Melur 52 days

Nasib baik melur suke dodoi dalam ni, kalu tidak membazir je, beli masa mawar baby tapi dia tak ske. Tips nak beli rocker utk anak, make sure baby tu memang suke naik rocker tu, test dulu pada org lainnye rocker dulu. Jika tidak, membazir je dah beli kat lazada dalam rm300++ tapi jadi gajah putih kan

Latest addition

Alhamdulilah, anak kelima kami.

Lahir di hospital sultanah aminah pada jam 10.18 am 2 september. Arrived hospital around 9 am. Masuk bilik saringan, Dr check dah 7 cm pada 9.40am. Then quickly masuk ke labor room. Then nurse masukkan ubat induce. Dr pula pecahkan ketuban dan suruh ibu push sikit supaya baby engaged. Then bile ubat induce mula je ada affect, terus guling kiri kanan sakit sangat... Then hubby tahan nurse kat luar bgtau terasa nak terberak, masa tu sbb masih sakit sangat induce, kepit baby kat celah... Then bile midwide suruh push je... Alhamdulilah with one push, burst air and baby semua........ Alhamdulilah, allahuakbar, sekejap sahaja. If mawar dulu kene tiga kali push masa contraction kuat terasa dah tak berdaya.... Ni mmg siap doa dalam hati supaya allah berikan tenaga utk push... Alhamdulilah its a girl 3.1 kg... Kecik je...

Baby warded semalaman di wad paed sbb monitor affect kencing manis and observe jantung sbb nafas berbunyi.. Insyallah dapat keluar petang ni

Meeting dentist

First experience tampal gigi

Mawar

Setahun 8 bulan

mawar adani 10 bulan

hari ni significant improvement adik mawar adalah boleh memusing 360 darjah, boleh mengesot ke depan masa makan di sahab beryani dan boleh berdiri with help of coursw dan gerak kaki ala menari..well done adik mawar, walaupun tak merangkak dan memapah lagi😂

My new girlfriend

Introducing my new girlfriend
Mawar Adani 5 months ++

My Addeen 2 tahun 11 bulan

Dah lama tak update pasal my little Addeen,

Addeen dah pandai banyak.......

1. Pernah satu masa, dia kate bateri kat belakang badan dia rosak. So dia suruh ibu tukar bateri.
Hehehe terpengaruh......sbb selalu tukar-tukar bateri mainan kat rumah tu

2. Suka cari screwdriver, and pandai nak bukak mana-mana skru kat toys dia...nak tukar bateri

3. La ni bila ibu tinggi suara sikit, kemain dia cepat-cepat nak cium pipi ibu....terus tak jadi marah....siap dengan bunyi kiss kiss lagi.....kadang-kadang dengan mulut comot

4. Baru ni, bila papa or ibu nak keluar, cepat-cepat kejar kat pintu...nak salam katanya.....then la ni akan ada kata-kata dengan pelatnya......' jangan lupa balik'......'nanti jatuh, ibu pakai kasut'....siap dengan nasihat lagi tuu...


Bulan depan Addeen nak 3 tahun dah...

Pembelajaran Maths di Sekolah Amanah Medini

Hari Sabtu lepas berkesempatan mengikuti program pendedahan daripada pihak sekolah Medini bagaimana untuk membantu anak-anak memahami Math secara alami.
Cikgu menyarankan pembelajaran Math tidak terhad menggunakan pen dan kertas, tetapi didedahkan semasa membawa kanak-kanak membeli belah, ketika dalam perjalanan menaiki kereta etc.

Cikgu tunjuk juga alatan yang dibeli di kedai-kedai RM2, Daiso yang boleh membantu pembelajaran anak-anak seperti dadu, pita ukur, guli etc.

Mereka juga akan mengadakan ujian yang ala-ala latih tubi dimana pelajar perlu menjawab 50 soalan /5minit bagi aktiviti penambahan, tolak, darab dan bahagi dimana SPEED adalah menjadi keutamaan.
Lebih kurang mcm KUMON juga lah, dimana latihan disiapkan sambil mengambil kira tempoh masa yang diambil.



Happy birthday Juma

Sent from Yahoo Mail on Android

Main snow depan umah batman



                             Apabila teringat....main sledge di depan rumah Batman :)

Keletah Addeen 1 tahun 6 bulan

Hi hi

Masa tulis title tuh, baru terkial-kial kira dah berapa bulan si kecik tuh.

Alamak kene pi injection addeen lah.

Addeen yang makin bijak.

Semua nak, nak, nak.
nak ni....nak nak
even if tak nak pun..di sebut nak (jugak)

if kita bagi arahan, dia dah pandai buat
cthnya buang ke dalam tong sampah
then dia akan gi buang

if dia tak nampak tong sampah
dia akan campak sesuka hatinya
huhuh

mulut Addeen nih becok
sometimes terdengar dia menyebut, copying orang cakap ape

bile orang tinggi suara,
dia paham orang marah
then dgn segera dia akan mencampakkan apa sahaja yang berada ditangannya
alahai
(dah pecah satu bekas kaca ibu dia campak sbb ibu sergah dia pegang)


tata
xoxo

Kesan tanda awal autism di awal 1 tahun

Hi hi,

Baru sahaja terjumpa video daripada pakar yang menceritakan bagaimana nak check anak kita ada ciri-ciri autism atau tidak di awal setahun.
Biasanya ciri-ciri ini nampak jelas bila umur budak dah 4 tahun.
Bile awal2 kita mungkin tak jangka anak kita akan ada ciri autistik kerana perkembangan kanak2 itu kan berbeza.

Walaupun kita tengok video tuh, and dapat merasakan baby kita ada ciri-ciri tersebut. tetapi pendapat beberapa org yang pakar utk diagnose masih diperlukan.

So maknanya tak perlu risau sangat. risau sikit-sikit je

yang paling penting, kita kene teruskan berdoa tidak kira anak kita mcm mane pun. Agar dia menjadi aset utk kita di akhirat kelak.

Ye ye memang sedih bile kita anak kita diagnose ada ciri-ciri autism...walaupun bukan yang level teruk, peringkat mild....tapi perkembangan anak kita pasti ada beza yang jelas dengan kanak-kanak normal.

Oooh memang kene cerita bagaimana imran yang diagnose ADHD yang kini baru masuk Darjah 1 sekolah biasa. bagaimana kami manage anak kami. mungkin ada pembaca blog ni boleh story sikit bagaimana mereka handle anak mereka yang ada ciri autism even peringkat mild.

Nih link video tuh

http://www.essentialbaby.com.au/toddler/toddler-health/what-autism-looks-like-in-toddlers-video-20140117-30yff.html

 Bila tengok video tuh, terdetik, alamak....takkan Addeen pun ......
segera berdoa, yang baik2 utk Addeen





The craziness of AidiJuma design

Hi hi...

hari ni Aidijuma (AJ) buat sales mid-Jan....40%
walaupun tak semurah yang selalu mcm raya haji sales or x-mas lalu (dapat sehelai dalam rm29)
tapi the latest design which is turqoise flower....oooh I loike sesangat design english roses tuh....terasa kewanitaan nya..hahahaha


nih gambar masa kat angsana dah berjaya dah grab tudung yang dihajati.
terasa senang hati sbb tak ramai orang ...hahaha
mungkin sbb masih awal,
pukul 1030 pagi dah start engine kereta
parking pun clear je senang je nak dapat
hahaha takde kerja kan
tuhlah aku kate
crazinesss!!!!!

berjinak-jinak dengan tudung AJ nih sejak awal2 balik dari UK
masa tuh adik yang cikgu kat SAS tuh dia jual sikit2 tudung AJ yang mcm2 kaler combination tuh
then lepas jumpa dengan adik Juma yang merangkap kawan masa degree dulu menggayakan dengan penuh gaya tudung safari AJ terus berkenan beli kat online
masa tuh cara pembayaran online masih old style.
masih kene print-screen bukti bagai
tak mcm sekarang... i loike semuanya in one click..next next

then sejak jumpa kawan lama tuh
rupenye dia bekerja di balik tabir tudung AJ ni
so yang model2 tuh adik beradik dia lah
cuma dia je low profile ( lah sangat! hahahaha)

so aku ada lah design AJ yang lama mcm safari, tribal,...
yang aku takde ialah yang snake tuh...sbb aku ngeri... hahaha terasa ular lilit kat badan kahkah
then sejak awal tahun 2013 AJ dah keluar banyak corak2 bunga
corak bunga pertama yang ditunggu time tuh ialah sunflower
sayangnya la ni dah tak keluar dah corak sunflower
aku ada yang kaler cyan sunflower...cantik!
and aku nampak yang rainbow sunflower pun cantik tengok orang pakai
rupenye ada group kat FB ni yang jual pre-love tudung design lama AJ
so byk jugak lah yang rupenye mencari corak sunflower termasuk corak yang aku ada
tapi takde lah aku nak jual...kan

sejak tuh mcm2 corak AJ keluar
yang aku suke pasal tudung AJ sebab boleh dipelbagaikan cara penggunaan
1) boleh sebagai shawl (if tetiba terasa nak muda remaja - gaya mcm student hahah)
2) if nak mcm tudung bawal biasa (evergreen style yang menyebabkan en HB jatuh centa dulu) huhuh

berbalik semula kepada sales hari ni and esok
dapat tahu ada sales bile online FB pukul 12 malam tadi
then terbaca post from their FB
then masuk lah website dia
memang waktu tuh masih semua ada stok
tapi sistem punya lah slow
bile nak proceed to checkout
terus sistem kate out of stock
punye lah secepat kilat kan orang shopping AJ online malam tadi




then pagi tadi sesaja masuk website kul 930 pagi
then tengok eeh ada stok
then dengan secepat kilat ( tak kilat mane lah, sbb sistem slow)
klik add to cart and proceed for payment
sekali bile nak bayar
timed out lah pulak

so apa lagi
cepat2 mandi
suruh aisyah mandi gak
berdesup pergi ke angsana
waktu tuh membayangkan tudung yang aku berkenan tuh out of stock lah
ramai orang lah
tapi......................



sungguh tenang shopping di concept store
sempat aku pikir dua tiga kali nak beli yang mana satu
sbb aku dah serik beli tudung AJ tanpa memikirkan baju apa yang aku sesuai utk padankan
kerana akhirnya tudung itu akan cantik berlipat didalam almari
aku tak sentuh2 sbb takde matching ngan baju
hahahahaha

masa tuh ada beberapa customer yang dah datang dulu
masing2 ambil tudung yang latest design tuh
aaaaah
the craziness of AJ bawal design!!!!!!


XoX0
ibu aisyah imran addeen



The Skema in Me :)

Assalamualaikum,

Happy New Year!

Lama sungguh tak update blog ni



Kali ni nak provide URL Link yang akan membawa pembaca-pembaca kesayangan ke ruang SKEMA dalam hidup saya.

Klik link kat bawah nih ye

Link pertama:

Ibu Aisyah Imran and Addeen yang Skema

Link kedua:

Papa Aisyah Imran and Addeen yang skema




(p/s: skema la sangat)
Dah lama tak guna word 'skema' nih kn. Last guna masa zaman duduk asrama gelaran untuk mereka yang follow the rulesssss, takut nanti warden marah, cikgu marah bla bla bla
hahaha
ada sesiapa ke pernah gak guna term 'skema' jugak masa zaman muda remaja dulu???

Tata


XoXo

A night at LPJ port suite

Ibu ada kerja.
Tq en hb tolong hantarkan dn bermalam sekali
Besar sungguh rest house khas utk kakitangan mereka.
Paling hujung lokasi ni kat desaru
Malam2 sampai punye le tricky jalan risau dah naik atas laut je hehehe.
Tapi memang superb!
Sebelah villa nih ada resthouse utk maybank dan juga tnb

Rupenye kak chah ade adik lelaki

Misi hari ni adalah..
Barulah nmpk boy!
Kalu tak, org kate pompuan

Mencari masa utk jantung!

Dah lama tertangguh.
Sebelum ni pernah pergi sekali dgn bff.
Kali ni pergi seorng je.
Datang hari ahad.
Sampai pukul 1010 pagi.
Tgk notis ahad bukak pukul 10
Hari biasa bukak pukul 7
Nasib tak dtg awal tadi
Sempat tido kan addeen
Yg demam sekali lagi in row

If happy hour harga nak guna fasiliti private gym ni rm5 iaitu weekday start 12pm to 4 pm

So selain drpd itu harga walk-in adalah rm10

Boleh guna sume alat exercises
Mcm mcm ada
Taktau guna main belasah je guna pun ada
Hahaha
Asalkan dpt keluar peluh
And bagi jantung exercise

Nih sambik sambil boring cycle exercise bike kat gym ni, ambil masa tulis entry ni

Kasi kurangkan preasure exercise ni, kalu tak cepat penat and nak berenti je kan... Q

Dear blog reader, Hari ahad buat ape pula?

Addeen setahun

Genap setahun pada 9 september lepas. Cecah setahun je dia dah mula berjalan dan tumbuh gigi. Mula mula risau kenapa gigi dia tak tumbuh tumbuh, rupenye masa dia cecah setahun dia demam mungkin sbb gigi nak tumbuh dan kene chickenpox utk kali kedua

Anakku ADHD peringkat mild ?

Dear blog,

Macam mana boleh ambil ubat untuk control ADHD untuk jumpa child psychology kat Hospital Tampoi?
Macam mana boleh attend speech therapy di Hosp Sultan Ismail?
Macam mana boleh attend occupational therapy kat Hosp Tampoi?

Last 2 weeks my dear 6th year old Imran jumpa

1) doktor di pusat pakar kanak-kanak tampoi
untuk rawatan setiap 3 bulan. Ingatkan berat badan akan maintain. rupanya turun lagi, and menimbulkan kerisauan. Ubat ritharin yang diberi akan mengurangkan selera makan. tapi kami tengok, dia makan mcm biasa je? makan peha ayam...roti with sugar and butter.... epal 2,3 bijik....
berat tak naik-naik. sbb doktor concern, diberinya multi-vitamin.
Doktor mengatakan ADHD ini merangkumi 3 perkara - tidak mudah fokus, hyperaktif atau tidak sabar.
ada budak yang kene satu je daripada 3. Nampaknya my dear Imran ada tiga-tiga benda nih.

2) Jumpa occupational therapist (OT) di hosp tampoi

The same day, petangnya ada perjumpaan kali pertama Imran dengan speech therapist.
Sbb sebelum datang kami beri dia ubat, so therapis tuh heran betul ke imran ADHD kerana nampak mcm normal je ..hohoh
then untuk kali pertama, therapist tuh tanya ibu bapa tentang imran.. and buat observation...

Hasil observation jumpa occupational therapist kat hosp permai terhadap imran:
1) sensor imran lambat hantar isyarat sakit kat brain.. this explain why la imran nih terhantuk kat pintu pun boleh cool je

2) jaw imran untuk mengunyah lemah... this explain kenapa la imran ni sejak kecik sampai ke beso asyik tercekik je...even makan epal pun boleh tercekik

3) lidah imran masih keras... dia tak boleh gerak lidah ke kiri dan ke kanan -- this might explain kenapa speech dia tak jelas and certain words hilang bunyi belakang

4) fine motor skill kurang...this explain kenapa dia tak mahir menulis abjad dengan betul..apatah lagi melukis ( very detail mcm kak chah)

5) imran everything kene install ( kene tunjuk satu2) ini berbeza dengan kita yang boleh belajar sendiri secara natural... this explain kenapalah imran nih butang baju senget benget...pakai seluar terbalik dsb walaupun dah umur 6 thn..


OT nih suggest hantar kelas Occupational therapist terdekat di Tmn Impian Emas. tapi malangnya dia terlupa nak beri kat kami. and HB kate google je...sekali puah saya google tak jumpa alamat OT nih namanya IndiBrain.lebih kurang lah...alahai... ada sesapa ke tau contact number indibrain nih ?

3) Minggu sebelumnya jumpa Speech Therapist di HSI....
nih therapist kali kedua
Therapist suggest latihan untuk Imran
1) untuk praktis dia fokus dengan sebut tiga bende, and suruh dia ambil ketiga-tiga bende ikut turutan
2) praktis kata kerje berdasarkan gambar... contohnya -memotong, menyapu..kerana Imran tak byk kata kerje.
semua dia sebut buat...contohnya... 'Abang buat sampah'...



pesta konvo UTM ke 50

Dah lebih setahun tak upload blog guna editor, sebelum ni just upload through email je. Terkial-kial mencari button mane untuk create a new post. Terkial-kial juga mencari password untuk log -in :)

Malam tadi, hari terakhir pesta konvo UTM. The next coming adalah bulan Sept (kot). Pesta konvo kali nih menyambut Jubli perak konvokesyen UTM.

Merupakan konvokesyen yang compact (1 hari sahaja) manakala pesta konvo nye lama dari selasa sampai lah ahad (semalam).

Nih kira pesta konvo (kecil) so gerai-gerai khemah yang dibuka hanyalah pada satu bahagian. If konvo besar, lagi banyak gerai and choices untuk wanita bershopping !

Biasalah, malam terakhir pesta adalah masa yang ditunggu-tunggu kerana time tuhlah harga boleh turun lagi. so dapatlah rembat skirt payung jadi rm28. hehehe

Malam tadi juga dapat tengok live artis Najwa latif performing. Aina tasnim pun ada katanya, tapi masa awal2 pembukaan.

Entry lain yang menarik dan tertarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...