Dapat lagi offer murah .. My 4th 100pages photobook

jalan-jalan london with MakTeh Aisyah Imran

Awal bulan ritu MakTeh and lil iman datang menjengok aisyah imran
oooh awal bulan? hari ni dah tengah bulan
ooooooh my!

sempena kedatangan nya
kami bawak mereka jalan-jalan london
kali ni tumpang bermalam di rumah kawan masa di SMS Muar
di Ealing london
sebelum-sebelum nih pernah aje bermalam di travelodge Wembley
dekat benar rupanya dengan rumah kawan ku itu
dekat sangat
di situ kami naik tube di station north ealing
sebab disediakan parking disitu
£1 for the whole day

jalan-jalan london ritu kami terjah beberapa tempat sahaja
memandangkan gelap cepat kan la nih
pukul 4 dah magrib

tempat yang dituju adalah disekitar
westminster 
best turun di westminster tube station boleh terjah beberapa tempat menarik
disini ada eye of london
london aquarium
Big Ben
bangunan parlimen
and church lama tempat prince william kawin ritu
di sekitar situ sahaja
takyah jalan jauh-jauh
 
 
then seterusnya pergi tower bridge
disini pun best juga
leh tengok london bridge
and castle london
view belakang tuh castle tower london
dalam tuh terletaknya mahkota yang dipakai masa coronation
kat tepi castle la nih open utk xtvt ice skating
eeei teringin nak merasa
especially kak chah le request
tapi takut sungguh ! seriau
kak chah yang sibuk request nak skating
kenkonon kat skolah teacher dah ajar
aduhai mane ada

ditepi castle nih terletaknya tower london
yang sungguh meriah diwaktu malam
kerana warna biru yang terpantul2 kat jambatan tuh menyerlah

seterusnya pi solat di Malaysian Hall
dan shopping souvenir di Bayswater station area
then pergi jalan2 kat westfield
katenye shopping mall terbesar di europe
nak pi sini turun di Shepherd's Bush
if nak shopping LV, coach, GUCCI dari butik leh pi sini

yang bestnye kat sini
dapat le makan tutti frutti yang femes di malaysia tuh
cuma namanya bukan tuh
sedap betul kan frozen yougart nih
bestnye
teringin nak lagi


autumn in Our heart

this gonna be our last autumn
sedih pun ada
utk meraikan our last autumn
pakat anak beranak pi menghayati daun-daun luruh
join org lain bersiar-siar di taman
hahah dah  3 tahun duk sini tak pernah lagi tour satu taman
taman kat depan university je
tak sah tak bergambar bersama daun maple ( yeke!) yang luruh ni 

nak bergambar ngan pokok kaler merah
tapi yang jumpa tinggal sikit dah daun merah
yang lain dah gugur dah 


bye bye 017-7874173


sedih dan terkilan sungguh
after 11 years guna nombor tu
kerana terlupa nak top up
 sebulan yang lepas
nombor tuh dah expired automatically and dijual kembali ke pasaran
sedihnya
sbb dah lama guna kan nombor tuh
org hotlink pun kate tak leh nak diselamatkan dah
sbb mereka tak pegang dah nombor tu
nombor tuh berharga
kerana beli masa first-time ada handset, hujung 2000
beli pakai duit sendiri sim card tuh
nombor tuh masa company ADAM lagi tau
beli sbb dah free sms texting unlimited
so boleh msg ke any number adam free
kan waktu zaman tuh, if nak sms other nombor, tak boleh kan
kene guna proxy ape tah...
then tak lama lepas tuh baru diorg allow sms texting other number
kuno betul kan
tapi tuh le kite berpengalaman experience hidup tanpa handset
handset time tuh semua gedabak2
handset kecik sume mahal kan..ala yang motorola tuh
huhu
then masa tahun 2000 baru start keluar handset kecik2 quite murah kan. tak murah sangat laa
dalam rm800 gak kan

berbalik pada nombor
memang sedih nyee
nombor tuh le diguna masa nak msg ngan pakwe lama
msg free ke adam kan
sume nye main msg jee
then bile dah tunang, kawin nombor tuh le diguna untuk call suami
and suami pun call kite
tapi nombor tuh tak sempat guna utk anak2 i ni call ibu dia
yele waktu kat malaysia budak2 ni baby lagi kan
nombor tuh ada history tersendiri
mungkin if bf and husband tuh org lain, nombor tuh boleh dibuang ke tong sampah
tapi sbb dua-dua tuh org yang sama
sbb memang ada harga disitu
yang paling terkilan ada balance rm100 dalam prepaid tuh
sedihnnya
terkilan
and utk menyedapkan hati
let's mulakan dengan nombor baru bila kembali ke malaysia nanti
and nombor baru tuh biar husband yang beli
biar ada specialty disitu kan
tutup buku lama
bukak buku baru
bye-bye nombor kesayangan ku
** I can't believe I have to say this !
sob sob sob

Mari kita dengar kenapa kak chah suke nak pi portugal lagi

Kak chah isik2 dok ajak nak pi portugal lagi.
Then masa tengah boring2 tunggu fast food kat kedai ayam pakistan nih,
ibu pun interview le dia dengan soalan
'Aisyah, why you want go to Portugal again'.Mari kita dengar jawapan daripada kak chah!
Opps... sebelum tuh turn off music player kat atas tuh dulu (tekan button pause kat tengah)..
baru leh dengar clear kak chah cakap reasonnye '


Dari sekolah jadi academy

academy ?
terbayang mcm Akademi Fantasia kan
hehe 
sekolah kak chah nih, terpilih menjadi salah satu dari 4 sekolah di notts nih menjadi academy
so dah tak guna school kat nama skolah
guna academy

dapat sweater free and beg free 
mcm AF, dapat beg tolak free kan ? 
hehe
 
 

sekolah dia kire jadi mcm sekolah percubaan utk testing modul baru kot
so kemain cikgu-cikgu mengajar anak2 murid dengan lebih dedikasi

ritu aku report kat buku laporan reading aisyah
yang aku takpandai nak aja dia letter sound
mcm C .. cha cha
M sebut mmmmmm
aku mane le tau
sebb dulu mane de belajar phonic kat sekolah kan kita
tuh ok lagi, aku konfius bile bunyi letter kat tengah-tengah, and hujung2
mcm mane nak bunyi kan
yele sbb diorang baca english nih base on letter sound kan
kite dulu?
eeeer 

Ibu, I want to go to Portugal again ... :p

 
Sejak balik dari Portugal nih 
itule  kata-kata yang keluar dari mulut becok kak chah
I want to go to more Portugal
mungkin kerana masa pergi portugal last 2 weeks
cuaca di sana mcm di malaysia panasnye
30 degree
memang panas, tapi matahari tidak tegak di kepala
tapi terik di ufuk 
ditambah pula sekembalinye ke UK nih
tengah cuaca sejuk 9 degree kan
mana tak becoknye mulut kakchah nak kembali ke portugal
 
 

selama 4 hari di coimbra, city yang terletak ditengah-tengah portugal
pengalaman ber conference di coimbra
tidak perlu susah payah nak pi carik tempat menarik
university itu sendiri memang cantik
diantara university tertua di europe
dibina sejak 1290
terkenal dengan library yang sungguh cantik
ratusan ribu buku dalam library yang dipelihara sejak berkurun dulu
didedahkan dengan cara penggunaan kelawar utk memelihara buku-buku lama
memang pengalaman seumur hidup
bangunan di university tersebut pula terletak di puncak bukit
memang memerlukan stamina okeh utk pergi ke university
mengah-mengah ku nak sampai ke tempat conference
dekorasi di dinding bangunan pula menunjukkan kursus yang dioffer
contohnye jika department mathematic didinding luar penuh dengan formula-formula dan sarjana matematik
 
 inside the Viva room
Coimbra nih university tertua
so utk viva pun masih mengekalkan protokol tradisi
sehingga kini viva dihadiri oleh rektor university/ dekan
dan dihadiri oleh kawan2, sanak saudara (duduk dikerusi tengah)
dikelilingi oleh prof-prof, dari setiap fakulti bermula dengan fak tertua iaitu fakulti letter (bahasa)
uuuish
tengok2 aje pun memang mendebarkan
bukan setakat risau nak jawab pun ada
tajuk research pun boleh lupa tau!
huhuh
 
 
aku pun sebenarnya jatuh hati dengan portugal
mungkin kerana penduduknya yang ramah tamah
tidak seperti penduduk europe lain
RUDE
teringat lagi mcm mane org di Venice dan Swiss sana melayan kami dan anak2 ku 
memang kene marah dengan italian people sahaja anak2 ku ini
dan memang keje aku kat sana asyik nak sound balik je mereka yang tidak tahu berbudi bahasa nih

walaupun portuguese tidak fasih berbahasa english
tetapi mereka tetap membantu kami yang pertama kali sesat di bandar coimbra
walaupun lirik-lirik mata mereka sering memandangku yang bertudung ini
kerana tidak ku jumpa org Islam bertudung kat sana walaupun di university sana
senyuman tetap terukir tatkala memandang kerenah anakanda ku 
ditambah pula perkenalan aisyah dengan mr clown di 'Little Portugal'
yang tanpa bosan melayan kerenah kak chah yang becok mulutnye
meminta mr clown buat teddy bear, doggy belon untuknya
teringat kata kak chah ' Why Mr clown can do everything'
lama juga kami berjalan2 di lil portugal
bagi chance anak-anak bermain-main di sana
sehinggakan belon kak chah kempis pun, mr clown nampak, and buatkan sekali lagi utknye
then kemain le dia nak bawak balik mr teddy and doggy yang mr clown buatkan
tapi hajatnye tidak kesampaian kerana belon2 tuh meletup masa dalam train
tersenyum aku mendengar apabila aisyah kate ' Oooh I have to ask Mr clown to do it again for me!'...
mane le tidak si aisyah merindui Portugal kan
 
 nihle Mr Clown yang peramah baik hati tuh
dengan doggy yang mr clown buatkan

di Little Portugal
disini dipamerkan rumah2 yang terdapat di Portugal
tapi dalam saiz kecil
bukan setakat miniature yang for display tau
budak2 boleh masuk dalam rumah
panjat-panjat sume
main masak2 pun boleh
dalam rumah kita boleh explore and lihat keadaan sebenar mcm the real building


miniature bangunan tertua university pun ada
dalam building tuh 'viva room' pun ada tau






PhD viva... tahniah buat suamiku

Alhamdulillah setelah 3 jam defending his thesis
semalam, 7 oktober 2011 bermula pukul 10 pagi
dengan 2 examiner
tanpa kehadiran SV di viva room untuk memberi sokongan
beliau lulus PhD nye with minor corrections

examiners yang begitu helpful memberi macam2 pandangan
bukan nye harsh critisim 
membuatkan suasana viva beliau dikatakan seperti dalam discussion sahaja
mungkin kelebihan beliau yang dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukan walaupun tidak pasti betul atas salah (asalkan jawab, tidak diam kaku) menjadi salah satu kriteria 

sebelum viva.... (masih mampu tersenyum, walaupun nampak kelat-kelat sikit :p)

and yang bawah nih pula....
masa dah lepas viva... senyum ceria

berita suamiku akan viva nih hanya ku ketahui 2 hari sebelum
dia senyap-senyap tidak memberitahu ku sejak mengetahui date viva 2 minggu lepas
even dia potong rambut, beli coat seminggu lepas pun aku masih tidak dapat menghidu (lurus betul !)
sedangkan kawan-kawan lain dah assume beberapa hint
 orang lain tanye2 dan seperti sudah tahu tarikh tersebut
tapi ku seperti tiada klu
sehinggakan seriously ku tanya dia, betul ke dia dah tau tarikh viva (seminggu lepas) 
pun suami ku masih nak sorok2 lagi
so aku percaya je leee belum lagi

kemuncaknye masa 3 hari lepas, masa nak menghanta kak farizah pulang ke malaysia
tetiba kak zanah kate suamiku cuti khamis jumaat
and heran lee aku, wat pe le nak cuti (bukan tak byk cuti ke) dah le minggu depan kene cuti lagi sbb nak temankan ku pi conference kat portugal
then alasan diberi, utk menghabiskan cuti tahunan
tapi tuhle, aku percaya jee
then masa on the way balik rumah, dah petang rabu tuh, baru le dia bagitau, dia nak viva jumaaat

bermula lah aktiviti tidak senang duduk ku
setiap malam ( 2 malam jee) buat solat hajat utk dia
mimpi2 pun mimpi pasal suami ku viva jugak
(huhuhuh)
that's why laah dia tak bagitau ku awal-awal
kerana dia tahu isterinya cannot bear the pressure
tuh baru org lain yang viva (bukan diri sendiri)
ku dapat bykan pressure nye bile diri sendiri nak viva
ku tengok suamiku memberitahu my 4 years old imran ' Imran, esok papa nak viva'.. dengan reaksi imran yang bersahaja (yele mane de budak tuh paham viva tuh ape kan)...  yee suamiku cuba utk mengurangkan pressure tersebut dengan bercakap dgn 4 years old kid. (huhuh

sebelum pergi viva, aku gosokkan kemeja (first time gosok kemeje kat UK nih ..huhu)
then masakkan nasi goreng...
then masa tengah viva, aku kat rumah nih lagi le tak senang duduk
makan pun tak rasa ape2
huhuhu
ku bacakan yassin, surah al-mulk dari jauh
then pukul 1.30 tgh hari, terima lah panggilan telefon yang ditunggu-tunggu
mula-mula ku tanya je mcm mane viva,
tak nak terus tanye result..
(berdebar-debar nih)
tanya pasal soalan-soalan ....
then barule dari situ disimpulkan, berapa byk corrections..
and alhamdulilah
berkat hari Jumaat (walaupun dia tak sempat nak solat Jumaat)
finally

alhamdulilah
title itu tidak penting
yang penting adalah amanah yang diberikan oleh pihak u.tm and pihak kpt untuk menyelesaikan PhD terlaksana
menunaikan amanat itu tanggungjawab kan
fuuuuh
kurang satu pressure dalam family kami
then lepas nih aku pula...but not this year.... next year
doakan saya lulus PhD saya juga ye
aminn...



Kami Beraya 2011

InsyaAllah tahun ini tahun terakhir kami beraya di bumi England ini
tema kami pada tahun ini adalah.....

------------------------------------------


ungu lavender


Mengingat kembali aktiviti beraya kami
First raya: 
beraya rumah Kamal Kak Haz and rumah Kak Zana (tahun lepas pun mcm tuh juga..huhu)
Then menerima tetamu dari Lboro (kak mimi, Dr Rozi, Kak Az (bank negara), Kak Nurul Uztaz Najmi, Dini & Wira) ... then Dr amali and Dr Wan & Kak Azura and Pak Lah pun datang beraya petang itu
Malamnya kami beraya di rumah ex-school mate ku masa di sri aman dulu, Dali & Saiful ..(rajin betul mereka masak beberapa periuk belanga, kagum!) ..
masa tengah beraya di rumah dali, beberapa org telefon untuk datang beraya (Izzi, Kamal and Zul Najiba) memandang kami tiada dirumah, mereka beraya lah di rumah Dali and Saiful sekali ....



Raya kedua:
Tengah hari nya beraya di rumah Pak Lah and Kak Azura ( bestnye dapat makan roti canai panas... pandai betul pak lah mencanai)
Then lepas tu beraya rumah Hidayah and Kak Riza (UTM)
Lepas tuh kene balik rumah bersiap-siap utk masak tetamu yang tak dapat datang beraya semalamnya.
Masak Sate lagi... 

Menu raya pertama : Nasi Impit, Kuah Kacang, Rendang Daging, Sate
Menu Raya kedua : Mee goreng mamak and Sate

Sbb ape ku masak sate..sebb senang kerje, ku perap je...and selebihnya encik suami yang bakar....senang kerjeee!

Raya ketiga, Raya Keempat, Raya Kelima
kami pi bercuti ke CornWalls and Plymouth

 @St Michael Mount , Cornwall
Best pi pulau nih sbb kene seberang laut (time air surut) ala-ala kisah seberang 'sungai nil' ..hehehe
waktu kami sampai pukul 12, air tak surut lagi..so memang laut laaaa
then bile 12.20 waktu air surut bermula, dengan sekelip mata je nampak causeway
then bolehlah crossing laut tttuu
sebelum waktu surut kene cross laut guna boat laaah



Raya Kelima
PAgi tuh jalan-jalan di plymouth 
cantik jugak plymouth nih yee

kat plymouth ada free salt swimming pool
kalu tau boleh siap2 budak2 dengan baju mandi
mengadap laut lak tuuuh

after 6 jam perjalanan balik
singgah Lboro open house rumah Kak Az, Kak Mimi, Kak Nurul, Dr Rozi
then malamnya pi open house rumah Nazri and Kak Fae
rumah nih borak2 sampai pukul 1 pagi baru balik

Raya keenam
Open House NMC pula
Ku tak perlu masak ape-ape sbb mula2 nama diorang tak masukkan dalam senarai
then masa di cornwall, boss tepon mintak masak rendang
ok je no problem
then masa petang sampai tepon balik, rupenye dah pass daging kat kak zalinah masakkan 6kg rendang
so lenggang kangkung je le masa open house NMC tuh

gambar 3 sekawan
Aisyah said Suri is her bestfriend
Suri dah nak balik bulan depan
taktau le dia ingat ke tidak Suri nih masa kat malaysia nanti

bersama geng 'menge-teh' papa

lepas tuh beraya di Lboro
rumah Pak Lah (mantan penghulu MML)


lepas tuh pi cari kedai gambar kat beeston (tapi tak jumpa)
so sedondon lah anak beranak berlavender  pi jalan ke pekan...


then 5 hari cuti beraya -bagi laluan masing-masing fokus buat PhD
then

Raya ke-12
acara group Izzi, Kak Ari, Anuar, Razi angkat barang kontena
sekali open house rumah mereka
Raya ke-13
beraya rumah di Kegworth, Dr Nazri, and malamnya rumah Dr Amali
2x dapat makan nasi kerabu tau
tercapai keinginan nak makan nasi kerabu
petangnya keluarga Kak Ary, Razi, Anuar datang beraya ke rumah (masak sate (again!) and meehon goreng)


hah habih dah cerita raya setakat ini!

Kami di plymouth

Harini pi singgah seafront dan the hoe. Menarik gak plymouth ni ada salt swimming pool lag atas laut.
Sent from my BlackBerry® wireless device

Pusing europe - pengembaraan kami ---budget kami

 Mungkin ada sesiapa yang mahu tour europe sendiri naik kereta jugak. Di sini saya share berapa budget kami. Bolehkan simpan duit dari sekarang kan. Pada mulanya kami merancangkan nak ikut pakej yang tour europe naik bus tuh. tapi suamiku amat memahami diriku yang sentiasa lambat dalam segala hal. and dia pun tak leh nak cepat. takut peserta rombongan lain akan jenuh menunggu kami yang lambat. so kami decide let's tour europe on our own. And below its what we have spend...

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Day 1 (Nottingham-dover-calais-Disneyland) :
Fuel = £60
Tol calais-paris  =20.50 euro
Parking Disneyland = 15 euro
Ferry return P&0 ferry = £78


Day 2 (Paris to Lauterbrunnen, Switzerland):
Fuel = 50 euro + 28 euro +74.24 euro
Tol paris to siwtzerland = 34 euro + 2.80 euro
sticker highway switzerland = 33.50 euro

Day 3 (jalan kaki je - top of europe)

Day 4: (Lauterbrunenen to Mestre, Italy)
Tol = 1.90 euro + 1.50 euro + 17 euro

Day 5 (Mestre to Venice):
Fuel = 40 euro
(train from trochetto parking to st marco) -people mover (return) 2 x 2person = 4 euro

Day 6 (Venice, Italy to Schwagau, Germany):
Waterbus in venice (arsenal station to st marco station) = 6.50 x 2
parking at Trochetto (48 jam) = 42 euro
Fuel (at mestre)= 60 euro
Fuel (boundary italy) = 24.50 euro
Tol at Innsbruck = 8 euro
Austria vignette = 7.90 euro

Day 7 (Schwagau, germany to Luxemborg airport):
Parking (at neuschwanstein castle) = 5 euro
Fuel = 40 euro + 40 euro

Day 8 (luxemborg to calais to dover)
Fuel (esso luxemborg) = 48 euro 

Total (fuel, tol, parking, ferry) =  606.84 euro +£60 +£78 = £ 603.9 (in pound)

----------------------------------------------------------------------------

Hotel Day 1 = Hotel Cheap Beds Paris-Rosny = 52 euro (mcm asrama, but with en suite bathroom)

Hotel Day 2 = Oberland hotel, Lauterbrunen Switzerland = 200 CHF (customer service paling bagus, hotel best)
Hotel Day 3 = Hotel Schützen Lauterbrunnen  = 200 CHF (hotel best, tapi customer service tak bagus, kene berbalah dulu dengan receiptionist baru leh check-in)
Hotel Day 4 = Hotel President, Mestre  = 72 euro  (hotel paling bagus, customer service best, facilities 4 star)
Hotel Day 5 = Hotel Nuovo Teson = 115 euro (facilities buruk, tapi bilik mahal... nak bermalam di pulau venice le katakan .. better stay kat president hotel (tapi di tanah besar lah)
Hotel Day 6 = Ferienwohnung Purucker apartment = 75 euro ( apartment yang sungguh cantik, susunan dan barang2 yang sungguh mahal dalam apartment membuat ku risau if imran pecahkan)
Hotel Day 7 =  Campanile Hotel Luxembourg Aéroport = 51.20 euro ( customer service buruk. kene argue dengan receptionist dulu)
Hotel Day 8 = Travelodge Ashford = £50 (love travelodge always, harga murah tapi facilities and customer service bagus)

Total = 365.20 euro + 400 CHF + 50 pound = £ 627.30 pound

---------------------------------------------------------------------------------------------

Bayaran ke tempat menarik

Day 1  Disneyland paris = 1 day x 2 park (magic ticket promotion x 2 adults x 2 kids = £199

Day 3 : Ticket train to puncak Swiss Alps Jungfraujoch x 2 adults = £256 (ticket mountain train yang paling mahal dalam dunia)


Day 7: Castle neuschwanstein : student dapat less (tapi tak bawak student kad le pulak, nasib hubby bawak kad dia)  12 + 8  = 20 euro

Total = £17.30 + £455 = 472.30 pound

--------------------------------------------------------------------------------------------
Total keseluruhan = 472.30 + 627.30 + 603.9 = £1703.50

*** tuh tidak termasuk shopping baju, fridgemagnet, souvenir.. huhu
*** masih murah berbanding if kami ikut package tour europe yang sorang £600 tuh sbb if x 4 person = dah £2400
***memandangkan naik kereta sendiri, so kami angkut air mineral, air juice ( di europe sungguh mahal air mineral sume, melainkan if shopping kat supermarket diorang lah, not at vending machine or kedai runcit), beras, and segala makanan segera. kami hanya beli kebab halal kat Mestre Italy je sepanjang 8 hari tuh.

naik kereta sendiri, so boleh berenti2 di tengah jalan bile nampak view cantik



Anakku Imran bukan Autism

See betul naluri ibu nih tau
anakku bukan autism
ikut kate speech therapist 
berdasarkan limited observation imran tiada ciri2 autism
cuma moderate speech delay!

walaupun imran obsess dengan train
dimana budak autism memang obsess dengan train
and speech therapist tuh memang kate berdasarkan penceritaan orang lain pun
if ada sedara mara ke kawan-kawan kate
'ooh anak u suke train ke... oooh autism lah tuh'
but it is not absolutely true
kerana autism disorder bukan shj cirinye
speech delay tetapi
social disorder pun ada
dimana tak nak bercampur dengan orang lain
and kuat mengamuk bile ada disuruh bersocial etc

my imran ok je
main sama-sama dengan kakak
walaupun dia pemalu dengan stranger
tapi masa speech therapist tunjuk2 kat imran buku tuh
dia boleh join sahaja aktiviti tu

memandangkan imran lambat bercakap
dimana masa sebulan dalam pantang tidak menangis selain daripada lapar
even perut kembung pun tak menangis
and dia hanya bercakap 1 word masa umur 2 tahun setengah
sebelum tuh dia hanya pandai sebut papa sahaja

so jika dikira daripada pemulaan pandai cakap, kira imran dikira normal dalam stage bercakap kerana dia hanya mula ber cakap masa umur 2 tahun lebih
lainlah jika dia mula start bercakap masa umur setahun, jika dikira dari tempoh itu, memang dia alami severe speech delay lah
and ibu risau pasal word yang disebut tak clear
but therapist kate itu nornal bagi budak baru nak belajar bercakap
but la ni cuma moderate
and therapist tuh suggest beberapa strategi
1) untuk membolehkan dia speech dengan lancar ada beberapa stages mengikut piramid ...dia kene lalui iaitu attention, then understanding, then language and barulah speech. so kene overcome the three stages before dia berjaya dalam fasa speech
2) jgn suruh imran repeat every one yang dia salah. contohnye dia tak clear sebut chocolate. then kita sebut dengan clear, 'you want chocolate'... kita yang sebut kan. supaya dia dapat obserb. budak2 dia kene banyak obserb, barulah dapat keluarkan output yang betul
3) kene buang mane2 yang distract attention imran. contohnye if nak bacakan dia buku, tak perlu nak baca every sentence, suruh imran describe the action dalam buku itu
4) gunakan tangan yang mengarah dari mata imran ke objek, supaya dia dapat pay attention terhadap apa yang kita tunjuk
5) gunakan bahasa mudah. contohnye ' put your coat on' daripada bagi instruction ' imran pakai coat dengan betul, and pakai kasut, pakai stokin dulu' ...bagi instruction one at a time
6) sebut dgn clear permulaan word.. contoh nye bbbb..book... and ending word ais...sssss supaya dia tau part dalam word yang dia missing
7) banyakkan introduce imran action word. kerana imran banyak tahu noun. but if suruh describe action, dia tak tahu

meeting dengan speech therapist tuh mereka provide translator dari malaysia juga, namanya Shuba... patutpun dia fasih beno cakap melayu nyeee. 


pusing europe - merentas 8 negara dalam 8 hari --- kenangan kami

InsyaAllah ini ramadhan terakhir kami di bumi england nih
tak dapat rasa ramadhan di musim winter, kasi chance kat mereka di hemisfera selatan 
mcm mane lah rasanya beramadhan di waktu winter ye kawan2 di hemisfera selatan?
kerana berpuasa di waktu summer
siang yang memang panjang
waktu malam hanya 7 jam lebih kurang
kami berpeluang lah merasa puasa selama 18 jam
'berpeluang' ..uhuks

di bulan ramadhan ini disarankan banyak-banyak beribadat dan berdoa
terutamanya berdoa ketika berbuka puasa
jadi lepas makan kurma sebiji then doa panjang-panjang sikit okeh

di ramadhan sebelum ini ku rajin menulis menu berbuka puasa setiap hari
tapi tahun ini? tiada kerajinan untuk merekod menu berbuka seharian
encik suami ada mengingatkan tentang rekod menu tersebut
tapi kerana keserabutan writing
ditambah dengan deadlines yang memang tak boleh dipatuhi langsung
adakah kerana I'm too ambitious?
janji dengan supervisor nak hantar satu chapter last month
tapi dah middle of this month pun tak hantar lagi
masih terkial-kial dengan analysis 
ooooh Ya Allah bantulah, mudahkan lah
jangan kau biarkan ku bersendirian 

dalam hati teringin benar nak masukkan entry kami anak beranak road tour europe selama 8 hari end of July
hari tu...
terima kasih and proud dgn en suami kerana sanggup drive bawak kami anak beranak pergi ke tempat2 impian ibu tanpa konvoi dengan sesiapa
Disneyland, Swiss Alpine, Venice, Neuschwanstein Castle semua sudah diterjah
tapi apakan daya mood tidak ada
memang banyak sungguh entry jalan-jalan yang tak dimasukkan
terasa rugi kerana ingin menjadikan entry blog ini sbg kenangan ketika di malaysia nanti
 
kepada pembaca-pembaca blog ini
Selamat berpuasa ramadhan

disneyland paris, france 23 july

at the Jungfraujoch, over 11000 feet up, top of europe Swiss Alps, switzerland 25 July 2011
 
 venice, italy 27 July 2011

at Neuschwanstein Castle, Germany 30 July 2011 
(castle yang menjadi ilham kepada terciptanya disneyland castle)


Entry lain yang menarik dan tertarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog