila hendak meninggalkan mereka
Teringat lagi pada malam terakhir Imran di rumah sana
Sanggup mak pengasuh Imran datang membantu mengemas rumah
Dan tidak sanggup pulang selagi tidak menidurkan Imran

Makcik-makcik dan pakcik-pakcik Imyan pun sayang padanya
Tak lupe juga Tokmi, Uwan dan juga Atuk
Teringat dulu Atuk mencari Imran setiap kali balik kerja
'Amroji' sentiasa menjadi panggilan mesra

Tapi di sini, mereka tiada
tiada sesiapa yang akan menyayangi Imran,
Selain papa dan ibu...

Entry lain yang menarik dan tertarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...